Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) adalah sebuah parti politik di Malaysia yang dipimpin oleh Pengerusi , Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
BERSATU dianggap sebagai parti nasionalisme Melayu atau ketuanan Melayu. Menurut perlembagaan parti ini, asasnya adalah untuk berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara. Ia juga yang memperjuangkan hak-hak istimewa orang Melayu dan orang Bumiputera berslogankan Maju, Adil dan Makmur.
Sejarah penubuhan
Parti Pribumi Bersatu merupakan sebuah parti politik Malaysia yang lahir selepas pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato' Seri Paduka Mukhriz Mahathir serta pergantungan Dato' Seri Mohd Shafie Apdal daripada UMNO pada 24 Jun 2016 yang jelas secara terang-terangan mengutuk perbuatan keji dan terkutuk YAB perdana menteri malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang meyeleweng wang pembiayaan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB). Sekumpulan NGO dan parti pembangkang kemudian menubuhkan Gerakan Selamatkan Malaysia.
Borang pemohonan untuk mendaftarkan Parti PPBM telah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 9 Ogos 2016 oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin serta AJK penaja parti. . Pendaftar Pertubuhan (RoS) telah meluluskan penubuhan Parti PPBM pada 9 September 2016
Kepimpinan
Penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Nama | Jawatan |
---|---|
Pengerusi | Tun Dr. Mahathir Mohamad |
Presiden | Tan Sri Muhyiddin Yassin |
Naib Presiden | Dato' Seri Paduka Mukhriz Mahathir |
Setiausaha Agung | Kamarul Azman Habibur Rahman |
Bendahari | Anina Saadudin |
AJK | Syed Saddiq Syed Abdul Rahman |
AJK | Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi |
Matlamat Parti Bersatu
- Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan menghormati hak orang bukan Islam untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing secara aman dan harmoni.
- Menjunjung kemuliaan dan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu.
- Mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan hak-hak yang sah untuk semua kaum.
- Memperkasa Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan memelihara hak semua kaum untuk mempelajari bahasa ibunda masing-masing.
- Menegakkan sistem demokrasi berparlimen dan doktrin pemisahan kuasa dengan memperkukuhkan institusi demokrasi menerusi reformasi institusi yang menyeluruh.
- Memperkasa agenda memerangi rasuah dan salah guna kuasa untuk mewujudkan amalan tadbir urus yang baik dan pemerintahan yang bersih, beramanah dan berintegriti;
- Memelihara hak-hak asasi rakyat sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, menjunjung nilai-nilai keadilan sejagat yang selari dengan agama Islam, serta menjunjung keluhuran perlembagaan, kedaulatan udang-undang serta prinsip keadilan dan kesaksamaan.
- Membentuk masyarakat Malaysia yang inklusif, progresif, dinamik dan saintifik serta menghargai seni, budaya dan tradisi sebagai acuan membina sebuah negara maju yang sejahtera.
- Memperjuangkan keadilan sosial, mengagih kekayaan negara secara adil dan saksama, membela kebajikan rakyat dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan agama.
- Mendokong prinsip bahawa setiap rakyat berhak untuk berjaya dengan memperolehi pendidikan yang berkualiti dan sempurna menerusi satu sistem pendidikan yang mementingkan pengembangan bakat, kreativiti, inovasi dan amalan nilai-nilai murni serta melaksanakan dasar dan inisiatif yang konsisten untuk merapatkan jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar.
- Memupuk perpaduan dan keharmonian antara masyarakat pelbagai kaum dan agama, memelihara kestabilan politik dan keselamatan negara, dan memacu pembangunan ekonomi yang mapan demi kepentingan rakyat dan negara.
- Mengamalkan prinsip-prinsip Rukunegara serta mendukung Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-Negeri.
- Menjatuhkan Najibon
Ada seorang lelaki Melayu dari asnaf fakir miskin bernama Saudara Adila Bin Suboh. Dia berasal dari Melaka. Dia berumur 44 tahun. Dia tidak mempunyai rumah dan kenderaan sendiri. Dia sentiasa berada dalam keadaan daif dan hidup dalam serba kekurangan. Dia tidak mampu menyara keluarganya kerana kesempitan wang. Adakala dia tidak makan dan mandi beberapa hari. Dia mengharapkan belas kasihan dari orang yang prihatin dengan keadaan nasibnya. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan wang secara ikhlas, boleh derma ke akaun maybank 151089317354 Adila Bin Suboh. Sumbangan anda dapat meringankan beban orang yang memerlukannya. Terima kasih.
ReplyDelete