Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Sunday, February 17, 2013

Anwar PM Ke-7, Kalimah Allah Halal Untuk Bukan Islam. PAS perlu KELUAR daripada Pakatan tanpa Ragu-ragu.


Meminjam kata-kata Anwar Ibrahim, “jika hari ini menang Putrajaya, esok saya akan turunkan harga minyak !” dalam perkembangan politik terkini, kiasan sama mungkin boleh dipakai untuk kalimah Allah.

“Jika hari ini berjaya tawan Putrajaya, esok, saya akan berikan kalimah Allah kepada penganut Kristian !”
Karpal Singh, Pengerusi DAP dalam kenyataan terbaru mengulangi pendirian partinya menegaskan Anwar Ibrahim adalah bakal Perdana Menteri (PM) ke-7 sebab dia adalah calon paling layak.

Ironiknya, tokoh yang sama juga pernah menuduh Anwar kurang layak dan tidak bersih sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1997.

 

Dalam kenyataan terbaru itu, Karpal turut mendakwa Pas juga akan menyokong Anwar menjadi PM ke-7.
Kata Karpal : “DAP memilih Anwar untuk memegang jawatan berkenaan dan yakin pada akhirnya, keputusan ini akan disokong oleh Pas dan PKR kerana beliau merupakan calon paling layak untuk memimpin negara.

“Mengenai Anwar ditolak Majlis Syura, saya berpendapat perkara itu tidak ada kepastian kerana Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menafikannya.”

Seterusnya, tentang kalimah Allah, Karpal berkata isu itu telah selesai kerana Majlis Pakatan Rakyat yang bermesyuarat pada 8 Januari 2013 telah bersetuju membenarkan penggunaan kalimah itu kepada bukan Islam.

Kata Karpal : “Isu kalimah Allah telah dibincangkan dalam pertemuan pada bulan lalu dan itulah pandangan rasmi ketiga-tiga parti.

“Jadi perkara tersebut tidak seharusnya dijadikan isu lagi kerana pendirian sebelum ini telah jelas.”

Kenyataan Karpal itu hampir sama dengan rumusan Ketua Pakatan, Anwar Ibrahim.

Siapa arahkan Pas buat pendirian 2010 ?

Jika Pas terpaksa menggugurkan slogan Negara Islam dan hudud dalam perjanjian sulit 18 Disember 2009 (yang kemudiannya dikenali sebagai dokumen Buku Jingga) kerana tiada kesepakatan bersama, namun berbeza dengan isu kalimah Allah, walaupun tiada kesepakatan bersama namun dengan cara tipu muslihat boleh digunakan untuk menjustifikasi ‘persetujuan bersama’.

Bukan setakat itu, malah dalam perjanjian sulit 2009 itu juga Presiden Pas, Abdul Hadi Awang turut bersetuju Anwar Ibrahim dilantik sebagai PM ke-7.

18 hari selepas perjanjian sulit Pakatan itu, pada 4 Januari 2010 Lajnah Politik Pas pun bermesyuarat membuat keputusan membenarkan kalimah Allah digunakan untuk bukan Islam.

Asas utama Pas dalam menjustifikasikan kebenaran itu adalah menghormati kebebasan beragama yang termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan.

Ketika itu, Majlis Syura Pas mendiamkan diri dengan keputusan parti, dan hanya Dr Haron Din turun padang di atas kapasiti peribadi menentang kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam.

Malah Pengerusi Majlis Syura, selaku Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat, dalam kenyataan sebelum 13 Januari 2013 bersetuju kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam.

““Kita perlu buka ruang kepada mereka dan semoga dengan cara itu memberi peluang kepada golongan berkenaan mengenali Islam dengan lebih mudah.

“Di mana ruang yang dibolehkan itu kita sama-sama bincang nanti,”kata Nik Aziz pada 8 Januari 2013 sebagai menyokong kenyataan persetujuan Presiden Pas bersama-sama dengan PKR dan DAP.

Enam hari kemudian, pada 13 Januari, pegangan Nik Aziz di atas berubah 360 darjah apabila bersama Majlis Syura Pas.

Muslihat DAP

Entah apa muslihatnya, walaupun pada tahun 2010, PAS, PKR dan DAP dilaporkan telah bersetuju dengan kesepakatan bersama berhubung kalimah Allah, namun Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP membangkitkan semula tahun 2012.

Kali ini, nada DAP lebih keras, menuntut kalimah Allah dibenarkan penggunaannya dalam semua Bible berbahasa Melayu, dituntut pula pada masa yang tepat, 24 Disember 2012, ketika masyarakat Kristian menyambut perayaan Krismas.

