"Dia Liwat Saya"
Hari ini Gomo akan memberikan pula pandangan dan pendapat Gomo mengenai keputusan hakim dalam kes liwat Anwar Ibrahim yang meliwat Saiful Bukhari. mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA yang dikemukakan sebagai bukti tidak terusik Sampel DNA yang dimaksudkan hakim adalah sampel yang mana diperolehi dari Dubur Saiful Bukhari dan juga DNA yang diperolehi dari lokasi kejadian liwat berlaku. Dalam hal ini Gomo sememangnya tidak berpuas hati dan merasakan keputusan Hakim yang menyatakan Integriti sampel DNA telah pun terusik dan tidak relevan untuk menyabitkan Anwar Ibrahim dalam kes ini.
Sepanjang perbicaraan pihak mahkamah tidak sekali pun mempertikaikan sampel DNA yang ditemui dalam dubur Saiful Bukhari malah sewaktu mahkamah meminta tertuduh Anwar Ibrahim pekara ini tidak dikeluarkan sama sekali. Sepanjang pembelaan diri oleh tertuduh iaitu Anwar Ibrahim sampel DNA juga tidak diulas oleh Anwar Ibrahim yang mana membuktikan kepada semua rakyat sampel DNA tersebut diterima pakai sama sekali dan atas sebab itu Hakim meminta Anwar Ibrahim membela diri. dalam kes seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan mangsa, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Hakim menyatakan mahkamah keberatan untuk menyabitkan Anwar Ibrahim dalam kes ini kerana hanya berdasarkan keterangan Saiful Bukhari. Keberatan bagaimana yang mahkamah nyatakan? Atas justifikasi apa keterangan Saiful Bukhari tidak boleh diterima pakai? Saiful Bukhari memberikan keterangan secara bersumpah malah telah disoal balas oleh peguam Anwar Ibrahim dan telah menyakinkan mahkamah bahawa tertuduh Anwar Ibrahim meliwat beliau.
Keterangan yang Saiful Bukhari berikan itu juga diterima hakim sehingga meminta Anwar Ibrahim untuk membela diri. Apakah keterangan Anwar Ibrahim didalam kandang tertuduh yang mana memberikan keterangan secara tidak BERSUMPAH dan TIDAK BOLEH DISOAL BALAS PENDAKWARAYA merupakan satu keterangan yang lebih kukuh berbanding keterangan mangsa liwat Saiful Bukhari? Atas rasional apa keterangan Saiful Bukhari yang diterima sewaktu peringkat perbicaraan dan kemudiannya apabila keputusan dikeluarkan keterangan Saiful tidak boleh diguna pakai Mahkamah? Apakah ini bermakna tertuduh mempunyai lebih Kreabiliti berbanding Saiful Bukhari?
Jutaan rakyat Malaysia melihat apa yang berlaku sepanjang perbicaraan kes liwat ini yang telah memakan masa 3 tahun 6 bulan yang mana menyaksikan 69 kali ditangguhkan dan 38 kali rayuan dibuat pihak tertuduh. Keputusan Hakim pada 9.01.2012 yang mana memakan masa 3 minit sahaja untuk membacakan pembebasan Anwar Ibrahim begitu memeranjatkan rakyat Malaysia malah dunia luar juga pasti terkejut bagaimana dalam sebuah perbicaraan yang melibatkan seorang yang berprofil tinggi selama 3 tahun 6 bulan hanya membuat ulasan selama 3 minit sahaja dalam membebaskan tertuduh. Segala bukti yang dibawa Pendakwaraya kepada mahkamah diterima sama sekali manakala pembelaan tertuduh pula langsung tidak boleh diguna pakai justeru itu Gomo merayu kepada Peguam Negara untuk membuat rayuan akan keputusan mahkamah Tinggi 9.01 tempoh hari ke mahkamah Rayuan. Bukan Gomo sahaja yang meminta Peguam Negara untuk membuat rayuan bagi keadilan buat mangsa liwat Saiful Bukhari malah Berjuta juta rakyat di