Kalimah Allah : Anthony, Tony Bela Karpal Perlekehkan Harun Taib
“Harun Taib itu seorang pemimpin (PAS) sahaja. Dia bukannya mewakili kepimpinan pusat PAS. Dalam Pakatan Rakyat kita ada kerangka majlis kepimpinan kita.“Dalam pimpinan Pakatan Rakyat kita ada Presiden PAS sendiri,” katanya ketika dihubungi Antarapos.
Aktivis DAP itu dihubungi portal itu untuk diminta mengulas kenyataan Harun Taib dalam Utusan Malaysia
hari ini yang mengecam Pengerusi DAP, Karpal Singh yang memperkecilkan
peranan Majlis Syura Ulama Pas dengan menganggap majlis itu hanya
bersifat minoriti dalam parti sekutunya itu.
Dalam pada itu, Anthony turut mempertikaikan kesahihan kenyataan Harun kepada Utusan dan mengangap ia hanya putar belit media.
“Bukan tak mahu ambil (pendirian Harun Taib) tapi kita sendiri tidak tahu sejauh mana betul atau tidak laporan Utusan.
“Selalunya Utusan buat putar belit sahaja,” katanya lagi.
Seorang lagi aktivis DAP, Tony Pua yang juga Setiausaha Publisiti parti turut tampil membela Karpal Singh dan menganggap kenyataan Karpal itu bukan bersifat peribadi.
Tony menegaskan bahawa kenyatan Karpal adalah mewakili DAP apabila beliau menggesa Majlis Syura menimbang semula ketetapannya supaya selari dengan pendirian yang diambil oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat pada 8 Januari.
Pakatan pembangkang itu berpegang kepada pendirian umum Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa bukan Muslim boleh menggunakan kalimah Allah asalkan tidak menghina Islam.
“Apa yang diminta oleh Karpal agar perkara ini dapat dipertimbangkan, kita tidak mendesak, kita tidak paksa, kita tidak ugut.
“Ini adalah pendirian parti (DAP). Kita hanya meminta pertimbangan seperti perkara-perkara yang lain,” katanya.
No comments:
Post a Comment