Sebenarnya, DAP ada dua pilihan, pertama berdiam diri dan menerima pakai dengan keputusan rasmi 2010 dan melaksanakan agenda itu apabila Pakatan berjaya menawan Putrajaya.

Kedua, membangkitkan semula isu itu supaya rakyat akan mengingati semula persetujuan bersama yang dicapai tanpa liputan meluas media itu.

Mungkin dengan cara membangkitkan semula, DAP dilihat terkehadapan dalam menjuarai isu kalimah Allah, khususnya memancing undi semaksima mungkin pengundi Kristian dan bukan Islam.

Jika DAP tidak bangkitkan semula pada tahun 2012, mungkin tidak ramai yang tahu bahawa Pas juga sebenarnya turut bersetuju kalimah Allah dibenarkan kepada Kristian pada tahun 2010.

Walaupun ada pilihan pertama, namun DAP memilih kaedah kedua. Apa sebabnya ?.

Bermungkinan ini juga berkaitan dengan usul Dewan Ulama dalam Muktamar Tahunan PAS ke-58, 17 November 2012 yang mencalonkan Presiden parti mereka, Abdul Hadi sebagai calon PM, sekiranya Pakatan berjaya menawan Putrajaya.

Barangkali menurut perkiraan DAP, pencalonan Abdul Hadi itu dianggap melanggar perjanjian yang dipersetujui bersama pada tahun 2009 iaitu Pakatan termasuk Pas telah bersetuju mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai calon PM.

Seperti diduga, tuntutan Setiausaha Agung DAP itu disambut oleh Ketua Penerangan Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man pada 26 Disember 2012 yang berkata kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam terjemahan Bible Bahasa Melayu kerana tidak tepat maksudnya.

Sebaliknya, Tuan Ibrahim mencadangkan istilah istilah ‘God’ diterjemahkan sebagai ‘Tuhan’.

Keesokan harinya, pada 27 Disember 2012, Anwar Ibrahim tampil dengan kenyataan segera bahawa dia akan menggunakan kuasanya sebagai ‘ketua pakatan’ untuk memanggil satu mesyuarat khas berhubung isu berkenaan.

“Isu ini telah diselesaikan. Kami bukan sahaja telah mengadakan mesyuarat tetapi membahaskan dalam perbincangan mengenai subjek ini, dan merujuk kepada teks, termasuk teks Al-Quran.

“Kini ia telah ditimbulkan semula, ia akan memerlukan mesyuarat segera,” katanya yang dipercayai merujuk kepada keputusan 2010.

9 hari selepas kenyataan ketua Pakatan itu, tampil pula Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dengan membawa mesej yang dianggap sebagai menyokong kenyataan Anwar.

“Presiden Pas pernah mengeluarkan kenyataan pada 2010 untuk tidak melarang penganut selain Islam menggunakan kalimah Allah. Pas masih kekal dengan pendirian itu,” katanya pada 4 Januari 2013.

Kenyataan Mohamad Sabu itu melegakan pihak gereja, di mana Bishop Dr Paul Tan Chee Ing menganggap penegasan Timbalan Presiden Pas itu telah berjaya membatalkan keputusan pegawai Pas berpangkat lebih junior yang merujuk kepada kenyataan Tuan Ibrahim, Ketua Penerangan Pas sebelum ini.

Kenapa Presiden Pas diwajibkan baca teks keputusan rasmi Pakatan 8 Januari 2013 ?

Jika tahun 2010, Presiden Pas boleh mengelak membacakan teks berhubung dengan pendirian parti tentang isu kalimah Alah dengan menyerahkan kepada Ketua Penerangannya, ustaz Idris Ahmad, namun pada 8 Januari 2013, Abdul Hadi tiada pilihan, apabila ketua pakatan, Anwar Ibrahim mengarahkannya supaya membaca sendiri keputusan tersebut.



Abdul Hadi membacakan teks, manakala teks yang sama turut disemak oleh ketua pakatan, Anwar Ibrahim dan penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Kenyataan Abdul Hadi pada 8 Januari.

PAS adalah mempunyai pendirian yang konsisten dalam isu ini, seperti dalam kenyataan media saya pada 4 Januari 2010 dan saya juga telah mengemukakan kertas kajian dalam seminar anjuran Institut Kefahaman Islam (Ikim) pada tahun 2010 yang telah diterbitkan sebagai buku kecil yang bertajuk: “Allah: Kalimah Yang Benar, Tujuan Yang Salah” pada bulan Januari 2010.

