Shahbudin dot com: JOM KITA KELUAR UMNO...:
Sempena Hari Raya Aidil Adha dan diiringi dengan semangat korban, bermula hari ini, saya secara rasminya bukan lagi merupakan ahli UMNO. Pem...
Kerana kesombongan dan keangkuhan kepimpinan UMNO semakin ramai pemimpin, blogger , ahli-ahli kepentingan dan ahli-ahli kampongan keluar UMNO. Adakah survival UMNO sebagai paksi kekuatan Melayu dalam arus politik tanah air ini akan terus bertahan.
Bakar buku perlembagaan: Rushdan isytihar keluar Umno sertai PPBM
Naib Presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Rushdan Mohamed akhirnya membuat keputusan untuk keluar daripada Umno semalam.
Beliau mengisytiharkan keluar daripada Umno dalam Program Jelajah selamatkan Malaysia 'Bicara Rakyat Bersatu' anjuran Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) di padang berhampiran Surau Al Mustofa Ampangan, Negeri Sembilan dihadapan 3,000 penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia, (PPBM) semalam.PPBM telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (Ros) pada 9 September lalu dalam siri jelajah kali pertama diadakan di Negeri Sembilan yang turut dihadiri Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Pada malam bersejarah ini dihadapan ribuan rakyat Ampangan sebagai ahli Umno dan Ketua Cawangan malam ini saya mengumumkan keluar daripada parti Umno.
"Saya mengumumkan untuk jadi ahli seumur hidup Parti Pribumi Bersatu Malaysia," ujarnya yang mendapat tepukan gemuruh hadirin.
Rushdan adalah ahli Umno Cawangan Rista Villa, Bahagian Sepang itu telah dipanggil membela diri oleh Lembaga Disiplin Umno pada 26 Jun lalu kerana, tindakannya membakar buku perlembagaan Umno di Rumah Kelab Universiti Malaya.
No comments:
Post a Comment