Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Wednesday, January 11, 2012

KAH KAH gilOO !! KARPAL MERAYU SUPAYA SAIFUL JANGAN BUAT RAYUAN ?? ADEHHH TAK PAHAM AKU NI...



Kenapa Karpal Cadangkan Pendakwa Tidak Buat Rayuan ?

AIDCNews – 11/01/12 – Sebaik sahaja Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, membacakan keputusan lisan tidak sampai lima minit, 9 Jan, dengan keputusan membebas dan melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, peguam utamanya, Karpal Singh terus mencadangkan agar pihak pendakwa tidak membuat rayuan untuk mencabar keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.
“Saya harap Peguam Negara tidak memfailkan rayuan kerana ini bukan kes yang sempurna untuk dirayu.
“Keputusan itu sepatutnya dibiarkan begitu sahaja,” katanya kepada para pemberita seperti dilaporkan Mstar.
Sikap ketua peguam bela Anwar dianggap anih kerana berusaha menutup ruang keadilan kepada pengadu, sedangkan sepajang prosiding itu berlangsung sebanyak 55 kali penangguhan dilakukan yang majoritinya dilakukan oleh pihak Anwar sehingga kes itu memakan masa hampir 3 tahun.
Malah dalam setiap permohonan Anwar di mahkamah seperti mendesak hakim yang mendengar kesnya digugurkan atas dakwaan berat sebelah, walaupun ditolak di Mahkamah Tinggi, Anwar membuat permohonan lain merayu ke Mahkamah Rayuan.
Dalam sesetengah permohonannya, jika Mahkamah Rayuan juga menolak, Anwar terus merayu ke mahkamah paling tinggi iaitu Mahkamah Persekutuan.
Persoalannya, kenapakah apabila Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang menyebelahi Anwar, Karpal pula menutup ruang keadilan kepada pengadu ?
Nada yang sama turut dicadangkan oleh badan yang pro-Anwar, Majlis Peguam Malaysia.
“Majlis Peguam Malaysia berharap Peguam Negara tidak akan mengemukakan sebarang rayuan dan sebaliknya terus menumpukan sumber-sumber penting Jabatan Peguam Negara menangani jenayah lebih serius.
“Dakwaan terhadap Anwar, yang berasaskan kepada peruntukan lapuk Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hubungan seks suka sama suka antara orang dewasa suatu jenayah, tidak harus sesekali dibawa ke mahkamah,” kata Presidennya, Lim Chee Wee seperti dilaporkan Bernama
Belum Muktamad
Sementara itu, Timbalan Ketua Kluster Politik, Kesejahteraan dan Hal-Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof. Dr. Jayum Jawan berkata Anwar masih tidak boleh berasa selesa dan mendabik dada dengan keputusan Mahkamah Tinggi Isnin lalu.
“Mereka (pihak pendakwa) masih mempunyai tempoh 10 hari bagi membuat rayuan ke atas kes tersebut jika mempunyai bukti-bukti kukuh yang boleh menyokong rayuan itu.
“Justeru, Anwar harus ingat bahawa angan-angan untuk menjadi Perdana Menteri bayangan pembangkang masih belum terjamin,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Anwar yang kini berada di Mumbai telah menulis catatan di laman peribadinya semalam, seolah-olah menganggap kesnya itu telah selesai.
“Alhamdulillah, saya bersykur kerana setelah sekian lama difitnah dan diaibkan oleh pemimpin dan media UMNO, Hakim Dato’ Zabidin Mohd Diah memutuskan — berlandaskan undang-undang dan fakta — bahawa dakwaan seseorang tanpa saksi dan sebarang bukti sokongan adalah tidak dapat diterima. Malah keterangan forensik dan DNA yang dikemukakan pihak pendakwaan turut dipertikaikan kesahihannya.
“Saya tidak berhasrat menyingkap permasalahan lalu atau memberikan sebarang tafsiran mengapa penghakiman mengejutkan ini berlaku. Walaubagaimanapun, saya bersyukur ke hadrat Allah Azzawajalla kerana saya bebas dari fitnah jahat sedemikian”, katanya.
Katanya lagi, “Seperti lazimnya saya tidak cenderung untuk merintih kisah derita silam malah sedia memaafkan. Hanya yang dimasyghulkan ialah kebiadaban gerombolan kecil termasuk media UMNO yang berdendam kesumat dan terus memfitnah saya.
“Saya ingin mengajak saudara-saudari bersama rakyat Malaysia untuk melonjakkan perjuangan menuntut kebebasan rakyat; pemerintahan yang telus dan adil; ekonomi yang dipacu segar tetapi mempedulikan nasib rakyat serta menolak keangkuhan kuasa dan rasuah”
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali seperti dilaporkan Malaysian Insiderwalaupun kini mahkamah membebaskan Anwar tetapi segalanya belum muktamad.
“Saya percaya pendakwa raya akan membuat rayuan supaya berlaku adil kepada (Mohd) Saiful (Bukhari Azlan), pengadu yang mengaku diliwat oleh Anwar.
“Jika pendakwa raya merayu (maka) proses keadilan belum selesai. Selepas Mahkamah Rayuan, (kemudian) ada lagi Mahkamah Persekutuan. Jadi segala-galanya belum muktamad katanya dalam satu kenyataan ringkas.

TQAIDC

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...