WALAUPUN HARAM, ANWAR TETAP SOKONG NEGARA ISRAEL
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung kenyataannya berhubung kenyataan kontroversinya tentang Israel.
Selepas 40 minit bertentang mata, Anwar berkata kenyataannya yang dibuatnya sebelum ini selari dengan pandangan Hamas dan Fatah.
"Saya rasa baik sebab dah beri penjelasan," kata Anwar.
"Akhirnya saya bagi tahu, saya tunduk dengan apa yang dikehendaki Hamas dan Fatah dan apa yang dirunding di Doha dua minggu lalu."
Malah, katanya, kenyataannya kepada WSJ yang juga menyatakan "pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin" tidak disiarkan sepenuhnya.
When asked, he said he would not take legal action against the Wall Street Journal (WSJ) for the report, as "it stated the contingency, unlike Berita Harian, Utusan Malaysia and TV3", which he claimed reported only part of his statement.
-- SUMBER MALAYSIAKINI 21 FEB
Hari ini, Anwar dah pun jumpa Nik Aziz untuk menerangkan kenyataan "I'LL SUPPORT ALL EFFORTS TO PROTECT THE SECURITY OF THE STATE OF ISRAEL" yang dibuatnya di dalam temuramah WSJ 26 Jan lepas.
Dan sebagaimana yang telah dijangkakan sebelum ini, Anwar tetap mempertahankan rasa kasih sayangnya terhadap negara Yahudi itu dan Nik Aziz tetap terus membisu.
Nampaknya, kedua-dua akan terus memainkan skrip drama sebagaimana arahan tuan director.
Di dalam artikel Malaysiakini di atas itu, Anwar kata kenyataannya pada WSJ itu adalah selari dengan pandangan Hamas dan Fatah, betul ke apa yang dicakap Anwar Belit ini.
Maknanya, Hamas dan Fatah bersetuju dengan pandangan Anwar mahu mempertahankan keselamatan musuhnya, Israel.
Betul ke, Hamas dan Fatah yang berperang dengan Israel dengan ribuan rakyatnya manjadi korban Yahudi, tetapi pada masa sama mahu mempertahankan Israel. Adakah ini yang dikatakan oleh Anwar sebagai berkongsi pandangan? Tak masuk akal langsung.
Anwar juga berkata dia tidak akan menyaman WSJ. Itu memang sudah dijangkakan daripada dahulu lagi, kerana kita tahu sejak azali lagi bahawa Anwar lebih sayang tali persahabatan dia dengan Yahudi dan duit Yahudi daripada hubungan dengan rakyat Palestin yang seagama.
Pada Anwar, ribuan nyawa rakyat Palestin yang melayang akibat kezaliman Israel itu tidak penting berbanding, pengaruh dan duit Yahudi yang dikejarnya merata dunia tu lebih-lebih lagi PRU13 tak lama lagi ni.
anwar ibrahim response on israel - palestine issue
Anwar Ibrahim perjelas isu sokong ISRAEL - 1/2
Anwar Ibrahim perjelas isu sokong ISRAEL - 2/2
Woodrow Center : Anwar Sokong Israel
No comments:
Post a Comment