Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Monday, April 8, 2013

KES SAMAN FITNAH RM200 JUTA TERHADAP KAK WAN... PEGUAM ANGKAT KAKI.. KES TIDAK BOLEH MENANGLAH TU...


Halamak ai!!! Apa la malang bebenor nasib Kak Wan Omega ni ye. Walhal salah orang lain. Tapi dia pulak yang tak pasal - pasal je kena tanggung.

KUALA LUMPUR 8 April - Peguam yang mewakili Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam kes saman fitnah yang difailkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), mengemukakan permohonan untuk menarik diri daripada mengendalikan kes itu. 
Peguam Mohd Afiq Mohd Noor memberitahu pemberita bahawa pihaknya membuat permohonan penarikan itu pada Jumaat lepas. Tiada alasan diberikan mengenai keputusannya itu. 
Katanya Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Wira Kamaluddin Md Said yang mendengar prosiding di dalam kamar hari ini menetapkan 18 Jun untuk pengurusan kes. 
Pada 16 Ogos 2010 Felda dan syarikat pelaburannya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, memfail saman RM200 juta terhadap Dr Wan Azizah dan lima lagi kerana memfitnah agensi itu menerusi artikel yang disiarkan Suara Keadilan. 
Selain Dr Wan Azizah, turut dinamakan Felda sebagai defendan ialah Naib Presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali, Pelita Koridor Sdn. Bhd., Percetakan NPK Sdn Bhd, editor Suara Keadilan Dzulkarnain Taib, dan Rusnizam Mahat, yang menulis artikel itu. 
Dalam pernyataan tuntutannya, Felda selaku plaintif, mendakwa akhbar itu menerbitkan artikel pada 22 dan 29 Jun lepas yang mengandungi fitnah terhadap Felda. 
Felda mendakwa artikel pertama bertajuk "Felda Bangkrap" dan artikel kedua berserta gambar bertajuk "Kontroversi" dan "Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu" berunsur fitnah yang boleh menyebabkan reputasi plantif terjejas.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...