Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, February 22, 2013

Presiden Filipina desak penceroboh menyerah dengan aman

Tentera Sulu Di Lahad Datu: Presiden Filipina desak penceroboh menyerah dengan aman

Presiden Filipina, Benigno Aquino dilaporkan berkata di Manila bahawa pengikut Sultan Sulu, yang mendakwa Borneo Utara sebahagian daripada Kesultanan Sulu, seharusnya menyerah diri secara aman.
"Pergi ke sana dengan senjata tidak akan dapat menyelesaikan masalah ini.
"Apabila anda menggunakan senjata maka secara semula jadinya hanya ada satu cara untuk pihak disebelah sana bertindak balas terhadap cabaran sebegitu," Aquino dilaporkan berkata ketika mengulas buat kali pertama mengenai insiden berkenaan.
Aquino turut menyatakan bahawa pihak kerajaan telah bercakap dengan pelbagai pihak, termasuk keluarga Sultan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
Sementara itu, Setiausaha Luar Filipina Albert del Rosario dalam satu kenyataan berasingan dilaporkan berkata Aquino telah mengarahkan pihak berkuasa kerajaannya 'untuk melakukan apa juga cara' yang boleh bagi menggesa kumpulan penceroboh itu menyerah secara aman dan mereka perlu melakukannya dalam masa terdekat.
Jurucakap tentera laut Filipina Lt Gregory Fabic dipetik sebagai berkata "Sekiranya ada konflik, kami tidak dapat menolong mereka. Kami akan (hanya pergi ke sana) sekiranya ia diselesaikan secara aman dan ada arahan untuk menghantar pulang semua tawanan ke negara asal,"..
Sementara itu kerajaan Filipina mengerahkan enam kapal tentera laut Filipina telah dikerahkan ke laut Sulu dan Tawi Tawi untuk menghalang kemungkinan berlakunya pertumpahan darah di antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan bersenjata Sultan Sulu yang melakukan pencerobohan.
Kapal-kapal ini hanya menjalankan rondaan di perairan pulau Tawi Tawi, pulau yang terletak kurang daripada setengah jam dari kampung Tandau, di tepi pantai di mana kumpulan dari Sulu itu bersembunyi sejak 9 Februari lalu, dengan menaiki bot laju.
Media di Manila melaporkan bahawa kapal tentera laut itu tidak akan berlabuh di perairan Sabah tetapi berada di sana untuk membantu memastikan keadaan stabil.
Hingga setakat ini belum ada arahan yang diberikan terhadap pemindahan kumpulan dari Sulu itu yang diketuai Raja Muda Azzimudie Kiram, abang kepada Sultan Jamalul Kiram III.
Hari ini, Jumaat  hari terakhir sepatutnya 100 penceroboh itu dihantar pulang ke negara asal, namun sehingga kini belum ada tanda-tanda proses penghataran akan berlaku.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...