Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Tuesday, February 19, 2013

PKR DAN PAS BERGABUNG UNTUK JATUHKAN DAP DI JOHOR.. INI SERUPA MUSUH DALAM SELIMUTLAH.. KARPAL SINGH

Karpal Singh tuduh pemimpin PKR cuba sabotaj DAP?


Satu lagi kecaman pedas dari Karpal Singh terhadap rakan sekutu mereka iaitu PKR. Dalam satu kenyataan rasmi hari ini pengerusi DAP tersebut mengatakan satu siasatan akan dilancarkan terhadap pemimpin PKR Datuk Chua Jui Ming berikutan dakwaan menjadi dalang keatas beberapa serangan hebat terhadap parti komponen Pakatan Rakyat (PR) tersebut sejak beberapa bulan lalu.
Karpal berkata DAP memandang serius pendedahan yang dibuat oleh pengerusi DAP Johor Dr Boo Chen Hau.
Menurut Karpal, tuduhan oleh Dr Boo tidak boleh dipandang ringan malahan menyifatkan kredibiliti Chua Jui Ming masih lagi diragui memandangkan pengalamannya bersama parti lawan MCA dan sikap terburu-burunya untuk menawan kerusi parlimen.

Sehubungan itu, Karpal juga menggesa Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim supaya campur tangan dalam kemelut yang melanda di Johor supaya tidak menjejaskan peluang PR untuk menawan negeri tersebut serta mengelak unsur sabotaj berlaku antara parti komponen Pakatan Rakyat.

Karpal Kondem PAS Dan PKR?!

Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh mengakui beberapa isu yang timbul dalam Pakatan Rakyat menyebabkan timbulnya percanggahan pendapat di antara ketiga-tga parti dalam pakatan pembangkang.
“Tidak ada keraguan ada lebih banyak isu untuk ditangani oleh Pakatan,” katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.
“Percanggahan pendapat ada disitu. Kita tidak menafikannya. Namun, di satu sudut lagi, ada isu yang lebih besar untuk kita lihat berbanding keraguan kami.
“Saya fikir perbezaan pendapat ini boleh diselesaikan bila tiba masanya. Untuk sekarang, apa yang lebih penting adalah ketiga-tiga parti, DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu menjatuhkan Barisan Nasional (BN).
“Hubungan kami antara satu sama lain secara umumnya adalah baik” katanya pada sidang media di Georgetown, pada Ahad.
Karpal berkata DAP menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan mengambil alih kerajaan Pusat.
Beliau turut menyangkal dakwaan Ahli Parlimen Bebas kawasan Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohamed Hashim yang mendakwa DAP dan PAS bersetuju dengan cadangan agar veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah atau Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Perdana Menteri. - mStar


 
god 
KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh menyuarakan kebimbangannya tentang konflik antara DAP dan PKR di Johor yang kini mencetuskan perbalahan terbuka serta boleh menggugat persefahaman mengenai peruntukan kerusi dalam kalangan pakatan pembangkang bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata DAP memandang berat penegasan pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau bahawa pengerusi PKR Johor Chua Jui Meng sedang melancarkan kempen secara rahsia terhadap DAP di Johor.

Dalam kenyataan di sini, Isnin, Karpal berkata siasatan mendalam perlu dilakukan untuk mengenal pasti orang di sebalik ‘serangan berbisa secara rahsia’ terhadap DAP itu dan ‘tangan hitam’ di sebaliknya.

Katanya penegasan Boo itu tidak boleh diketepikan begitu saja demi kepentingan pakatan pembangkang.

chua“Kredibiliti Chua boleh diragui. Kehadirannya yang begitu lama bersama MCA dan Barisan Nasional serta kegagalannya dalam percubaan untuk menjadi presiden MCA pada 2004 dan keghairahannya untuk mendapatkan kembali kerusi parlimen sudah pasti menimbulkan masalah kredibiliti, yang mungkin mengatasi daya inteleknya.

“Chua patut menyedari bahawa seorang ahli politik yang meninggalkan ‘ibu politiknya’ tidak layak dipandang mulia dan dengan penuh kebanggaan. Sekiranya apa yang dilakukan Chua boleh memberi kesan tidak baik kepada pakatan pembangkang, maka perbuatannya perlu disekat, lebih cepat, lebih baik,” kata Karpal.

Sehubungan itu, Karpal menyeru pemimpin utama PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bertindak sebagai perantara agar peluang pembangkang di negeri itu tidak menerima kesan negatif daripada sebarang perbuatan sabotaj. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...