Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, February 23, 2013

Filipina Minta Tangguh Penghantaran Kumpulan Bersenjata Sehingga Selasa Minggu Depan



LAHAD DATU - Kerajaan Filipina pada Sabtu meminta tarikh akhir bagi kumpulan bersenjata Kesultanan Sulu untuk meninggalkan Kampung Tanduo dilanjutkan.
 
Menteri Luar Filipina, Albert del Rasario berkata, beliau ada menghubungi rakan sejawatannya, Datuk Seri Anifah Aman, meminta tarikh akhir pada Jumaat untuk pengikut Sultan Sulu meninggalkan Sabah dilanjutkan sehingga Selasa depan.

Menurutnya, pihak berkuasa Filipina sedang cuba memujuk pengikut Sultan Jamalul Kiram yang menceroboh masuk ke Kampung Tanduo selama dua minggu supaya meninggalkan Sabah.

“Kami harap permintaan itu akan dipersetujui memandangkan usaha untuk memujuk keluarga Kiram supaya mengundur diri dalam keadaan aman,” katanya kepada media di Filipina.

Beliau berkata, pihak berkuasa Malaysia memberi jaminan kepada Filipina bahawa mereka tidak akan menggunakan kekerasan terhadap kumpulan terbabit sekiranya meninggalkan Sabah secara aman.

Kira-kira 100 ahli kumpulan Sulu masih lagi berkeras untuk tinggal di Tanduo walaupun hari Jumaat merupakan tarikh akhir mereka sepatutnya dihantar pulang.

Pihak keselamatan Malaysia, telah melebarkan kepungan mereka di darat dan laut sekitar kumpulan berkenaan. – mstar

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...