KUALA LUMPUR, 8 Jan - Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria bin Pagan hari ini menunjukkan bukti persetujuan berkenaan 10 syarat itu telah ditandatangani oleh Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin, sendiri.
Bercakap kepada kepada wartawan dalam satu sidang media, beliau berkata pihak polis menolak dakwaan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, sekeras-kerasnya berikutan kenyataannya yang menolak 10 syarat yang dikemukan polsi terhadap PKR.
Zakaria juga menolak dakwaan Azmin dan berkata Shamsul Iskandar Md Akin telah diberikan penerangan sewajarnya hampir 20 minit dan faham serta bersetuju dengan syarat-syarat yang dikemukakan. Malah Shamsul telah menurunkan tandatangan sebagai tanda persetujuan.
Dalam sidang media tersebut, beliau telah menunjukkan setiap butiran, bukti bergambar dan dokumen yang telah dipersetujui sebagai tanda kebenaran dan ketelusan pihak polis.
Sebelum itu, Azmin menafikan PKR bersetuju dengan 10 syarat yang dikemukakan oleh pihak polis dalam menganjurkan Perhimpunan 901.
No comments:
Post a Comment