PRU13 Tukang Kebun Jadi mangsa Pembohongan & Fitnah Mahfuz 'SPM' Omar
Baru baru ini si Mahfuz Omar PAS Pokok Sena telah diperkudakan oleh cina
Dap Kedah mendakwa kononnya tukang kebun di Wisma Darul Aman seorang
pendatang dari Myanmar mempunyai IC biru dan diberi kerakyatan oleh BN..
Namun semalam Tuan punya badan sediri telah hadir menjelaskan bahawa
beliau adalah warga negara Malaysia yang dilahirkan di Pengkalan Kundor,
seperti dibawah,
Seorang tukang kebun di Wisma Darul Aman terkejut apabila dituduh
pendatang asing dari Myanmar dan menerima taraf kewarganegaraan secara
tidak sah bagi membolehkannya mengundi dalam beberapa pilihan raya umum
lalu.
Ramli Ahmad, 48, berkata, tuduhan itu adalah fitnah dan tidak benar sama
sekali kerana dia dilahirkan di Pengkalan Kundor, Kedah dan kedua ibu
bapanya iaitu Ahmad Syaarie dan Midah Abdullah berasal dari Kemaman,
Terengganu.
Menurutnya, dia sendiri tidak tahu bagaimana pihak berkenaan boleh
mendapatkan butiran peribadinya kerana tidak pernah menyerahkan dokumen
itu melainkan sewaktu memohon bantuan ketika menghadapi bencana banjir.
“Semasa saya berada di rumah kira-kira jam 9.30 malam kelmarin, seorang
rakan menunjukkan satu akhbar Cina menyiarkan saya pendatang asing dari
Myanmar pada tahun 1993 sedangkan saya memiliki kad pengenalan secara
sah.
“Disebabkan tidak puashati dengan kenyataan ahli parti politik itu saya
kemudiannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar
kira-kira jam11.44 malam, bagi membolehkan polis membuat siasatan
lanjut,” katanya kepada media di pejabat MCA, di sini, semalam.
Hadir sama, Setiausaha Sulit Menteri Perumahan dan dan Kerajaan Tempatan, Loh Eng Chong.
Ramli berkata, sebelum ini dia pernah mengundi kali pertama pada Pilihan
Raya Umum 2004 di Kuala Perlis dan kali kedua pada 2008 di Alor Setar
kerana berpindah tempat tinggal namun, tiada masalah yang berlaku.
“Anak-anak saya seramai lima orang juga menjalani kehidupan seperti
kanak-kanak lain mempunyai sijil kelahiran, memasuki sekolah serta yang
sulung kini sedang menunggu tawaran masuk ke universiti.
“Walaupun saya anak tunggal dan kedua-dua ibu bapa saya sudah meninggal
dunia namun, saya masih ada ramai saudara mara di Pahang. Saya pernah
beberapa kali melawat mereka di sana,” katanya.
Menurutnya, dia percaya punca kepada pertikaian status warganegaranya
berlaku disebabkan turut memiliki sijil pengesahan perakuan taraf
kewarganegaraan yang dikeluarkan pada 22 Disember 1993.
“Saya mendapat sijil pengesahan perakuan berkenaan kerana sijil
kelahiran asal hilang dalam satu insiden kebakaran dan sijil itu menjadi
dokumen pengenalan sementara sebelum diberikan sijil kelahiran yang
baru.
“Tuduhan yang dilemparkan bukan sahaja boleh menjatuhkan maruah saya dan
mengaibkan nama baik keluarga tetapi juga menimbulkan persepsi negatif
masyarakat,” katanya.
Pakatan Rakyat sudah terdesak sampaikan orang yang tidak bersalah di fitnah oleh mereka yang tamakkan kuasa.
No comments:
Post a Comment