Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, March 23, 2013

Ulasan Dato' Hasan Ali Mengenai Mati Syahid


Daripada Abi Akwar Said bin Zaid Amru bin Nufel RA (beliau adalah salah seorang antara sepuluh orang yang disaksikan akan memasuki syurga) katanya,: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang terbunuh kerana membela harta yang dimilikinya maka matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana membela dirinya dari dibunuh oleh orang lain, maka matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan agamanya (agama Islam) matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan keluarganya daripada diceroboh, matinya juga adalah mati syahid.”


Pejuang Yang Terkorban Di Lahad Datu Bukan Syahid 'Dunia Akhirat' - Ketua Dewan Ulamak Pas

KUALA TERENGGANU – Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib mendakwa anggota dan pegawai keselamatan yang terkorban dalam insiden pencerobohan dan tembakan di Sabah hanyalah sebagai 'syahid dunia' bukannya 'syahid dunia akhirat'.

“Kalau mereka mahu pertahan negara itu (mati) syahid (iaitu) syahid dunia, bukan syahid dunia akhirat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Makan Malam Dana Pilihan Raya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Parlimen Kuala Nerus, di Kuala Ibai, di sini.

Harun yang juga Adun Manir berkata, syahid ada dua iaitu syahid dunia dan syahid dunia akhirat.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, kematian perwira terbabit tidak dikategorikan syahid dunia akhirat kerana tidak jelas niat sebenar mereka sama ada untuk pertahankan negara, membela Islam atau sebab-sebab lain.

“Syahid dunia akhirat ini adalah syahid memperjuangkan dan mempertahankan Islam atau mengembangkan Islam. Jadi, apabila mati di medan perang maka dikata syahid dunia akhirat," katanya.

Syahid Dunia Dan Syahid Akhirat

Syahid Dunia Dan Syahid Akhirat | Di zaman nabi dahulu, orang yang berperang kerana Islam, dan apabila terkorban maka ia dikira syahid. Namun tahukah kita bahawa, orang yang mati syahid sebenarnya ada 3 golongan iaitu syahid pada hukum dunia dan akhirat, syahid pada hukum dunia dan syahid pada hukum Akhirat.
Syahid dunia dan Akhirat ialah syahid dalam pertempuran menentang musuh di medan pertempuran kerana menegakkan kalimah Allah. Orang yang mati syahid sebegini tidak perlu dimandikan dan tidak perlu disolatkan menurut jumhur ulamak. Di Akhirat nanti ia akan memperolehi balasan istimewa dari Allah SWT.  Ia juga selamat dari soal kubur.
Syahid pada hukum dunia ialah orang yang mati kerana berperang menentang orang-orang kafir tetapi telahpun mendapat gaji dari peperangan yang dilakukannya atau mendapat bahagian harta rampasan dari peperangan tersebut atau orang yang mati kerana memerangi golongan kafir dalam keadaan riya’ dan lain-lain.
Syahid pada hukum Akhirat ialah seperti orang yang dibunuh secara zalim, orang yang mati kerana mengalami penyakit dalam perut, orang yang mati kerana penyakit taun, orang yang mati tenggelam, orang yang mati dalam keadaan dagang / musafir, orang yang mati dalam keadaan menuntut ilmu, orang yang mati kerana menahan rindu, mati kerana melahirkan anak dan sebagainya. Di dunia orang ini dikafan dan disolatkan. Di Akhirat ia akan mendapat pahala khusus dari Allah.
Daripada Abi Akwar Said bin Zaid Amru bin Nufel RA (beliau adalah salah seorang antara sepuluh orang yang disaksikan akan memasuki syurga) katanya,: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang terbunuh kerana membela harta yang dimilikinya maka matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana membela dirinya dari dibunuh oleh orang lain, maka matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan agamanya (agama Islam) matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan keluarganya daripada diceroboh, matinya juga adalah mati syahid.”
Melayukini.net - Setiap orang Islam wajib memelihara kehormatan dirinya dan keluarganya dari dicerobohi dan dikuasai oleh orang lain sekalipun terpaksa berhadapan dengan bahaya dan berbagai-bagai kesusahan. Malah orang yang terbunuh kerana perkara tersebut, matinya adalah mati syahid. Demikian juga Islam menyuruh umatnya supaya sentiasa menjaga maruah agama supaya tidak dihina dan dicaci oleh orang lain lebih-lebih lagi orang-orang kafir.
 
Bila bercakap perihal adu domba, fitnah dan propaganda jahat, tidak dapat tidak rakyat Malaysia kena akui ia sememangnya sudah sebati dengan pemimpin pembangkang dalam PR, malah PAS yang sering mendabik dada lebih Islamik pun 2 x 5 saja kelakuannya.
Para pemimpin PR termasuk dari kalangan politikus yang berselindung dengan gelaran ustaz, tok guru dan pejuang Islam dalam PAS, memang tak boleh diam sekejap. Waktu negara aman mereka mengadu domba, saat negara sedang bergelora lagi mereka tambah dosa mencipta fitnah dan propaganda.
Lihat sahaja dalam isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah yang mana bila sahaja Majlis Fatwa Kebangsaan memberi pandangan bahawa status perajurit beragama Islam yang terkorban adalah syahid akhirat, PAS pula sengaja mencipta keraguan ummah dengan menyatakan perajurit itu gugur sebagai syahid dunia.
Dengan Majlis Fatwa yang memiliki autoriti dan terbukti wibawanya pun PAS berani menyanggahnya, jadi tidaklah pelik bila Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib tergamak memfitnah dan menuduh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak telah mempersendakan pengorbanan perajurit negara.
“Najib yang juga merupakan Perdana Menteri dan Presiden UMNO telah merendahkan martabat para perajurit dengan menyamakan pengorbanan mereka dengan kematian seorang yang lemas, orang yang mati kebakaran, wanita yang mati melahirkan anak dan seumpamanya seperti yang dijelaskan oleh para ulamak”. (Ketua dewan Ulama PAS, Harun Taib, 19 Mac 2013).
Adakah patut seorang yang kononnya ulama dengan agak bias dan angkuh mendakwa PM sengaja merendahkan martabat perajurit yang terkorban? Nampak sangat wujud gambaran buruk yang cuba di adu domba oleh pemimpin PAS tersebut.
Jika PM dianggap mempersendakan perajurit negara, apakah Majlis Fatwa juga demikian? Walhal penegasan oleh PM mempertahankan perajurit yang terkorban adalah syahid akhirat, ianya adalah selari dengan pandangan yang dijelaskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
Jenis mati syahid sebagaimana diterangkan oleh para ulama tidak hanya terhad kepada syahid besar atau syahid kecil, sebaliknya jumhur ulama berpendapat ada syahid dunia, syahid akhirat dan satu lagi syahid yang paling besar ialah syahid dunia akhirat.
Di antara ketiga-tiga syahid itu, hanya syahid dunia akhirat yang tidak memerlukan jenazah di mandi dan dikapankan. Syahid dunia dan syahid akhirat tetap perlu mengikuti proses biasa sebagaimana pengurusan jenazah orang Islam.
Pun begitu perlu ditegaskan, kebenaran sejauh mana seseorang itu sah kesyahidannya dan di mana kelak kedudukannya di akhirat nanti tetap bergantung pada niat seseorang itu serta terpulang pada ketentuan Allah S.W.T jua.
Dalam pada itu, kita tertanya siapa Harun Taib berbanding berbelas orang ulama dan para mufti yang membarisi jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan? Apakah Harun Taib memiliki kewibawaan dan kredibiliti serta berautoriti untuk mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...