Bekas Menteri Kewangan 11,Datuk Ahmad Husni yang merahsiakan sebab pemberhentiannya dua bulan lalu, kelmarin telah mendedahkan bahawa dia berhenti kerana 1MDB telah menaikan darah tingginya.
Inilah bukti yang jelas bahawa orang baik dan jujur tak boleh bersekongkong dengan SUSPECT
Laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1Malaysia Development Berhad
(1MDB) yang dibentangkan di Parlimen 7 April lalu mendedahkan struktur
pembiayaan modal dan prestasi kewangan syarikat milik penuh Kementerian
Kewangan itu kurang memuaskan.
1MDB yang bergantung kepada pinjaman bank, bon dan sukuk sebagai
modal syarikat menyebabkan hutangnya melonjak kepada RM42 bilion
berbanding aset-aset sebanyak RM51 bilion pada tahun kewangan berakhir
31 Mac 2014.Entiti itu telah membelanjakan sebanyak RM2.4 bilion untuk
pembayaran faedah ke atas hutang.
Sehingga bulan Oktober 2015, pendedahan risiko Kerajaan Persekutuan
jika 1MDB gagal melunaskan pinjaman, dianggarkan berjumlah RM20.31
bilion tidak termasuk bayaran faedah.
Pada Januari 2016, hutang 1MDB mencecah RM50 bilion, berbanding
aset RM53 bilion, yang mana 1MDB membelanjakan sebanyak RM3.3 bilion
untuk pembayaran faedah ke atas hutang antara 1 April 2014 hingga 31 Mac
2015 (anggaran yang belum diaudit).
Bagaimanapun, laporan PAC itu mendapati kerajaan telah mengambil
langkah serta-merta untuk memperbaiki masalah aliran tunai syarikat yang
mula dikesan pada November 2014.
Langkah pertama yang telah diambil ialah membawa masuk pengurusan
tertinggi yang baru termasuk pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif, Arul
Kanda pada Januari 2015.
Seterusnya Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) menumpukan
perhatian serius untuk menyelesaikan masalah syarikat dengan
melaksanakan kajian strategik pada bulan Februari 2015.
Susulan itu, 1MDB dan MKD telah membentangkan pelan rasionalisasi
kepada Kabinet pada 29 Mei 2015. Berikut adalah struktur pelan
rasionalisasi dalam usaha memulihkan kewangan 1MDB:
No comments:
Post a Comment