KENYATAAN PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
1. Kami ingin merakamkan
ucapan ribuan terima kasih diatas sokongan dan keprihatinan semua pihak
terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
2. Dalam usia semuda ini, pasti kita memerlukan sokongan padu dari
segenap lapisan masyarakat. Sudah semestinya kita menghargai usaha untuk
menyemarakkan lagi sokongan terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
3. Namun demikian, sebarang usaha yang dilakukan mestilah mengikut lunas-lunas yang seiring dengan halatuju parti yang kita cintai ini.
4. Justeru kita ingin menasihatkan semua pihak terutamanya NGO supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang membawa kekeliruan pelbagai pihak sehingga dilihat seakan-akan mengambil alih tugas dan peranan parti.
5. Ini adalah penting kerana kekeliruan dan kesalahan maklumat sudah pasti akan menjejaskan perjalanan parti.
6. Dalam kegairahan kita menyambut kelahiran Parti Pribumi Bersatu Malaysia, adalah diharapkan kenyataan-keyataan yang boleh mengelirukan orang ramai hendaklah juga dihentikan.
7. Parti Pribumi Bersatu Malaysia menggalakkan semua mendaftar secara langsung dengan pendaftar-pendaftar parti atau dengan sistem atas talian minggu hadapan.
7. Ahli-ahli NGO yang menyokong perjuangan Bersatu, Beramanah, Bermaruah juga dijemput mendaftar menjadi ahli secara langsung.
Sekian . Terima kasih.
Kamarul Azman Habibur Rahman
Setiausaha Kerja Eksekutif
PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA

No comments:
Post a Comment