Sejak adanya Salleh Said Keruak dalam kabinet kerajaan lebih setahun yang lalu, ramai antara kita sebenarnya tidak memerlukan lagi Harith Is...
Kenyataan Salleh kali ini bukan saja membuat manusia terasa geli hati
dan ketawa, bahkan haiwan di hutan dan ikan-ikan di lautan boleh jadi
sama-sama terdampar kegelian.
Apa
yang didedahkan oleh WSJ ialah kerana wujud kesalahan yang
dilakukannya. Dalam kes pembayaran menggunakan kad kredit Najib sebanyak
RM24 juta misalnya, maklumat berkenaan tentu saja dalam pengetahuan
syarikat kewangan tertentu dan tidaklah mustahil WSJ turut dikongsi
maklumat itu.
Apa
yang perlu Salleh lakukan ialah menjawab dan membuat penafian berfakta,
atau menggesa Najib menyaman jika ia fitnah dan bukannya dengan
melencongkan hujah dengan meminta WSJ bertanding dalam pilihanraya.
Itu kelakar namanya bahhh....
Dengan
meminta WSJ bertanding dalam pilihanraya, ia samalah seperti meminta
Utusan atau TV3 turut bertanding meletakkan calon di Selangor, Pulau
Pinang atau Kelantan.
Maka, selayaknya Salleh dianugerahkan Tokoh Pelawak Negara dalam UMNO - dulu, kini dan selamanya. (SH 13/09/2016).
No comments:
Post a Comment