Ye! Nampak
gayanya Si Nurul Izzah ni dah semakin pandai. Pandai dalam bab menipu
rakyat la. Bukannya pandai menjaga kebajikan rakyat.
Mungkin dia
dah bosan dok buat kerja pandir hari - hari kot. Tu sebab la dia jadi
pandai sikit dari biasa. Agaknya, dia dah serik diperbodohkan oleh Datuk
Raja Nong Chik kot.
Sebelum ini,
Si Nurul Izzah serta kroni - kroni dia kata Lembah Pantai masih lagi
kubu kuat PKR dimana kerusi tersebut masih mampu dipertahankan oleh Si
Nurul Izzah.
Bukti Video Nurul Izzah menyokong murtad
Kalau
betul la apa yang dijelaskan oleh kroni - kroni Si Nurul Izzah ni, menda
kejadahnya dia nak import orang dari luar? Dah tak de ke orang Lembah
Pantai nak pergi program dia?
Sudah la
Nurul!!! Sedar la diri tu sikit. Orang kat Lembah Pantai tu dah bagi
'signal' yang cukup jelas. Takkan la itu pun dia tak faham - faham
jugak. Kot kalau dia dah buta, tak tau la nak kata apa!!!
Berita
Lembah Pantai - Hari ini ada ceramah Anwar Ibrahim di Bangsar. Kalau
sebelum ini di Sentosa, iaitu satu lagi kubu kuatnya Pesta Ponggal yang
dianjurkan PKR Lembah Pantai dan dihadiri Anwar hanya didatangi 500
orang.
Itupun selepas 4-5 jam Anwar menundakan kedatangannya, kali ini nampaknya anaknya Nurul Izzah dah pandai.
Apa taktik? Bawak orang dari tempat lain lah, apa lagi. Ini bukti-buktinya.
Tahniah Nurul Izzah dan penganjurnya yang kuat memfitnah, Fahmi Fadzil. Dah pandai dah import orang ye?
Patut
lah lain macam je crowd kami tengok, tak rupa orang Bangsar rupanya
import! Dengarnya dari PJ Selatan. Nantikan susulan siasatan kami! -
seterusnya...
Bertempat di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru telah diadakan satu
forum bertajuk "Kebebasan Bertukar Agama Dari Sudut Islam dan
Perlembagaan Persekutuan" bagi mengupas kenyataan Naib Presiden PKR,
Nurul Izzah berkaitan kebebasan beragama seharusnya dilaksanakan secara
sama rata termasuk merangkumi orang Melayu.
Forum ini dianjurkan
oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) PERKASA dan dirasmikan oleh Ketua
Pengarah JASA, Datuk Fuad Hassan manakala Pensyarah Kanan Universiti
Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Ustaz Dr Ridhuan Tee Abdullah pula
bertindak sebagai moderator.
Antara ahli panel yang hadir ialah sahabat kepada Anwar Ibrahim iaitu Dr Yusri Mohamad dan Presiden MUAFAKAT, Ustaz Ismail Mina.
Turut
hadir sama ialah bekas pemimpin PAS, Zulkifli Noordin dan bekas Naib
Presiden PAS yang kini adalah Presiden JATI iaitu Dr Hasan Ali
Kira-kira
300 orang memenuhi Dewan Kelab Sultan Sulaiman malam tadi, malah wakil
dari portal pembangkang serta beberapa orang bloggers pro kerajaan juga
kelihatan.
Jelas kelihatan hadirin tetap bersemangat mengikuti
percambahan minda walaupun ada antaranya yang kesejukan kerana
sebelumnya ditimpa hujan rintik-rintik selepas meletakkan kenderaan
masing-masing sebelum ke dewan tersebut.
Pada 3 November lepas,
Nurul Izzah yang juga adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai yang mewakili
PKR dalam satu forum anjuran OHSMi di sebuah gereja di USJ telah membuat
kenyataan bahawa hak kebebasan agama sepatutnya tidak terhad pada orang
bukan Melayu sahaja.
