#bebasAnwar901
Kita sedia maklum bahawa peserta demonstrasi Bebas Anwar 901 menerima bayaran. Beberapa hari sebelum hari demonstrasi, kita boleh mendengar anak-anak muda di Kuala Lumpur berbincang secara serius dan terbuka berkenaan habuan yang mereka akan terima jika turut serta.
Semua persediaan dan setiap aspek diberi perhatian bagi memastikan demonstrasi diadakan sehingga berjaya membebaskan Anwar dari tuduhan.
Seluruh dunia begitu yakin yang Anwar bersalah dan akan didapati bersalah.
Namun, keputusan mahkamah ternyata tidak seperti yang dijangka dan Anwar kini bebas.
Lalu, tiba-tiba sahaja segala kain rentang, sepanduk, risalah serta contengan provokasi di sana-sini yang mengutuk kerajaan, Perdana Menteri malah isteri Perdana Menteri sebagai berkonsprasi dan memfitnah menjadi ironi.
Konspirasi ke jadah apakah sebenarnya? Fitnah apa?
Maka termangu-mangulah lembu-lembu upahan tadi memikirkan sama ada mereka akan tetap menerima bayaran setelah demonstrasi didapati tidak relevan untuk diadakan sama sekali.
Bagi di antara mereka yang punya sedikit kewarasan, sudah ada yang mula terfikir bahawa terbuktilah kini Perdana Menteri dan kerajaan langsung tidak campur tangan dalam hal mahkamah dan hal peribadi Anwar yang gemar meliwat.
Justeru, mereka mula merasa malu atas kebodohan sendiri meninggalkan urusan harian semata-mata untuk membela seorang mangsa ‘konspirasi’ sedangkan kini terbukti tidak ada konspirasi sama sekali.
Anwar juga termangu-mangu memikirkan strategi seterusnya untuk memulakan huru-hara bagi membolehkannya menjatuhkan kerajaan BN. Sedangkan rakan-rakannya di barat mengharapkan dia mampu mengulangi kejatuhan Libya melalui demonstrasi. Kes liwatnya adalah alasan yang baik untuk mengundang campurtangan asing ke Malaysia.
Namun, kini segala harapan barat dan Anwar untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia melalui jalan belakang yang singkat, musnah.
Jika Anwar terus menghasut rakyat merusuh dengan menuduh kerajaan BN kejam terhadapnya serta mahkamah Malaysia berat sebelah, tentulah tidak logik lagi.
Nampaknya, Anwar tidak ada pilihan melainkan terpaksa menghadapi BN melalui pintu depan iaitu dengan bertarung secara anak jantan dalam Pilihanraya.
No comments:
Post a Comment