Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Wednesday, February 22, 2012

'Bagi saya, beliau bukan lagi Mursyidul Am," : Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah

Menantu Abdullah Sa'amah Selaku Imam Pernah DiPulau Ajk Mesjid Kerana Politik Pas

Beberapa blog telah menghighlitekan artikel dari Utusan - Berdosa sokong Pas ? yang memetik kenyataan pengasas Pondok Geting , Tumpat , Abdullah Sa'amah -

“Saya sangat-sangat kecewa dengan sikap pemimpin Pas yang bercakap menegakkan Islam, tetapi menipu diri sendiri apabila masih lagi bersama Anwar yang menyokong usaha memastikan keselamatan negara Israel, seteru umat Islam,”

Apa yang buat saya tertarik adalah nama Tok guru ni ..... macam pernah saya dengar, tapi dimana ya ? Bila digoogle, terjumpalah satu lagi artikel yang pernah saya baca dulu, artikel Utusan bertarikh 23 Nov 2009 - Nik Aziz sudah terlalu takbur yang bagus untuk kita renungi kembali ...

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu bertanggungjawab terhadap kekeliruan dan perpecahan di kalangan umat Islam yang dicetuskan oleh kenyataan-kenyataan mengenai agama yang disesuaikan dengan kepentingan politiknya.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan berkata, banyak kenyataan Nik Abdul Aziz tidak bersandarkan ijtihad ulama dan beliau mentafsirkan al-Quran berdasarkan pemahaman sendiri yang sentiasa disesuaikan dengan kepentingan tertentu.

''Bagi saya, beliau bukan lagi Mursyidul Am,"

"Teguran dibuat agar beliau lebih berhati-hati supaya tidak memesongkan akidah, tetapi beliau seolah-olah menyamakan kami dengan ahli UMNO sedangkan kami berjumpa dengannya penuh rasa hormat.


"Nik Abdul Aziz berasa alim disebabkan dia mempunyai ijazah sarjana tetapi bab keseluruhan agama seperti akidah, tasawur, fikah dan usuluddin (dia) terlalu jahil, dia bukan Mursyidul Am,"

Ada lagi tuh kalau minat nak baca lagi , tapi sesiapa yang nak komen, anda diwajibkan baca !

Yang lebih menarik, dalam pencarian itu saya terjumpa pula satu artikel bertarikh 5 Ogos 2010 di Umno Online yang turut memuatkan satu video , dimana seorang imam muda Masjid As-Somadi Geting Tumpat , Rosli Abdul Latif mendedahkan bagaimana beliau dipulaukan AJK mesjid yang lebih mengutamakan kepentingan politik kepartian dari kepentingan agama.

Tempat sama kan ? Rupanya imam muda ini Menantu kepada Abdullah Sa'amah ! Beliau dipulau dek tempias aktiviti bapa mertuanya yang sering mengkritik Nik Aziz WALAUPUN beliau sendiri tidak pernah menyokong mana-mana parti politik atau hadir mana-mana ceramah baik anjuran Pas maupun Umno.

Rosli seterusnya menambah, berikutan kritikan itu setiap kali beliau mengimamkan solat, ada antara makmum melakukan solat berjemaah dengan imam yang lain secara berasingan di belakang.

“Disebabkan timbul isu setiap kali saya jadi imam, maka satu mesyuarat dipanggil oleh jawatankuasa masjid, yang mana mereka menyatakan anak makmum tidak berkenan saya jadi imam, jadi untuk menjaga keharmonian, saya tidak dibenarkan menjadi imam.

“Jadi saya hari ini sekadar pergi menunaikan solat jemaah di Masjid Geting dan bukan lagi menjadi imam atau khatib Jumaat sungguhpun saya dilantik oleh MAIK. Justeru saya amat berharap Nik Aziz dapat menasihati para penyokongnya agar politik kepartian tidak memecahbelahkan umat Islam,”

Ada masa, tontonlah video ini.



Bila dikatakan Pas itu Islam, Islam itu Pas .... sedangkan Pas ini parti yang direka oleh manusia. Islam ni satu agama yang menjadi syariat, kita kena turut ..... Apabila menyalahi Islam, wajib kita kena menjelas ...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...