Liwat: Keputusan Yang Baik
Jika saya berada di dalam Kerajaan yang memerintah dan berhadapan dengan pilihanraya umum yang akan datang, keputusan membebaskan Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat pembantu peribadinya adalah satu keputusan yang amat baik sekali.
Apalagi jika diambil kira bahawa ini adalah kali kedua Anwar dituduh meliwat. Kali pertama dia didakwa atas tuduhan meliwat, Anwar dibebaskan setelah rayuannya diterima walaupun dia telah merengkok 6 tahun dipenjara di atas kesalahan lain.
Bagaimanapun, untuk pentadbiran Najib Razak mengakui ini adalah keputusan yang diharapkan daripada hakim Mohd Zabidin Mohd Diah adalah sesuatu yang salah. Ia akan menggambarkan seolah-olah ada berupa tekanan terhadap hakim untuk membebaskan Anwar.
Mangsa sebenarnya selama 3 tahun perbicaraan kes ini ialah Najib Razak sendiri. Pertuduhan dibuat sewaktu Abdullah Ahmad Badawi masih memerintah Malaysia. Pendakwaan dibuat sewaktu Abdullah Ahmad Badawi dan anak menantunya masih mempunyai pengaruh besar dalam pengurusan negara tetapi yang terkena sumpahnya ialah Najib Razak.
Sudah tentu Najib Razak merasa paling lega kes ini selesai juga akhirnya.
Tolak cakap-cakap politik ke tepi. Dari awal lagi kes pertuduhan terhadap Anwar merupakan sesuatu yang sukar dibuktikan dan berpegang hanya kepada Saiful Bukhari yang membuat dakwaan diliwat. Menyedari kesukaran ini dan tekanan sekeliling dalam menerima hakikat itu telah mendorong Saiful bersumpah laknat.
Bebasnya Anwar tidak membuktikan Saiful membuat dakwaan palsu dan tidak juga membuktikan perbuatan yang didakwa itu tidak berlaku. Tetapi bebasnya Anwar kerana hakim mendapati tiada bukti-bukti lain yang tidak meragukannya boleh diterima untuk mendakwa yang tertuduh.
Akibatnya untuk hakim mendapati Anwar bersalah, hakim terpaksa hanya bergantung kepada pernyataan Saiful sahaja.
Bagi kita orang awam, masalah kredibiliti Saiful terganggu bukan kerana tuduhan yang dibuat oleh Saiful tetapi beberapa tindakan-tindakan yang dilakukan olehnya sebelum membuat laporan polis dan antara yang paling merisaukan ialah pertemuannya dengan Najib Razak dan isteri. Jika Saiful mendapat khidmat guaman dari awal, sudah tentu dia dinasihatkan terus untuk membuat laporan polis dan pemeriksaan perubatan serta jauhkan diri daripada menemui individu-individu yang boleh mengakibatkan beban yang tidak perlu kepada kesnya.
Ini telah menimbulkan keraguan paling awal dalam kes ini dan menjadikan pertuduhan seolah ada bau berunsur konspirasi di peringkat tertinggi.
Hari ini mahkamah telah membuat keputusannya. Adalah penting kita memahami keputusan mahkamah hari ini iaitu hakim telah membebaskan Anwar Ibrahim dari pertuduhan meliwat Saiful Bukhari kerana pihak pendakwaan telah gagal mengemukakan bukti-bukti yang tidak menimbulkan sebarang keraguan bagi menyokong testimoni Saiful Bukhari. Dalam hal ini, bukti yang sepatutnya menyokong dakwaan Saiful bahawa berlaku perbuatan liwat ialah DNA Anwar Ibrahim dan status sample DNA itu menimbulkan ada menimbulkan keraguan.
Oleh itu tepatlah keputusan hakim hari ini.
Sekiranya Saiful Bukhari mendapat nasihat guaman sebaik sahaja dia diliwat, hari ini mungkin melakar sejarah yang berbeza.
Tahniah kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan kepada Saiful Bukhari, didoakan beliau tabah dan sabar dengan ketetapan hari ini.
“Bukankah Allah adalah sebaik-baik hakim….”
http://kickdefella.net
Pasca 901 - Komen Saya
Pasca 901 - Komen Saya
Saya lihat keputusan hakim tadi jelas memerangkap pihak pembangkang dan membantutkan apa yang dirancang. TIDAK ADA kekecohan ketara dikalangan pendemo haram ...... TIDAK ADA ISU yang dapat di jual hasil penat lelah berkumpul tak tidur malam sesetengah dari mereka.
Malah saya rasa lega pula ! Bukan kerana Anwar bebas tapi kerana satu malapetaka dapat dielakkan. Tuhan saja yang tahu apa yang mungkin berlaku sekiranya berlaku rusuhan tadi...
OK, reaksi pertama saya kesan terhadap pembebasan Anwar tadi dalam senario politik kita - Anwar @ Pembangkang TERPERANGKAP dengan segala tuduhan liar yang dilemparkan terhadap kerajaan selama mana kes ini berlangsung. Mereka menjaja pelbagai cerita buruk konon segalanya sudah dirancang - Anwar AKAN didapati bersalah dan dipenjarakan - dan konon timingnya tepat ketika negara berdepan PRU13 ..... sekarang ?
Bayangkan bagaimana pandangan semua pihak baik luar dan dalam negara terhadap kerajaan sekarang ? Bagaimana agaknya mereka melihat Anwar pula sekarang ? Disebalik ucapan tahniah kepada Anwar yang pastinya menyusul, waktu sama, tidakkah mereka juga akan mengucapkan tahniah diatas KEADILAN sistem perundangan negara kita ?
Saya melihat momentum pembangkang seakan terbantut, macam kereta yang tersekat-sekat dek kekurangan minyak kerana segalanya telah dirancang berandaikan Anwar didapati bersalah ! Betul .... disebalik segala tuntutan mahukan Anwar dibebaskan, mereka sebenarnya bergantung kepada keputusan Anwar akan didapati bersalah. Momentum mereka akan masuk gear kelima dengan segalanya digerakkan seiring dengan rayuan peguambela Anwar, satu dunia akan mereka jelajahi meminta simpati ...
Sekarang ..... ? Anda sendiri rasa bagaimana ? Tidakkah disebalik kekecewaan / kegembiraan ( pilih mana satu ) terdapat satu macam kelegaan ? Seolah satu fasa baru politik, satu muka baru sedang dibuka BUKAN seperti yang diduga ?
Kedua-dua pihak saya lihat akan balik ke drawing board dan terpaksa merancang pelan baru.
Dan jangan lupa, pihak pendakwa pastinya akan merayu .... kali ini tekanan dan persepsi negatif terhadap kerajaan ternyata amat kurang. Sekiranya diadakan Round 2 untuk 901, saya rasa kesannya tak begitu kuat.
Pendekkata, keputusan Hakim tadi buat banyak pihak mati kutu !
PS - Lihat saja insiden letupan bom kecil yang berlaku dikawasan Mahkamah ..... bagaiaman agaknya kalau waktu itu suasana tengah tegang dengan keputusan bersalah dipihak Anwar ?
No comments:
Post a Comment