Al Fatihah !!
Timbalan
Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) mati ditembak
ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, hari ini.
Datuk
Shaharuddin Ibrahim, 58, yang tinggal di Dengkil, Selangor, disahkan
meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada pukul 9.20 pagi.
Ketua
Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata dua
lelaki bermotosikal melepaskan tiga das tembakan ketika kenderaan yang
dinaiki Shaharuddin berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh
Sentosa ke Lebuh Wawasan pada pukul 8.15 pagi.
“Tembakan
itu mengenai bahagian leher ke atas dan Shaharuddin dikejarkan ke
Hospital Putrajaya oleh pemandunya,” katanya kepada pemberita ketika
ditemui di kejadian.
Ku berkata siasatan polis mendapati Shaharuddin ditembak menggunakan pistol automatik.
Polis
akan meneliti kesemua bahan bukti termasuk kamera litar tertutup di
kawasan itu, katanya sambil meminta orang ramai yang mempunyai maklumat
mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran.
Pagi
ini Putrajaya dikejutkan dengan berita kematian seorang pegawai tinggi
kastam yang ditembak mati dalam perjalanan ke tempat kerja.
Ini cukup menggemparkan negara amnya dan penduduk Putrajaya sendiri amnya sebab ini adalah insiden pertama kali jenayah seperti ini berlaku dalam kawasan Putrajaya.
Lebih menggemparkan lagi ia berlaku ketika suasana panas bahang pilihanraya dan dalam tempoh kempen PRU13.
Ini adalah mesej yang disebarkan secara meluas melalui bbm, sms, wassap, fb, twitter dan segala media online yang ada :
"Salam tuan, info terkini. Pada 26.4.13 jam lebih kurang 0840hrs, caw. Pusat Kawalan IPD Putrajaya telah terima panggilan Tim. Peng. Kastam II Putrajaya Dato Hj Saharuddin ditembak di lampu isyarat Leboh Wawasan dari arah Dengkil bersebelahan IPD Putrajaya pagi ini oleh penunggang bermotosikal. Beliau dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Putrajaya. Setakat maklumat awal. Rakaman cctv sedang diperiksa oleh pegawai bertugas.
Datuk Hj Shaharuddin bin Ibrahim
Tim Ketua Pengarah
Perkastaman/ Cukai Dalam Negeri
Berasal dari Negeri Sembilan... seorang yang tegas dan terkenal dgn strict serta tindakan yang tegas dan vokal"
p/s : semoga roh arwah ditempatkan bersama-sama yang beriman dan Allah angkat sebagai Syahid kerana tegas dan berani menentang kemungkaran seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa... Amin...

No comments:
Post a Comment