KATA DAH... N.SURENDRAN YAKIN, VIDEO LUCAH BABITKAN MUSTAFA ALI, KERJA PAPAGOMO!!!
Friday, April 12, 2013Calon PKR untuk kerusi Parlimen Padang Serai, dan juga Naib Presiden PKR lantikan Anwar Ibrahim merangkap PEGUAM TERBANGANG DI MALAYSIA SETAKAT YANG DIKETAHUI HARI INI, N.Surendran merupakan antara pemimpin PKR yang paling pantas memberikan reaksi berhubung video berkenaan.
Sama seperti sebelum-sebelum ini, N.Surendran cuba menggunakan status GUAMANnya untuk menafikan pembabitan AMK dan PKR dalam pembikinan serta penyebaran video lucah Setiausaha Agung PAS di Besut. Tiada sebarang alasan yang diberikan untuk penafiannya.
Bagaimanapun, N.Surendran begitu yakin, blogger PAPAGOMO adalah pembikin video tersebut seperti mana tuduhan yang dilemparkan membabitkan video Anwar Ibrahim bercium dan beromen dengan jantan, video Anwar Ibrahim terkam jantan jambu dan video Anwar Ibrahim dengan China Doll.
Sementara itu, Husam Musa, Naib Presiden PAS yang akan bertanding di Putrajaya juga berkongsi pandangan yang sama dengan N.Surendran. Menurutnya, video tersebut adalah PALSU dan ianya dibikin, diarahkan dan dicipta untuk memalukan Mustafa Ali.
Sedikit berbeza dengan N.Surendran, Husam Musa mengeluarkan andaian yang lebih FUTURISTIK dan sangat tidak masuk akal apabila menyatakan, 'KALAU ANWAR IBRAHIM PUN BOLEH DICIPTA OLEH UMNO, TIADA MASALAH UNTUK MENCARI PELAKON SERUPA MUSTAFA ALI.'
Manakala para pecacai PAS yang berbaju serta berjubah PKR pula cuba menimbulkan keraguan, mengapa video tersebut diedarkan di Besut iaitu kawasan yang dikenali sebagai kubu kuat UMNO. Mereka cuba menimbulkan keraguan terhadap motif pengedaran video tersebut di samping cuba mengaitkan UMNO untuk kerja-kerja tak berfaedah itu, memandangkan Pakatan Rakyat sesama sendiri pun sudah mula berperang dan saling cantas-mencantas.
Video yang membabitkan Mustafa Ali sebenarnya bukan cerita baru. Seawal April tahun lepas lagi, video ini telah diperkatakan kewujudannya. Bagaimanapun, ia sekadar diketahui ada dan dimiliki oleh pihak tertentu, khususnya PKR yang hanya menunggu masa, memandangkan sikap keras Mustafa Ali terhadap parti tersebut, selain beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PAS itu, memalukan PKR terutama sekali yang membabitkan Melayu-Islam dan KALIMAH ALLAH.
Mustafa Ali bagaimanapun, pada bulan-bulan terakhir ini, mulai berubah nada dan pendekatan. Suaranya tidak lagi lantang, sebaliknya kelihatan sangat memihak kepada PKR, sekaligus ramai yang mengandaikan PKR sudah dapat PEGANG TELUR CIKGU PA menerusi perubahan sikap mendadaknya, terutama sekali apabila dia mengeluarkan kenyataan tentang HADI AWANG MENJADI PERDANA MENTERI.
Apabila Mustafa Ali kembali berkeras mempertahankan kepentingan PAS, terutama kerusi-kerusi yang bakal ditandingi dalam PRU13 di Terengganu, sehingga menimbulkan perbalahan dengan PKR, selain merencatkan rancangan Anwar Ibrahim untuk membuat pengumuman sehingga malam tadi, akhirnya video tersebut diedarkan!
Untuk pengetahuan pecacai yang cuba menimbulkan persepsi, video tersebut telah wujud semenjak April tahun lepas, ya... iaitu pada ketika Mustafa Ali menyatakan Abdul Hadi Awang lebih layak menjadi Perdana Menteri berbanding Anwar Ibrahim!!!
Menjadikan PAPAGOMO sebagai KAMBINGHITAM kerana ketiadaan alasan dan isu, sebenarnya menjelaskan lagi pembabitan PKR yang cukup terkenal dengan lakonan dan segala macam kerja jahat mereka, termasuklah kepada rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat.
Hanya golongan yang telah diazab oleh Allah Taala sahaja yang masih gagal melihat corak permainan jijik PKR ini sebaliknya menuduh UMNO dan Barisan Nasional!
Labels: kejahatan pkr, mustafa ali, skandal seks pemimpin pa
No comments:
Post a Comment