Kalimah “ALLAH” adalah satu perkataan yang mengikut maksud asal bahasa al-Quran (Dia Sahaja Tuhan Yang Maha Esa), adalah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat.

Kalimah “ALLAH” tidak wajar disalahgunakan oleh pihak lain terhadap masyarakat Islam sehingga menimbulkan kekeliruan. Oleh itu, pengganut Islam berbagai bangsa tetap menyebut perkataan ALLAH (tanpa terjemahan) apabila menterjemah al-Quran dalam bahasa masing-masing dan ketika beribadat.

Walau bagaimanapun Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah ALLAH dalam amalan mereka walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran.

Selepas Abdul Hadi membacakan teks di atas, Anwar turut menambah untuk memberi kefahaman jelas tentang keputusan Pakatan berhubung isu tersebut.

Kata Anwar : “Tuan Guru Hadi membentangkan kenyataan Pas, disambut baik dalam perbincangan dan ini jelas, kerana pendirian ini selari dengan pendirian Pas dan juga Islam.

“Oleh yang demikian, sementara kita (Pakatan) tidak menghalang, kita juga dalam mesyuarat menyuarakan keprihatinan kita supaya tidak ada pihak mempermainkannya.”

Kenyataan Abdul Hadi di atas dengan sokongan Anwar itu ditafsirkan sebagai penegasan semula keputusan rasmi Pakatan pada tahun 2010, iaitu membenarkan kalimah Allah diguna pakai oleh bukan Islam.

Majlis Syura Pas bantah 

Jika pada tahun 2010, keputusan berhubung kalimah Allah diputuskan oleh Lajnah Politik Pas yang boleh ditafsirkan isu itu adalah isu politik.

Namun, pada 13 Januari 2013, bukan lagi Lajnah Politik Pas yang diberi mandat membuat keputusan, sebaliknya diambil alih oleh Majlis Syura Ulama Pas yang boleh ditafsirkan perubahan paradigma keputusan dari isu politik kepada isu akidah.

Menurut undang-undang Pas, Majlis Syura Ulama dianggap sebagai ‘supreme council’, merupakan badan tertinggi parti, yang boleh menghapuskan semua kuasa yang ada dalam Pas.

Ahli-ahli yang menganggotai Majlis Syura terdiri tidak lebih tujuh belas orang iaitu seorang Mursyidul ‘Am, seorang Timbalan Mursyidul ‘Am, seorang Setiausaha Majlis Syura ‘Ulamak dan tidak lebih empat belas orang Ahli Majlis Syura ((termasuk empat orang daripada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan empat orang daripada Dewan Pemuda dan Dewan Muslimah).

Keputusan mesyuarat Majlis Syura 13 Januari yang ditandatangani oleh Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul Am menegaskan larangan kalimah Allah digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana terdapat unsur penyalahgunaan yang boleh membawa kekeliruan.

Menurut kaedah yang difahami ahli-ahli Pas, keputusan Majlis Syura, 13 Januari akan membatalkan keputusan Presiden Pas, 8 Januari dan keputusan Lajnah Politik Pas, 4 Januari 2010.

Kaedah teknikal dan tipu muslihat halalkan kalimah Allah

Pada 14 Januari, Shuhaimi Shafiei, Ketua Penerangan PKR Selangor merupakan individu pertama cuba mengusik keputusan Majlis Syura Pas.

Shuhaimi yang dikenali sebagai ‘orang kanan’ Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan PKR tetap berpegang kepada keputusan yang dipersetujui Pakatan Rakyat pada 2010 bersabit isu kalimah Allah.
Usikan Shuhaimi dilihat sebagai benih-benih posisi PKR terhadap keputusan Majlis Syura Pas.

Pada 17 Jan, Azmin Ali, individu nombor 2 PKR dan orang paling kepercayaan Anwar muncul dengan kenyataan yang lebih jelas.



Menurutnya, keputusan Majlis Syura Pas bukan keputusan rasmi pakatan dan pakatan masih berpegang teguh dengan keputusan rasmi Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat yang bermesyuarat pada 8 Januari.
“Majlis Syura itu adalah struktur dalam organisasi Pas. Ia bukan kompenan dalam Majlis Pakatan Rakyat. Kita terikat dengan polisi Pakatan Rakyat yang kita telah bincang dan bersetuju.

“Oleh kerana kita terikat dengan dasar-dasar yang dipersetujui secara koletif (bersama) dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dan kita akan berpegang kepada pendirian itu.