Maksudnya ia perlu dilaksanakan secara sama
rata dan adil dengan turut memberikan hak bebas beragama meliputi
sekali orang Melayu Islam.
Ustaz Ismail Mina yang diketahui rapat
serta pernah berjuang bersama-sama Anwar ketika mengasaskan ABIM tegas
menyatakan bahawa, "tiada kebebasan beragama di dalam kamus Islam. Jika
pendirian sedemikian wujud ia memberi kesan ke arah murtad.
"Kumpulan
ini jangan diberi peluang ke Putrajaya. Mereka hanya jual agama dan
pemikiran ini di bawa aktivis politik yang jadi kontroversi."
Mengulas
kenyataan berbahaya anak perempuan Ketua Umum PKR itu, Ahli Parlimen
Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Noordin pula menjelaskan kedudukan orang
Melayu dari segi Perlembagaan Negara adalah wajib beragama Islam.
Menurutnya,
dalam Artikel 160 (2) telah mentakrifkan "Melayu ertinya seseorang yang
menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, dan menurut adat
istiadat Melayu".
Beliau juga turut mengupas kedudukan Islam
dalam Perlembagaan Negara melibatkan Artikel 3 (1) di mana Islam adalah
agama Persekutuan, bagi menepis tanggapan yang dipercayai ada kaitan
dengan dakwaan pemimpin DAP, Lim Kit Siang sebelum ini yang mahu
Malaysia dianggap sebagai negara sekular.
Manakala dari segi hak
perlindungan umat Islam dari anasir dan dakyah agama lain pula jelas
tertulis dalam Artikel 11 (4) Perlembagaan negara.
Berhubung
ancaman Nurul Izzah yang mahu menyaman akhbar Utusan Malaysia berikutan
isu kebebasan agama yang sedang hangat diperkatakan sekarang, Zulkifli
secara terbuka mengumumkan kesediaannya untuk membela kebenaran yang
dibawa oleh Utusan Malaysia.
"Saya nak umumkan pada Utusan
Malaysia, saya dan peguam kanan ini sedia jadi peguam untuk pertahankan
Utusan Malaysia tanpa minta bayaran. Ini sumbangan kecil untuk
pertahankan Utusan Malaysia."
Pengumuman itu disambut dengan laungan sokongan dari hadirin dan dewan hiruk piruk seketika.
Sebelumnya,
bekas Presiden ABIM yang ke-6, Dr Yusri Mohamad mengakui salah satu
faktor kerenggangan hubungannya dengan Anwar bermula dari kes murtad
Azlina Jailani ataupun Lina Joy.
Katanya, dalam satu wawancara dengan sebuah media asing, Anwar telah menyatakan adalah merupakan hak Lina Joy untuk murtad.
Bekas
pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Hasan Ali pula mengecam pemimpin PAS,
Mujahid Yusof Rawa yang mewakili PAS yang turut bersama Nurul Izzah
menyertai forum yang diadakan di gereja itu.
"Pemimpin PAS kaku,
bisu, beku bila kenyataan yang dikeluarkan oleh Nurul Izzah. Siapa
sebelah Nurul Izzah? Pemimpin PAS. Beliau seorang doktor berpelajaran
tinggi, pemimpin PAS pusat, hebat.
"Tapi akhirnya dia antara
manusia yang bertepuk tangan meraikan Nurul Izzah. Atas nama kekuasaan
tadi, kehadirannya sendiri meragukan kita."
Sementara itu, dalam
perkembangan berkaitan, Siti Zabedah Kasim telah menyuarakan
kekecewaannya apabila Nurul Izzah tiba-tiba berubah sikap dan tidak
mempertahankan kenyataannya sendiri bahawa hak kebebasan beragama perlu
diguna pakai sama rata termasuk orang Melayu
Siti yang juga
adalah ahli Majlis Peguam merupakan individu yang bertanyakan soalan
berkenaan kepada Nurul Izzah berkenaan samada kebebasan agama perlu juga
merangkumi orang Melayu ketika forum tersebut diadakan di di Gereja
Full Gospel Tabernacle, USJ, Sabtu lalu.
No comments:
Post a Comment