Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, April 26, 2013

APA KATA PENYOKONG PAS BILA PKR, DAP DAN PARASIT PAS TOLAK HUDUD DILAKSANAKAN BILA PRU13 DIMENANGI PAKATAN RAKYAT

PRU -13 : Pas tetap laksana hudud?




Pas tetap akan melaksanakan hukum hudud sekiranya pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 walaupun mendapat tentangan daripada DAP.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din berkata, Pas berpendirian bahawa apabila DAP tampil memohon menggunakan logo Pas, bermakna DAP secara tidak langsung bersetuju dengan dasar yang bakal dilaksanakan parti itu.

Jelasnya, dalam mesyuarat yang diadakan, Pas sedia membenarkan penggunaan lambang parti mereka sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak DAP untuk bertanding menggunakan logo sendiri.

"Kalaulah betul SPR tak terima logo mereka (DAP), mereka guna logo Pas.

"Jadi penerimaan mereka pada logo Pas itu maknanya mereka setuju dengan dasar Pas. 'that's the answer'," katanya ketika menyampaikan ceramah Ibu Tunggal di Kampung Belukar, Guar Sanji di sini hari ini.



Menurut Haron, hukum hudud adalah asas perjuangan Pas dan dasar itu tidak boleh diubah.

Tegasnya, apabila tiba masanya, PKR atau DAP harus bertolak ansur dengan kehendak Pas untuk terus melaksanakan hukum hudud.

"Bila, di mana, apa dia terpulang kepada cara pelaksanaan, kita lihat dulu. Bila sampai masa kita pegang kuasa, mesti ada yang pegang kuasa ini tiga pihak iaitu Pas, DAP dan PKR.

"Mesti ada polisi beri dan terima. Ada masa Pas kena beralah, ada masa kita menerima, ada masa kita memberi," katanya.

Pendirian Haron itu jelas bertentangan dengan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang sebelum ini memberitahu penggunaan logo Pas tidak bermakna parti itu menerima setiap dasar perjuangan Pas.

 Tolak Hudud: PAS Anggap Khalid Ibrahim Kafir?


"Kita mesti menerima hakikat bahawa dalam Islam, hudud itu dianggap sebagai salah satu cara pemerintahan Islam. Tetapi saya rasa ia tidak boleh dilaksanakan dalam keadaan sekarang," demikian tegas Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim berhubung isu perlaksanaan hudud.
Menurut Khalid lagi, sebarang usaha merealisasikan perlaksanaan hudud menuntut sokongan majoriti rakyat termasuklah mengambil kira peruntukan perlembagaan dan suasana semasa sebelum ianya dapat diimplementasikan dalam perundangan negara.
Kenyataan Khalid itu mencerminkan pendirian PKR dan ia adalah respons kepada ura-ura yang ditimbulkan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din yang menegaskan PAS akan tetap melaksanakan hudud sekiranya PRU-13 dimenangi oleh PR dan yakin ia tiada halangan dari rakan sepakatan.
Andainya bait kata penolakan terhadap hudud seperti diucapkan oleh Khalid Ibrahim itu dilafazkan keluar dari mulut pemimpin UMNO, nescaya tujuh hari dan tujuh malam PAS akan keliling kampung menghambur kata-kata kejian sambil mengkafirkan pemimpin UMNO.
 Tuan Ibrahim - PRU13, Isu Hudud Tak Penting ! ? 


Mungkin Tuan Ibrahim selaku Ketua Penerangan Pas sudah nampak isu Hudud yang mula timbul kembali gara2 pemimpin Pas sendiri, akan hanya merugikan Pas dalam menghadapi PRU13. Sehari dua ini, sekali lagi kita menyaksikan pertikaman lidah antara Haron Din, Nik Aziz, Hadi dengan Karpal Singh dalam isu yang TIDAK PERNAH SELESAI dalam persepakatan PR.

Jadi Tuan Ibrahim terpaksa sound bos2 nya sendiri -

"Saya menyeru supaya semua ahli dan pimpinan agar memfokuskan kepada isu pilihan raya dari menyentuh isu hudud," - SINAR

Mungkin Tuan Ibrahim tidak sedar yang para pemimpin Pas termasuk Presidennya sendiri masih lagi menjanjikan Hudud setiapkali muncul dipentas ceramah. Kalau dulu bolehlah mereka ini menipu rakyat, cakap depan orang Melayu satu benda kemudian didepan bukan Melayu cakap benda lain pula.

Sekarang zaman tidak ada sempadan maklumat, Hadi yang berceramah nun jauh di ceruk kampung pun satu dunia boleh tahu apa yang dia cakap. 

Dalam Manifesto Pakatan Rakyat dimana Pas sendiri terikat - TIDAK ADA disebut Hudud atau sebarang yang berkaitan dengan cara pemerintahan Islam.  Maknanya PR TIDAK MENJANJIKAN Hudud.

Tapi apakehalnya yang pemimpin2 Pas ni duk sibuk meroyan tentang Hudud pada orang2 kampung lagi ? Kenapa masih lagi disebut2 Undi Pas jika mau Islam ? Tidakkah itu MENIPU namanya ?

Tidakkah itu boleh disifatkan sebagai aksi BERMUKA-MUKA ? Atau HIPOKRIT ? Atau MUNAFIK ! ?

Menariknya, calon PM dari Pas juga turut bersetuju dengan Tuan Ibrahim -

"Biar Harun Din jawab. Saya masih berpegang kepada manifesto PR,"

Manifesto PR TIDAK ADA HUDUD, jadi Mahfuz akur Pas TIDAK PERJUANGKAN HUDUD untuk PRU13 kali ini. 

Nah, bukankah itu lebih REALISTIK dan IKHLAS ? Tengok pada keadaan ...... Ada masa sesuai nak perjuangkan Hudud, ada masa tak sesuai untuk perjuangkan Hudud. PRU13 mungkin bukan masa yang sesuai , kita tengok PRU14 pula.... mungkin waktu itu dah sesuai untuk Hudud... kan ? kan ?

 

DAP Warning Pas - Jangan Sebut Hudud


Jangan Sebut Pasal Hudud, Kata DAP

Hari ini DAP sekali lagi terpaksa tampil menolak hasrat PAS untuk melaksanakan undang-undang itu jika pembangkang menawan Putrajaya, sekali gus menolak dakwaan parti itu menerima konsep negara Islam PAS.
Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Haron Din berkata kesediaan DAP menggunakan logo PAS adalah petanda parti berasaskan kaum Cina itu menerima dasar-dasar PAS, termasuk hukum hudud.
Bagaimanapun Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke Siew Fook menegaskan parti itu tidak berganjak daripada ketetapan menolak undang-undang Islam kerana ia bertentang dengan Perlembagaan negara.
"Kerangka Pakatan Rakyat kita pertahankan, memang semua tahu pendirian DAP, tak payah kita jelaskan,” tegas beliau kepada Antarapos.
Pengerusi DAP, Karpal Singh sebelum ini menegaskan penerimaan logo PAS untuk digunakan oleh calon DAP tidak bermaksud parti itu menerima dasar-dasar Islam bersabit hudud.
Kelmarin Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata beliau dan “seluruh Johor” harus bimbang dengan apa yang bakal dilakukan sekiranya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang diangkat menjadi Perdana Menteri.

Antara Pos

Semakin hari sifat angkuh DAP semakin menjadi-jadi kerana mereka sudah merasakan hanya parti mereka sahaja yang akan menang besar dalam PRU ini. Ingatlah wahai orang-orang melayu sekalian, jangan sesekali beri undi kamu kamu kepada DAP. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...