HUSAM MUSA "DIPUKUL" PENEROKA FELDA DI KELANTAN..!!!
Nampaknya rakyat Kelantan sudah mula main ganas! "Dipukul"nya pulak Husam Musa dan Kerajaan Negeri Kelantan! Nak "pukul" Pok Nik Ajis kesian la sikit...nanti muntah darah pulak. Maklum la..dah uzur...
Tu la...lain kali jangan cuba sekat rezeki rakyat Kelantan. Sementara Allah SWT nak beri rezeki 'durian runtuh' pada diorang, apa salahnya Kerajaan PAS Kelantan membantu mempermudahkan rezeki itu?
Kenapa nak disekat pula rezeki Allah kepada hambaNya? Sebab yang nak diberi tu melalui Kerajaan BN? Begitu? Alaaa..PAS pun tumpang pahala jugak kalau bantu berikan rezeki tu...sama-sama la dapat pahala.
Apa salahnya BN beri rezeki lebih 'durian runtuh' pada rakyat Kelantan dan pada masa yang sama Kerajaan PAS sedia beri kerjasama luluskan tanah untuk rakyat Kelantan tu. Alaaa..diorang tu bukan rakyat Israel pun, diorang tu rakyat Kelantan jugak, kan?
Takkan la nak suruh rakyat pergi cium lutut Pok Nik Ajis baru nak lulus tanah negeri tu kot? Felda nak bantu merakyatkan ekonomi anak negeri Kelantan ni. Felda nak bantu rakyat pun Kerajaan PAS tak kasi?
Kenapa? Sebab perbedaan politik? Takkan la sampai macam tu sekali kot? Matang la sikit...jangan la sampai rakyat Kelantan marahkan PAS Kelantan pulak. Nanti kalau rakyat dah marah, PAS kalah PRU13 nanti nak salahkah BN pulak. Padahal, salah sendiri, kan? Heh!

300 peneroka bantah Pas
GUA MUSANG - Laungan `teruskan transformasi Felda’ meriuhkan suasana perhimpunan aman membabitkan 300 peneroka dan generasi kedua FELDA seluruh Kelantan di Tapak Pasar Minggu Chiku 3, dekat sini, petang semalam.
Golongan peneroka yang datang dari seluruh rancangan tanah Felda itu mengadakan perhimpunan hampir sejam mulai 3 petang untuk membantah usaha pihak tertentu khususnya Pas yang cuba menggagalkan penyenaraian Felda Global Ventures Holding Sdn Bhd (FGVH) ke Bursa Malaysia.
Dengan laungan bersemangat itu turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paloh, Datuk Nozula Mat Diah dan Pengerusi Majlis Belia Felda Kelantan, Mohd Nor Fazly Mohd Daud.
Semasa berucap pada majlis itu, Nozula menyifatkan usaha parti pembangkang cuba menggagalkan FGVH ke Bursa Malaysia sebagai pengkhianat kepada bangsa Melayu itu sendiri.
Beliau berkata, setiap peneroka harus menentang sekerasnya usaha tersebut kerana pemimpin parti pembangkang itulah yang dilihat sebagai ancaman baru kepada kemajuan peneroka Felda seluruh negara.
Katanya, sebagai peneroka dan generasi kedua yang bergantung hidup kepada hasil di rancangan tanah tersebut perlu bergabung tenaga menyokong usaha kerajaan berbuat demikian yang menjamin masa depan.
”Pemimpin pembangkang tidak sedikit pun mengambil berat mengenai masalah yang dihadapi peneroka, sebaliknya lebih banyak untuk menimbulkan huru-hara,” katanya.
Mohd Nor Fazly berkata, generasi kedua Felda bukan lagi di kalangan mereka yang tidak berilmu, malah belajar lebih daripada pemimpin pembangkang yang ada pada hari ini untuk memperjuangkan nasib mereka sendiri.
Beliau berkata, mereka tidak perlu digugat dengan apa cara sekalipun kerana apa yang generasi kedua mahu keamanan dan kemampuan kerajaan membangunkan kehidupan mereka bersama.
”Perhimpunan aman pada hari ini juga membukti generasi kedua bersama peneroka bangkit menentang segala musuh yang boleh menyusahkan golongan sasar itu yang selama ini menerima banyak kemajuan dari kerajaan,” katanya. SHarian
No comments:
Post a Comment