Kementerian Pelajaran Malaysia , Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah diharapkan dapat menghalang penyebaran risalah fitnah dan pembohongan pembangkang ke sekolah-sekolah melalui pos atas penama Guru Besar...
Dipercayai dengan pengedaran risalah ini pembangkang cuma mempolitikan sekolah.... Ramai dikalangan guru dan pelajar tdak selesa dengan keadaan ini. Tidak secara langsung pembangkang telah menodai keharmonian ilmu di sekolah. Pembangkang hanya akan menyekat guru menyampaikan ilmu kepada pelajar dan menafikan hak pelajar menimba ilmu..
Dengan pengedaran risalah pembangkang ini juga akan menyebabkan keharmonian tranformasi pendidikan yang dilancarkan oleh KPM akan gagal. Ditakuti di sekolah akan menjadi medan politik gelandangan .. dimana guru-guru akan berpecah belah jika ada dikalangan guru pro dan percaya kepada risalah fitnah dan pembohongan pembangkang itu. Perhubungan antara guru yang selama ini harmoni akan membibitkan rasa benci dan prasangka buruk antara satu sama lain.
No comments:
Post a Comment