Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Thursday, September 15, 2016

BERSIH Kali V : 19 Nov ini

Kenapa BERSIH mahu berhimpun kali kelima 19 Nov ini

 Tuntutan BERSIH bukan sahaja terhad kepada isu 1MDB dan peletakan jawatan Najib.



Malaysia masih dibelenggu krisis politik dan korupsi yang terbesar dalam sejarah negara.



Skandal 1MDB mula didedahkan di parlimen pada 2010, tetapi rakyat
Malaysia masih belum mendapat jawapan sebenar mengenai isu ini. Perdana
Menteri Najib Razak dan jemaah menteri sebaliknya berdiam diri.




Saman sivil oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (US DOJ) mendedahkan dengan lebih lanjut betapa besarnya skandal 1MDB.




Pengakuan oleh Menteri Rahman Dahlan bahawa Malaysian Official 1
(MO1) ialah Perdana Menteri Najib Razak turut mengesahkan bahawa wang
daripada skandal 1MDB telah digunakan untuk kempen Pilihan Raya Umum
Ke-13 pada tahun 2013.




Oleh itu, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH2.0)
menegaskan bahawa Perdana Menteri Najib Razak harus meletak jawatan
dengan serta-merta untuk membolehkan siasatan bebas dijalankan.




BERSIH2.0 percaya bahawa suatu tindakan protes adalah diperlukan.
Rakyat Malaysia harus menyatukan tenaga dan mengambil pendirian tegas
menentang skandal korupsi ini dan kegagalan institusi-institusi. Rakyat
Malaysia perlu menuntut perubahan.




BERSIH2.0 akan melancarkan Konvoi BERSIH di seluruh negara pada
Sabtu, 1 Oktober 2016, yang akan berkemuncak kepada perhimpunan BERSIH 5
pada Sabtu, 19 Oktober 2016.




Tuntutan BERSIH5 – reformasi institusi untuk Malaysia Baru




BERSIH2.0 menyedari bahawa penyebab utama krisis politik dan skandal
1MDB ialah kegagalan sistem demokrasi dan institusi. Oleh itu, tuntutan
BERSIH bukan sahaja terhad kepada isu 1MDB dan peletakan jawatan Perdana
Menteri Najib Razak.




Untuk
membawa perubahan berterusan dan Malaysia Baru, kita perlu mengukuhkan
institusi dan sistem pentadbiran negara. Secara khusus, lima tuntutan
BERSIH5 ialah:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...