Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Wednesday, April 24, 2013

Bom Meletup Di Ceramah BN Nibong Tebal ,KEBENARAN PENDEDAHAN DARIPADA YB ZULKIFLI AKAN KHIANAT PADA PRU 13.



KUALA LUMPUR 24 April - Seorang pengiring calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Nibong Tebal cedera selepas sebuah letupan dipercayai bom buatan sendiri meletup di belakang khemah ceramah kawasan tersebut.

Letupan tersebut menggegarkan kawasan sekitar dan kira-kira 2 000 penonton yang hadir pada ceramah tersebut lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri.

Mangsa yang dikenali sebagai Zaidi dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap cedera di betis kanan dan mendapat tujuh jahitan.

Sementara itu, pihak polis menemui sebuah lagi bahan letupan di belakang pentas utama Bilik Gerakan BN Parlimen tersebut kira-kira jam 2 pagi dan bom tersebut berjaya diletupkan sejam kemudian.

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi, bahan letupan tersebut digunakan bagi menakutkan orang ramai ekoran ianya mengahsilkan bunyi letupan yang kuat.

"Polis percaya perbuatan itu dilakukan pihak yang arif berkaitan pengendalian bahan letupan," katanya kepada pemberita di lokas kejadian dekat Nibong Tebal hari ini.

Katanya, bahan letupan tersebut sama seperti bahan yang meletup kira-kira jam 10.15 malam tadi.


Dalam perkembangan yang berkaitan, Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) Parit 9, Sungai Leman hampir terbakar keseluruhan selepas diserang bom petrol

Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 4 pagi setelah seorang penduduk kampung melihat premis berusia lebih 30 tahun itu terbakar dan kemudiannya bertindak menghubungi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Kerajaan Persekutuan (JKKKP).

Pengerusi JKKKP Parit 9, Sungai Leman Zulkefli Hassan berkata, kebakaran tersebut berjaya dikawal dan dipadam sepenuhnya oleh petugas parti dan bilik gerakan tersebut berjaya diselamatkan dari rentung dijilat api.

Ekoran kejadian itu, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sekinchan awal pagi tadi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...