“Pandangan Majlis Syura harus kita hormati, kita tidak boleh menyekat mana-mana pihak bersuara. Kita kena pertahankan hak demokrasi mana-mana individu dan institusi untuk menyatakan pendapatnya, namun Majlis Syura terikat dengan ahli-ahli Pas, tetapi kita, (Keadilan, Dap dan Pas) terikat dengan polisi bersama yang telah dipersetujui bersama dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat.

“Dan mesyuarat terbaru adalah 8 Januari. Jadi kita berpegang kepada pendirian yang sama. Kita tidak boleh tukar pendirian setiap hari,”tegas Azmin.

Dua hari kemudian, pada 19 Januari, Pengerusi DAP, Karpal Singh tampil membuat gesaan agar Presiden Pas, Abdul Hadi agar mengubah semula pendirian Majlis Syura Pas yang dilihatnya sebagai bercanggah dengan keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, 8 Januari.

Akhirnya, pada 23 Januari barulah Ketua Pakatan, Anwar Ibrahim muncul dengan membuat rumusan bahawa pakatan hanya boleh menerima keputusan Majlis Pimpinan Presiden 8 Januari kerana Presiden Pas tidak membawa semula bantahan Majlis Syura, 13 Januari untuk dinilai semula dalam Pakatan.



Kata Anwar : “Pakatan Rakyat dalam mesyuarat yang lalu, meneliti kenyataan Presiden Pas, dan kami ambil pendirian untuk menyatakan persetujuan kenyataan Presiden Pas yang memberikan ruang tetapi memberikan juga peringatan supaya jangan disalah tafsir atau disalahgunakan.

“Kita ikut Presiden Pas, dia bentang balik dalam (mesyuarat) Pakatan..Kalau Presiden Pas, dia bawa balik apa-apa isu nak dinilai semula, dia (sepatutnya) bawalah (tapi) dia tak bawa.

“Jadi (keputusan 8 Januari) adalah polisi Pakatan Rakyat.”

Sekali lagi, pada 2 Februari, Karpal Singh bangkit dengan menegaskan Pakatan hanya menerima keputusan rasmi 8 Januari, iaitu keputusan yang dibuat bersama antara Pas, PKR dan DAP, sebaliknya keputusan Majlis Syura, 13 Januari hanya dibuat di kalangan ahli-ahli Pas sahaja.

Keesokannya, kenyataan Karpal itu direspon oleh Nik Aziz dengan berkata,”Yang buat keputusan ialah Majlis Syura Ulama. Itu dia (Karpal) punya pasal. Dia tidak tahu mengenai Pas kecuali orang Pas, begitu juga DAP, tidak ada orang Pas tahu pasal DAP kecuali DAP.”

Namun, yang jelas, sekadar kenyataan ‘dia punya pasal’ tidak dapat mematahkan kehendak PKR dan disokong kuat DAP dalam merealisasikan cita-cita mereka.

Tips of the iceberg

Lim Guan Eng, berdiam diri dan tidak mahu memberi sebarang komen kepada media sejak dia mula mencetuskannya pada 24 Disember 2012.

Apakah dia sudah takut atau sebenarnya masih meneruskan agenda tanpa bersuara yang tidak difahami umat Islam ?

Jika Pas ada Majlis Syura, DAP juga ada Majlis Inter-Faith, MCCBCHST (Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism).

Susur galur penubuhan MCCBCHS bermula pada tahun 1983, apabila penganut Kristian bergabung membantah polisi Islamisasi dalam kerajan.

Kemudiannya agenda MCCBCHS diteruskan dengan misi Inter Faith Council (IFC) iaitu berusaha mengikis kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan di Malaysia.

22 hari sebelum Guan Eng membangkitkan tuntutan isu kalimah Allah, pada 2 Disember 2012, Setiausaha Agung DAP itu sudah merasmikan program ‘MCCBCHST Penang Inter-Religious Goodwill Dinner’ di MBA, Burma Road. Klik di sini


Pada 1 Februari 2013, Guan Eng dirakamkan pengakuannya bahawa dia juga turut memberi bantuan kewangan kepada MCCBCHS untuk melaksanakan visi dan misi badan tersebut.

Diikuti dengan kenyataan media MCCBCHS pada 5 Februari yang mengkritik MAIS berhubung kalimah Allah.

Dr Hassan Ali dan MUAFAKAT membantah kenyataan MCCBCHS itu yang disifatkannya sebagai usaha campur tangan untuk menuntut kalimah Allah.

Nampak macam kompleks dan berasingan, sebenarnya semuanya ada perkaitan antara satu sama lain dan semua modus operandi itu menuju ke arah matlamat yang sama.

Dan sudah semestinya, DAP ada sebab paling kukuh mencalonkan Anwar sebagai bakal PM ke-7.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...