HILANG SOKONGAN DI SABAH !!! ANWAR IBRAHIM TUMPU PERAK DAN JOHOR !!!
Usaha Anwar untuk ke Putrajaya dengan memenangi lebih 18 kerusi di Sabah
musnah apabila satu pertemuan perpaduan yang dikenali sebagai TATABA
oleh beberapa para pemimpin besar Kadazan-Dusun-Murut telah diadakan
baru-baru ini.
Tataba boleh ditafsir sebagai sesuatu yang penting yang harus dan akan
diwarisi turun-temurun oleh kaum keluarga sebagai tanda pelindung,wasiat
penting ataupun perkara yang akan memberi semangat atau kuasa sakti
kepada pemegangnya.Oleh sebab itu,pertemuan yang turut dihadiri “Huguon Siou”
(pemimpin agung) Kadazan,Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan,Tan Sri
Benard Dompok, dan Tan Sri Joseph Kurup telah meresahkan Anwar yang
bercita-cita tinggi untuk menjadi Perdana Menteri.Menurut sumber
dalaman,mereka telah bersepakat untuk menyokong Barisan Nasional dan
Datuk Seri Najib dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.Usaha yang
dibuat oleh pimpinan parti Kadazan-Dusun-Murut (KDM) mengadakan
pertemuan PERPADUAN (TATABA) baru-baru ini telah membuatkan PKR di Sabah
hampir lumpuh kini kerana ketiga-tiga pemimpin ini sangat berpengaruh
dan sering kali menjadi panduan kaum kadazan-dusun dan murut dalam
membuat keputusan memilih parti.
Anwar dapat merasakan harapan PR menakluk Sabah semakin kabur apabila 3
parti (PBS,PBRS dan UPKO) bergerak di atas Gelombang TATABA.Walaupun
Anwar yang kononnya sudah mendapat gelaran Huguan Siou yang
dianugerahkan oleh ahli parti PKR sendiri, beliau masih gagal untuk
menawan Sabah. Tapi seperti biasa Anwar dengan muka tak malu dengan
bangga dipentas-pentas ceramah beliau mengatakan PR akan rampas
Sabah.Dalam keghairahan pembangkang mahu menawan Putrajaya, mereka telah
tersilap langkah apabila pemimpin mereka tanpa rasa belas kasihan
menghina pasukan keselamatan yang berkawal di Lahad Datu.
Insiden Lahad Datu ini telah menyebabkan sokongan penduduk Sabah makin
berkurangan.1 Malaysia sudah tahu Anwar Ibrahim adalah petualang Lahad
Datu.
Anwar ingat apabila dia berpakat dengan Misuari dan Kiram untuk “attack”
Sabah,orang akan marah kerajaan.Tapi malangnya apa yang telah dirancang
tidak seperti yang dharapkan,malah strategi untuk menghancurkan Sabah
terbongkar.Anwar selalu menyatakan “ini kali tukarlah” apabila
berada di Sabah.Beliau begitu yakin untuk menawan Sabah.Jawapan kita
untuk Anwar – #Lainkalilah.Sekarang sudah terbongkar konspirasi ini.“mahu sokong ini Anwar lagi, bah ???”
#Lainkalilah.Tak hairanlah Anwar sekarang tumpukan pada Johor dan Perak
pulak!
Tapi apa guna Anwar lari ke Perak jika gagal mengukuhkan semula imej
kepimpinan PKR di Perak yang selama ini lemah, bercelaru dan tidak
menonjol.
Menyedari beliau tidak akan mampu untuk menangkis gejala lompat parti
yang serius di negeri tersebut sehingga menyebabkan kejatuhan kerajaan
PR pada awal 2009,beliau telah menarik handbreak dengan mengumumkan akan
terus kekal bertanding di Permatang Pauh.Anwar sedar,selain daripada
isu tersebut,terdapat pelbagai perkara lagi yang akan meletakkan dirinya
berada dalam keadaan berisiko untuk mempertaruhkan nasib untuk mengaut
undi Melayu di Perak.Kontroversi peribadi,prestasi negeri-negeri PR dan
dominasi Cina dalam kerjasama Pakatan Haram akan terus menjadi igauan
Anwar yang akan mengikuti sepanjang pilihan raya akan datang.
No comments:
Post a Comment