Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Sunday, April 21, 2013

PRU13 : MEDAN PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT BERTEMPUR SESAMA SENDIRI. PENYOKONG PAS DAN PKR MESTI SOKONG DAN BERI UNDI PADA BN

PRU 13 : Medan Pembangkang Bertempur Sesama Sendiri 

KUALA LUMPUR, 21 April - Perebutan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri seluruh negara menyaksikan ketidaksepakatan DAP-PKR-PAS dalam menyelesaikan isu pengagihan kerusi, walaupun seringkali melakonkan adegan persefahaman erat dihadapan ahli dan penyokong parti masing-masing.

Pakatan pembangkang menerima tamparan paling hebat selepas pengumuman calon penamaan sehingga menyaksikan pertembungan sesama sendiri di beberapa kerusi di seluruh negara dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Pilihan raya umum kali ini yang seharusnya menjadi penentu kepada matlamat 'Menuju ke Putrajaya' bakal memperlihatkan keuntungan yang besar bagi Barisan Nasional dalam mengejar majoriti dua pertiga undi, sekalipun jika mungkin pada strategi asal adalah untuk memecahkan blok undi namun boleh menyebabkan pengurangan undi terutamanya di kawasan kubu kuat pembangkang.

Calon Pas dan PKR perlu berentap di enam kerusi iaitu di Parlimen Labuan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh (Pulau Pinang), Kota Damansara (Selangor), Panti (Johor) serta tiga DUN di Terengganu iaitu Kota Putera, Bukit Besi dan Seberang Takir.

Di Parlimen Labuan, calon Pas, Hadnan Mohamad menentang calon PKR, Tan Sri Ibrahim Menudin manakala di DUN Sungai Acheh, calon Pas, Mohd. Yusni Mat Piah menentang calon PKR, Badrul Hisham Shaharin.

Di DUN Kota Damansara pula, calon Pas, Ridzuan Ismail turut bertanding melawan sekutunya, Mohd. Nasir Hashim daripada PKR manakala di DUN Panti antara Azlisham Azahar (Pas) dan Mohd Annuar Mohd Salleh (PKR).

Sementara itu, calon Pas di DUN Kota Putera, Adam Mat Said akan menentang calon PKR, Mohamed Abdul Ghani Ibrahim manakala di DUN Bukit Besi pula calon Pas, Roslan Ismail bertemu calon PKR, Mohd. Shamsul Mat Amin.

Di DUN Seberang Takir calon Pas, Zakarian Dagang bertembung calon PKR, Ahmad Nazri Mohd. Yusof.

Dalam pada itu, calon DAP dan PKR serta Pas bertembung di Parlimen Larut dan Tapah serta enam kerusi DUN lain.

Di Parlimen Larut, ahli PKR, R. Raveedran bertanding atas tiket Bebas menentang calon Pas, Datuk Fauzi Shaari dan calon Barisan Nasional (BN) yang juga penyandang kerusi, Datuk Hamzah Zainuddin.

Calon PKR di Parlimen Tapah, K. Vasantha Kumar dicabar Ketua Cabang PKR Tapah, Ridzuan Bani yang bertanding calon Bebas.

Bagi kerusi DUN Aulong penyandang,Yew Tian Hoe (DAP) yang bertanding Bebas melawan calon partinya sendiri, Leow Thye Yih dan calon BN, Soo Key Peng.

Satu lagi pertembungan sesama DAP ialah di DUN Bercham melibatkan Cheong Chee Khing yang ditentang bekas penyelaras Pusat Khidmat Ahli Parlimen Ipoh Barat, R.K Muthu sebagai calon Bebas.

Begitu juga dengan pertarungan sesama DAP di DUN Teratai antara Tiew Way Keng yang ditentang oleh bekas penyandang kerusi tersebut, Jenice Lee Ying Ha yang digugurkan dari senarai calon DAP bertanding atas tiket Bebas.

Di Behrang pula, Ketua Cabang PKR Tanjung Malim, Mejar (B) Kamal Badri Tak M. Zainudin bertanding sebagai calon Bebas melawan Brigedier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab.

Di Alor Pongsu, Rosli Ibrahim dicabar ahli PKR, Shamsul Amir Ramli yang bertanding Bebas.

Tidak cukup dengan itu, di Hulu Kinta, calon PKR, M.A Tinagaran dicabar calon Bebas daripada Pas, Sulaiman Zakaria.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...