Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, September 16, 2016

BMI Research : BERSATU Bukan Ancaman Kepada Umno

Memang benarlah apa yang dikatakan oleh kepimpinan UMNO dan BN bahawa PPBM@BERSATU bukan ancaman kepada kerajaan. Oleh itu, kecaman dan penghinaan kepada  bekas-bekas kepimpinan dan ahli UMNO menyertai BERSATU hendaklah dihentikan. Marilah kita bersama-sama mengamalkan politik yang berakhlak mulia. Penghinaan dan kecaman sesama sendiri bangsa MELAYU telah lama berlarutan. 

Mahathir mengadap Agong, serah Deklarasi Rakyat 

 

 Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad mengadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah semalam untuk menyerahkan memorandum 'Selamatkan Malaysia'.

Salah seorang orang kanannya, Datuk Khairuddin Abu Hassan memberitahu Malaysiakini bahawa pertemuan itu berlangsung di Istana Anak Bukit, Kedah petang semalam.

"Ia adalah satu pertemuan empat mata antara kedua-duanya. Mahathir tiba kira-kira pukul 4.30 petang dan mesyuarat itu berlangsung kira-kira satu jam lima belas minit," kata Khairuddin.

Bekas naib ketua Umno Batu Kawan itu berkata Mahathir membawa Deklarasi Selamatkan Malaysia dan dokumen yang didakwa ditandatangani 1.3 juta rakyat

Mahathir sebelum ini mengadu beliau tidak dibenarkan mengadap Agong untuk menyerahkan deklarasi tersebut.

Sumber yang rapat dengan Mahathir itu berkata mereka dimaklumkan bahawa Agong membenarkan Mahathir mengadap baginda pada hari Rabu.

Katanya, Mahathir tidak mengulas mengenai pertemuan tersebut selepas meninggalkan istana.

Deklarasi itu merupakan usaha oleh bekas pemimpin Umno, pembangkang dan NGO untuk menggesa pembaharuan institusi dan menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak daripada jawatan perdana menteri.

Antara lain, deklarasi itu mendakwa Najib terbabit dalam skandal kewangan melibatkan syarikat pelaburan negara 1MDB


Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata ayahnya, Tun Dr Mahathir Mohamad mengadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah semalam untuk menyerahkan memorandum 'Deklarasi Selamatkan Malaysia', namun tidak mengetahui secara terperinci pertemuan terbabit.

Mahathir, yang juga Pengerusi PPBM, membawa Deklarasi Selamatkan Malaysia dan dokumen yang didakwa ditandatangani 1.3 juta rakyat Malaysia.

Deklarasi itu merupakan usaha oleh bekas pemimpin Umno, pembangkang dan NGO untuk menggesa pembaharuan institusi dan menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak daripada jawatan perdana menteri.

Antara lain, deklarasi itu mendakwa Najib terbabit dalam skandal kewangan melibatkan syarikat pelaburan negara 1MDB.

BERSATU bukan ancaman kepada Umno, kata BMI Research 

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak akan memberi ancaman sama ada kepada Umno atau BN pada pilihan raya umum akan datang, menurut kumpulan penganalisis antarabangsa.

BMI Research yang merupakan anak syarikat Fitch Ratings berkata, parti serpihan Umno yang baru ditubuhkan akan bertungkus-lumus untuk membezakan BERSATU dengan parti pembangkang lain.

"Cabaran-cabaran sedia ada dengan itu menjuruskan bahawa BERSATU buat masa sekarang tidak menimbulkan ancaman sama ada Umno atau BN dalam pilihan raya 2018 kerana parti itu masih belum mencapai persefahaman dengan parti-parti politik lain," kata BMI dalam analisis risiko politik yang disiarkan semalam.

Laporan itu menambah, parti baru itu tidak mempunyai sokongan akar umbi walaupun bergantung kepada populariti pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Tambahan pula, BERSATU nampaknya hanya mempunyai dua kawasan berpengaruh di Pagoh dan Kedah yang berpunca daripada populariti peribadi Mahathir dan Muhyiddin sebagai kubu kuat tradisi," jelasnya.

BERSATU ditubuhkan oleh Mahathir dan Muhyiddin bertujuan menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan BN pada pilihan raya umum akan datang.

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...