Bagaikan terkena sumpahan kerana enggan bertolak ansur dan memikirkan semula projek menolak serta meruntuhkan Madrasah Salihiah, Kanchut, Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak terus dihantui masalah demi masalah. Bahkan kedudukan Azizan Abdul Razak sendiri nampaknya semakin tergugat ekoran tekanan dan sikap tikam belakang yang diamalkan oleh warlord-warlord PAS sendiri.
Berita yang baru sahaja diterima, benar-benar mengejutkan kami di Kedahan69ers.
Krisis kepimpinan Menteri Besar Kedah semakin serius. Beberapa orang Exco Kedah telah ‘memaklumkan’ mereka tidak akan atau lebih tepat lagi ENGGAN HADIR pada perlantikan Exco pada 28 Februari ini.
Tujuan kesemua EXCO berkenaan adalah untuk memberikan tekanan kepada Menteri Besar agar meletakkan semua jawatan yang disandangnya. Alasan mereka, Menteri Besar Kedah sudah tenat dan terganggu dengan pelbagai keuzuran dari segi kesihatan.
Paling menarik ialah apabila antara yang paling kuat memberikan tekanan kepada Azizan Abdul Razak untuk melepaskan jawatan adalah MAHFUZ OMAR dan Timbalan Presiden PAS, MAT SABU. Kedua-dua orang ini telah DIMINTA SECARA PERIBADI oleh Phahrolrazi Zawawi untuk membantunya merealisasikan keinginan untuk menjawat jawatan Menteri Besar Kedah biarpun dalam tempoh yang singkat.
Puncanya cukup mudah. Exco paling kanan, paling agresif dan paling banyak putar belitnya, tidak lagi dapat melihat atau berasakan peluang untuknya ke jawatan tersebut selepas PRU13 akan tercapai. PAS Kedah tidak berharap untuk menang lagi kerana sudah sangat jelas, PAS Kedah tidak berkemampuan sebagai Kerajaan Negeri.
Pemulauan yang dibuat oleh Exco Kedah dari kalangan PAS Kedah sendiri, sememangnya amat melampau!
Phahrolrazi Zawawi yang dahulunya merengek kerana mahu jawatan, bahkan begitu membodek Azizan Abdul Razak, kini perasan yang dia sudah tersangat kuat kerana mendapat sokongan golongan PARASIT yang mempunyai hubungan rapat dengan Anwar Ibrahim dan DAP. Bersama-sama Phahrolrazi adalah Taulan Rasul dan Amiruddin Hamzah. Ketiga-tiga orang saling bekerjasama untuk MEMBUNUH Azizan Abdul Razak.
Pendirian Azizan Abdul Razak tidak dapat diubah 0leh sesiapa pun. Azizan Abdul Razak sudah menyatakan ketegasannya sehinggakan kalau diminta atau dinasihati oleh Majlis Syura PAS Pusat sekalipun dia tidak akan melepaskan jawatan.
Phahrolrazi dilaporkan sudah melarikan diri ke luar negara dan tidak akan hadir untuk angkat sumpah EXCO sebagai tanda bantahan.
PAS Pusat sememangnya amat berharap, masalah ini tidak diketahui oleh pihak luar, terutama sekali UMNO-BN. Bagaimanapun, krisis ini seandainya dimanipulasikan dengan sebaik-baiknya oleh UMNO-BN, pastinya akan menyebabkan kesukaran yang bukan sedikit kepada PAS Kedah.
Anehnya, dalam keadaan ini, kalau UMNO-BN yang memanipulasinya, yang ‘TERSELAMAT’ hanyalah Azizan Abdul Razak, manakala kaum pelahap dari PAS Kedah, bukan sahaja setakat urut dada, malah terpaksa tepuk belakang kepala berkali-kali kerana peluang seperti sekarang tidak mungkin akan muncul lagi sekurang-kurangnya untuk tiga generasi anak cucu mereka!
No comments:
Post a Comment