Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Thursday, January 12, 2012

Nik Nazmi pulak ditangkap fitnah Jamil Khir & MAIWP









Dulu Saifuddin Nasusion fitnah Jamil Khir pasal isu wang zakat ini , tetapi kantoi bila berbahas dengan Datuk Dr Mashitah Ibrahim di Parlimen . KLIK DI SINI










Kali ini Nik Nazmi pulak menyambung kerja fitnah dah terbaru beliau menunjukkan dua dokumen iaitu satu baucer bayaran yang kedua adalah Laporan Audit Ketua Negara dan dikhabarkan akan membuat laporan hari ini sekitar jam 11.00 pagi


Sebenarnya kos guaman tersebut tidak dibayarkan menggunakan wang daripada hasil yang dikutip , sebaliknya wang yang digunakan adalah wang peruntukan kerajaan sejak tahun 1993


Pada tahun 2010 pulak geran kerajaan untuk MAIWP adalah sebanyak 19 juta yang mana sebanyak RM 700 ribu diperuntukan kepada perundangan /guaman
.






Di bawah ini pulak jawapan fatwa oleh Mufti Wilayah Persekutuan berhubung isu penggunaan wang zakat adalah tidak menyalahi syarak


Kerana pada mesyuarat MAIWP yang diadakan pada 03 September 2009 telah meluluskan perbelanjaan untuk perundangan di bawah ASNAF FISABILILLAH.








Kenyataan pakar fitnah PKR


PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Rabu mendedahkan bukti berhubung dakwaan penyalahgunaan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang dinafikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom sebelum ini.Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, bukti tersebut ialah set dokumen daripada MAIWP sendiri.


"Ini termasuk baucar bayaran bernombor 2010B04112 bertarikh 29 April 2010 sebanyak RM32,150.
"Baucar tersebut secara terang merakamkan kumpulan wang yang digunakan merupakan kumpulan wang zakat," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di sini, Rabu.

Bukti yang dikemukakan Nik Nazmi itu berhubung dakwaan penyelewengan wang zakat MAIWP bagi pembayaran kos guaman Jamil Khir bersama Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain dalam satu kes qazaf.

Nik Nazmi berkata, dokumen kedua pula merupakan surat daripada Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara, Datuk Azmi Khalid yang mengesahkan bahawa RM63,650 wang zakat digunakan bagi membayar kos guaman MAIWP.Jumlah itu meliputi bayaran pertama sebanyak RM31,500 pada 9 Februari 2010 dan RM32,150 yang tercatat di dalam baucar tersebut.

“Ini mengesahkan laporan atau siasatan yang dibuat oleh Ketua Audit Negara,” katanya.

Nik Nazmi yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia berkata, Jamil Khir dalam kenyataannya berkali-kali menegaskan bahawa MAIWP mempunyai peruntukan kerajaan sebanyak RM700,000 bagi menampung pelbagai pembayaran termasuk kos guaman.

“Namun Laporan Ketua Audit kita sudah nyatakan lebih awal. Jamil Khir hanya menjawab mempunyai peruntukan kerajaan RM700,000 tetapi tidak pernah sentuh langsung bahawa Laporan Ketua Audit ada menyebut bahawa kedua-dua bayaran Februari dan April itu menggunakan wang zakat dahulu,” katanya.

Beliau menambah, hanya pada Disember 2010, baru wang tersebut digantikan kira-kira enam bulan selepas peruntukan tersebut disalurkan ke dalam MAIWIP. Jamil Khir tidak menyebut tentang hal ini.

“Ini bukan peruntukan kerajaan tetapi wang zakat. Ini bukan ambil dulu kemudian pulangkan. Kita pernah bangkitkan kes di Johor, (bekas) amil (menyalahgunakan wang zakat kira-kira RM20,000) yang dikenakan hukuman empat tahun penjara dan tiga sebatan.

“Kenapa beza untuk menteri?,” soal Nik Nazmi.

Dalam pada itu, Nik Nazmi turut memperbetulkan laporan sebuah akhbar arus perdana pada 4 Januari lalu yang memetik kenyataan Bahagian Hal Ehwal Korporat Jabatan Audit Negara bahawa isu salah guna zakat tidak dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.

“Keadilan tidak pernah mendakwa demikian sebaliknya kami merujuk kepada surat Ketua Audit Negara kepada Jawatankuasa Kira-Kira Negara,” katanya - mStar

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...