WAJIB BACA JIKA MAHU SELAMAT DUNIA AKHIRAT!!!
MESTI BACA: Hukum Bai'ah Kepada Bukan Pemerintah
Soalan: Sebahagian kumpulan moden mengikat bai’at kepada pemimpin-pemimpin mereka yang mereka pilih untuk diri mereka dan mereka berkeyakinan wajibnya dengar dan taat kepada mereka (pemimpin-pemimpin jamaat) sedangkan mereka ini berada di bawah kekuasaan pemimpin-pemimpin yang sah yang dibai’at oleh umum kaum muslimin.
Adakah perbuatan ini harus? Yakni adakah boleh di atas tengkuk seseorang itu mempunyai lebih daripada satu bai’at dan sejauh manakah kesahihan bai’at ini?
Jawapan Samahah al-Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz –rahimahullah- :
Bai’at ini adalah BATIL dan TIDAK BOLEH melakukannya; kerana ia akan membawa kepada perpecahan kesatuan, fitnah (kekecohan) yang banyak, dan pemberontakan ke atas pemerintah secara tidak syar’ie. Telah sahih bahawa Nabi s.a.w bersabda:
أوصيكم بتقوى الله والسمع والطاعة وإن تأمر عليكم عبد ، فإنه من يعش منكم
فسيرى اختلافا كثيرا ، فعليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدين من بعدي ،
تمسكوا بها وعضوا عليها بالنواجذ ، وإياكم ومحدثات الأمور فإن كل محدثة
بدعة ، وكل بدعة ضلالة
Maksudnya: “Aku berpesan kepada kamu supaya bertakwa kepada Allah serta dengar dan taat walaupun kamu diperintah oleh seorang hamba, kerana sesungguhnya barangsiapa yang hidup antara kamu dia akan melihat perselisihan yang banyak, maka wajib atas kamu berpegang dengan sunnah ku dan sunnah para Khalifah al-Rasyidin selepasku, berpegang teguhlah dengannya dan gigit dengan geraham kamu serta hati-hati olehmu akan perkara baharu kerana setipa perkara yang diadakan (-dalam agama-pent-) itu adalah bidaah dan setiap bidaah itu sesat”. [al-Tarmizi, Ibn Majah, dan Ahmad].
Serta sahih juga baginda bersabda:
على المرء السمع والطاعة فيما أحب وكره ، ما لم يؤمر بمعصية الله ، فإن
أمر بمعصية الله فلا سمع ولا طاعة
Maksudnya: “wajib atas seorang muslim itu mendengar dan taat dalam perkara yang dia suka dan benci selama mana dia tidak diperintah melakukan maksiat kepada Allah, jika dia diperintah melakukan maksiat kepada Allah maka tidak wajib dengar dan taat”. [Muslim].
Dan baginda s.a.w bersabda:
إنما الطاعة في المعروف
Maksudnya: “Sesungguhnya ketaatan itu hanya dalam perkara makruf”.
[al-Bukhari dan Muslim].
Dan baginda s.a.w bersabda:
من رأى من أمره شيئا من معصية الله فليكره ما يأتي من معصية الله ولا
ينزعن يدا من طاعة
Maksudnya: “Barangsiapa yang melihat pemerintahnya melakukan sesuatu maksiat kepada Allah maka hendaklah dia membenci apa yang dia lakukan daripada maksiat kepada Allah itu namun jangan pula dia mencabut tangan daripada ketaatan (bai’at)”. [Muslim].
Hadis-hadis dalam perkara ini sangat banyak semuanya menunjukkan wajib taat kepada para pemerintah dalam perkara makruf serta tidak boleh memberontak kepada mereka melainkan mereka melakukan kekufuran yang jelas yang ada pada pemberontak bukti daripada Allah.
Tidak diragukan lagi bahawa wujudnya bai’at kepada sebahagian manusia akan membawa kepada perpecahan dan pemberontakan kepada pemerintah maka WAJIB MENINGGALKANNYA, dan HARAM MELAKUKANNYA, kemudian wajib atas mereka yang melihat pemerintahnya melakukan kufur yang jelas untuk MENASIHATINYA sehingga dia (pemerintah) meninggalkan perbuatan itu, dan tidak boleh memberontak kepadanya jika pemberontakkan itu membawa keburukan yang lebih banyak kerana mungkar tidak dihilangkan dengan perkara yang lebih mungkar, seperti yang dinyatakan oleh para Ulama seperti Syeikhul Islam Ibn Taimiah dan al’Allamah Ibn al-Qayyim –rahmatullahi ‘alaihima-. Wallahu waliyyut Taufiq.
[Sumber: Majmuk Fatawa Ibn Baz, jil 28, m.s 250-253].
GERAKAN TIMUR:
Jika memberontak kepada pemerintah yang jelas kafir pun tidak harus jika membawa kemudaratan yang lebih, maka bagaimana pula memberontak kepada mereka yang bukan kafir? Allahul Musta'an.
Gambar diatas adalah hiasan semata-mata.
(sumber:blog gerakantimur)
No comments:
Post a Comment