KUALA LUMPUR 20 April - Ketua Wanita Umno,Datuk Seri Shahrizat Abdul
Jalil hari ini menyatakan rasa kecewa dan kesal berhubung tindakan naib
ketuanya, Datuk Kamilia Ibrahim bertanding atas tiket bebas di Parlimen
Kuala Kangsar, Perak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Namun,menurut Shahrizat, situasi tersebut tidak akan menjejaskan
pergerakan itu memandangkan mereka telah bersedia menghadapi sebarang
kemungkinan yang akan dihadapi.
"Jentera pilihan raya tidak akan terjejas dengan tindakan Kamilia
kerana kami telah lama bersedia untuk menghadapi pilihan raya termasuk
sebarang kemungkinan jika berlaku sebarang situasi luar biasa," katanya
dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
Tambahnya, selama empat tahun memegang tampuk jentera wanita 'Jentera
Jalinan Rakyat' (JJR), Shahrizat telah menentukan, mengemaskini jentera
serta berkhidmat dengan baik, penuh komitmen dan setia kepada perjuangan
parti walaupun menghadapi pelbagai cabaran termasuk tidak mendapat
peluang menjadi calon.
"Ini kerana perjuangan mereka ikhlas, tidak pentingkan diri dan sabar
dalam perjuangan dan JJR akan berkalan dengan penu disiplin tidak kira
siapa yang membelot atau mengkhianat untuk kepentingan diri," ujarnya.
Berhubung isu tersebut, Shahrizat mengucapkan terima kasih kepada
wanita UMNO Kuala Kangsar kerana menunjukkan semangat kesetiaan yang
tidak berbelah bahagi kepada parti walaupun diduga dengan kejadian yang
mengejutkan itu.
Kamilia mengejutkan parti apabila bertanding sebagai calon bebas di
kawasan Parlimen Kuala Kangsar dengan meggunakan lambang buku dan akan
berdepan dengan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Mohammad Khairil
Anuar Wan Ahmad dan calon Pas, Dr. Khalil Idham Lim.
Sementara itu, bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz turut
kecewa dengan tindakan Naib Ketua pergerakan tersebut, yang bertanding
sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar yang disifatkannya satu
pengkhianatan kepada parti.
Rafidah yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar selama lebih 30
tahun berkata, tindakan Kamilia itu amat mengecewakan ahli Wanita UMNO
khususnya di Kuala Kangsar.
Kamilia melalui Facebooknya mengumumkan beliau meletakan semua jawatannya dalam UMNO, termasuk Naib Ketua Wanita.
No comments:
Post a Comment