Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Sunday, February 19, 2012

MyMassa :Terima Kasih Blogger Helen Ang...

Terima Kasih Blogger Helen Ang...

Blogger Helen Ang
Pemilik blog Helen Ang telah menyiarkan salah satu komen MyMassa dalam blog tersebut.
Kalau ikut situasi semasa orang Melayu (ahli dan penyokong UMNO) masih sayang pada MCA. Kerana mereka melihat MCA lebih telus dari DAP yang telunjuk lurus kelingking berkait.

Orang yang hanya membaca berita di internet dah tidak mendepani realiti sahaja yang akan kata MCA tidak berperang. Dalam diam, MCA banyak melakukan kerja-kerja kemasyarakatan walaupun mereka kalah di kawasan tersebut. Sebab itu MyMassa menyokong video CNY dari MCA.

UMNO bukan memberikan kerusi ehsan tetapi menghormati roh perikatan sejak dahulu lagi. Tandanya walaupun parti perikatan (kini BN) berasaskan kaum tetapi pembangkang lebih rasis daripada mereka.

Cuma DAP lebih baik dari MCA dari segi pengurusan isu. Mereka lebih bijak menjawab dan memutar sesuatu isu dan membentuk persepsi yang baik terhadap mereka.

MyMassa tidak akan terkejut jika DAP akan menang besar mengalahkan MCA kali ini kerana selain daripada pengurusan isu yang baik (untuk pengaruhi undi atas pagar), DAP juga menjalankan gerak kerja akar umbi yang sangat tersusun. Pendaftaran pengundi baru dan pemindahan pengundi yang menyokong mereka amat giat dijalankan. Asas kemenangan mereka di Sarawak akan diulangi di Semenanjung.

Sebab itu kalau DAP hilang satu undi dari Helen pun mereka tak takut kerana setiap kawasan yang mereka akan tandingi telah mereka pastikan majoriti sokongan pengundi adalah kepada mereka berdasarkan gerak kerja dan pengurusan isu yang MyMassa sebutkan di atas.

Baca selanjutnya di sini (http://helenang.wordpress.com/2012/02/18/orang-cina-di-persimpangan-hujah-hujah/).

MyMassa rasa terharu dan berterima kasih.

Cuma MyMassa nak tambah sikit satu fakta yang mungkin ramai orang terlupa iaitu UMNO sendiri telah menang sebanyak 109 kerusi (daripada 209 kerusi) pada PRU 2004 iaitu satu bilangan kerusi parlimen yang cukup untuk menubuhkan sebuah kerajaan tanpa perlu bergabung dengan parti yang lain.

Tetapi semasa UMNO kuat, UMNO tidak pernah melupakan rakan seperjuangan dalam Barisan Nasional. Dalam PRU 2008, UMNO tetap memberi kerusi majoriti Melayu kepada MCA dan MIC atas prinsip parti perikatan yang kemudiannya bertukar menjadi Barisan Nasional dengan kemasukan PAS, Gerakan dan PPP pada tahun 70 an.

Tuduhan mengatakan bahawa UMNO sebagai mandor kepada MCA dan MIC adalah satu tohmahan jahat yang dicipta oleh pembangkang untuk mengurangkan sokongan masyarakat Cina dan India kepada BN. Ini kerana, UMNO sesekali tidak pernah mencampuri urusan MCA dan MIC. Walaupun krisis dalam MCA berlaku sebanyak dua kali iaitu tahun 1984 dan tahun 2009, UMNO langsung tidak pernah cuba untuk menguasai parti tersebut dengan meletakkan proksi. UMNO hanya membiarkan ahli MCA sendiri yang memilih pemimpin yang mereka yakin dan percaya.

Berbeza denga Pakatan Pembangkang. PAS sendiri telah dikuasai oleh PKR. Walaupun PAS adalah parti yang tertua dalam pakatan, namun perancangan licik Anwar Ibrahim membuatkan Team Erdogan berjaya menguasai parti tersebut sepenuhnya pada muktamar yang lalu. Strateginya sama seperti mana Anwar menguasai organisasi yang pernah dia pegang. Anwar dan pasukannya akan membiarkan ahli parti tersebut berpecah undi (contohnya golongan ulama yang ada 2 orang calon Timbalan Presiden) dan dalam masa yang sama mereka menumpukan sokongan kepada calon pilihan mereka. Akhirnya mereka akan menang kerana kumpulan lawan berpecah undi dan undi calon mereka 'solid' (seperti mana kemenangan Mat Sabu).

baca selanjutnya di MyMassa :Terima Kasih Blogger Helen Ang...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...