Malaysia mahukan pekara yang serupa demi kebenaran dalam kes liwat ini. Dalam keputusan hakim juga tidak sekali pun Hakim menyatakan sebaliknya Liwat tidak berlakuHakim sendiri mengesahkan bahawa Bukti sampel DNA yang ditemui dalam dubur Saiful Bukhari adalah TULEN dan ianya milik tertuduh walaupun keputusannya membebaskan tertuduh adalah kerana tidak yakin 100% keatas sampel tersebut tidak terusik. Peguam Negara haruslan membela mangsa yang diliwat demi keadilan undang undang dan pekaran ini dituntut sama sekali oleh Rakyat Malaysia. memetik kenyataan dari Blogg YB Zulkifli Nordin : "Kedua, perlu diingatkan bahawa aduan yang dibuat oleh Saiful dan pertuduhan yang dikemukakan oleh Pendakwaraya terhadap Anwar dibawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan ialah melakukan liwat melalui “dubur” terhadap stafnya Saiful Bukhori secara paksa! Maka Pendakwaraya mesti membuktikan tanpa sebarang keraguan elemen-elemen berikut: mesti ada kemasukan kedalam dubur; kemasukan itu secara paksa tanpa kerelaan. Secara peribadi, teman cukop yakin beban pembuktian elemen pertama telah berjaya dibuktikan! Iaitu berlaku kemasukan oleh Anwar kedalam dubur Saiful (penetration of the anus). Ini dibuktikan dengan adanya sampel airmani yang disahkan milik Anwar yang ditemui didalam dubur Saiful. Bermakna dari segi perlakuan, kegiatan “liwat” mungkin sudah berlaku." Blogg Yb Zulkifli Nordin
Jadi kepada rakyat Malaysia yang peka akan Undang Undang untuk kita sama sama meminta agar Peguam Negara membuat rayuan dimahkamah Rayuan berhubung kes liwat ini. Tewas di Mahkamah tinggi tidak bermakna Saiful Bukhari kalah tetapi ruang dan peluang dalam mendapatkan keadilan buatnya kini terletak ditangan Peguam Negara.
Memetik kenyataan Saiful Bukhari: “Semua sedia maklum keputusan pada hari ini tidak memihak kepada saya. Namun saya redha dan menghormati keputusan ini. Saya menerimanya dengan hati yang tenang. “Bagaimanapun aduan saya sebagaimana laporan polis yang dibuat pada 28 Jun 2008 mempunyai hak untuk diadili hingga ke peringkat mahkamah atasan. “Oleh itu saya dan keluarga berharap agar pihak pendakwa raya dapat memfailkan dan membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan,” katanya. Mohd Saiful berkata, dia percaya setiap perkara yang berlaku “ada hikmahnya” selain ia ketentuan Allah.Sebagai hamba Allah, saya percaya bahawa setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Perancangan Allah pastinya jauh lebih hebat dari manusia. Iman dan keyakinan saya pada Allah tetap teguh. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. “Saya tidak akan sesekali menyerah kalah,” Semoga Peguam Negara menjalankan tanggungjawap yang telah diamanahkan kepada beliau secara Jujur dan bertanggungjawap. Jangan mangsa kerdil seperti Saiful Bukhari ini dinafikan hak nya untuk mendapatkan Keadilan walaupun yang ditentangnya adalah orang besar bergelar Dato Seri Ketua Umum Pakatan Rakyat. Rakyat Perlu Bangkit Menyatakan Pekara Ini, Peguam Negara Perlu Pastikan Keadilan Buat Mangsa Liwat Saiful Bukhari Diperolehi Demi Kedaulatan Undang Undang. Psssttt... Air Mani Anwar Ibrahim dah Sah dalam Dubur Saiful Bukhari, Dah terbukti secara jelas Anwar Ibrahim Meliwat Saiful.
DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
No comments:
Post a Comment