DAP gesa Anwar campur tangan, perebutan kerusi semakin parah
KUALA LUMPUR, 18 Feb — Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa
campur tangan bagi menyelesaikan kemelut perebutan kerusi di negeri
Johor, kata pengerusi DAP negeri Dr Boo Cheng Hau hari ini, pada masa
sama juga menyatakan tidak yakin dengan kepimpinan PKR negeri yang
dipimpin Datuk Dr Chua Jui Meng.
Dalam satu kenyataan hari ini, Boo dilihat tidak berpuas hati dengan
ketua PKR Johor tersebut selepas secara terbuka menyatakan langkah DAP
berhasrat mahu meletak ahli parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong
bertanding di Gelang Patah sebagai tidak matang.
“Saya sangat percaya Datuk (Dr) Chua Jui Meng adalah individu
‘dibelakang tabir’ keatas beberapa serangan hebat terhadap DAP Johor,”
kata Boo.
“Terdapat gerakan bawah tanah menentang DAP Johor sejak beberapa bulan dahulu.”
Boo mendedahkan terdapat beberapa badan bukan kerajaan di negeri
tersebut yang berkempen “Jangan jadikan DAP terlalu kuat” serta
menyatakan mereka juga diserang daripada setiap sudut sehingga dilabel
sebagai “bongkak”.
Beliau juga berkata Pakatan Rakyat (PR) di Johor sebelum ini tidak
berhadapan sebarang masalah dalam menyelesaikan masalah kerusi
sehinggalah Dr Chua (gambar) menyertai mereka pada 2009.
“Perkembangan sejak dua tahun ini telah menggugat perpaduan Pakatan
Rakyat, dan DAP telah menjadi sasaran oleh beberapa kuasa luar dan DAP
dilabel sebagai “bongkak”.
“Kisah sebenarnya, PR Johor mempunyai hubungan yang kukuh dan berkesan
dalam menyelesaikan pembahagian kerusi sebelum ini tetapi sebaliknya
berlaku dengan kehadiran Datuk Chua Jui Meng,” tambah Boo lagi.
Disamping itu, Boo turut mengkritik langkah bekas menteri kesihatan
tersebut yang mengumumkan dirinya sebagai calon di Gelang Patah walaupun
pembahagian kerusi masih dalam perundingan serta menasihatkan Dr Chua
supaya tidak membawa budaya politik MCA ke dalam PR.
“Datuk Chua Jui Meng sebelum ini mengumumkan pencalonan sendiri di
Gelang Patah atas alasan beliau adalah ketua PKR Johor sebelum
pembahagian kerusi diantara parti komponen PR di Johor diputuskan oleh
pimpinan pusat.
“Sebagai orang baru dalam PR, Datuk Chua Jui Meng digesa supaya
menghormati sejarah persefahaman dan hubungan erat antara parti komponen
dalam PR di Johor sejak sejak dahulu lagi,” tambah Boo.
Boo juga berharap bekas pemimpin MCA tersebut mencerminkan dirinya yang sering dilihat memperkecilkan DAP dan pemimpin utamanya.
Sehubungan itu, Boo menegaskan tiada individu yang layak atau mampu
menyelesaikan kemelut yang dihadapi oleh PR dinegeri tersebut melainkan
Anwar sendiri serta mengharapkan ia dapat diselesaikan secara baik.
“Bagi PR menakluk Johor sebagai salah satu negeri sasaran, sudah sampai
masanya untuk saya meminta secara rasmi sama ada Datuk Seri Anwar
Ibrahim atau (Datuk Seri) Dr Wan Azizah untuk mengambil alih kedudukan
ketua PKR negeri Johor dan memantau rancangan untuk menawan negeri
seperti Johor ini,” ujar Boo lagi.
Dalam Pilihan Raya 2008, calon PKR Zaliha Binti Mustafa tewas kepada
calon Barisan Nasional (BN) Tan Ah Eng di kawasan parlimen Gelang Patah
dengan mendapat undi sebanyak 33,630.
PKR dilihat mengintai untuk bertanding semula dikawasan parlimen Gelang
Patah pada pilihan raya tahun ini namun Timbalan Pengerusi DAP Tan Kok
Wai secara terbuka telah mengatakan Liew akan diletak sebagai calon
mereka.
Perkara tersebut telah menimbulkan rasa kurang senang malahan Dr Chua
yang dikatakan mahu bertanding di Gelang Patah juga seolah-olah tercabar
dengan tindakan oleh DAP untuk meletak Liew.
“Biarkan mereka (DAP). Mereka boleh bercakap apa sahaja, inikan negara
demokrasi. Perkara itu (isu kerusi Parlimen Gelang Patah) akan
ditentukan olehpucuk pimpinan pakatan rakyat,” katanya.
Setakat ini, pucuk pimpinan PR masih belum membuat keputusan tentang
parti mana yang berhak meletakkan calon di kerusi Parlimen Gelang Patah.
- Minsider
No comments:
Post a Comment