PENGGANAS KIRAM TAJAAN ANWAR BAKAL DIGANYANG MALAYSIA,INDONESIA DAN FILIPINA !
Jamalul
Kiram III, ketua lanun Sulu telah mengarahkan lanun-lanun Sulu agar
meneruskan serangan dan melakukan kekacauan di Sabah. Walaupun angkatan
tentera Malaysia, Filipina dan Indonesia memperkemaskan kerjasama dan
mula menyekat keluar masuk lanun-lanun Sulu, nampaknya mereka masih mahu
bercakap besar dan bermegah-megah kononnya Amerika Syarikat berada di
belakang mereka dengan Anwar Ibrahim sebagai dalangnya untuk Asia
Tenggara membabitkan Malaysia.
Amerika
Syarikat sedang mengintai dan mencari-cari tempat untuk membina
penempatan serta pangkalan tentera laut serta udara bagi menyaingi dan
mengawasi China yang sekarang merupakan penjual dan pedagang senjata
ketiga terbesar dunia selepas Amerika Syarikat dan Russia.
Selepas
penutupan Pangkalan Laut Teluk Subic dan Pangkalan Udara Clarke di
Filipina, Amerika Syarikat amat memerlukan sebuah kawasan seperti Sabah
untuk pangkalan tentera mereka.
Jamalul
Kiram III telah 'tersalah cakap' bahawa lanun-lanun Sulunya akan
melakukan serangan secara besar-besaran sebaik-baik sahaja Amerika
Syarikat sudi menurunkan bala tentera mereka sebagai bantuan.
Bagaimanapun, dengan kerjasama angkatan tentera
Malaysia-Filipina-Indonesia, laluan untuk lanun-lanun Sulu itu hidup
dengan selamat sudah tertutup melainkan mereka menyerah diri dan
meletakkan senjata.
Kepala
lanun Sulu itu mengarahkan agar serangan dilakukan secara perang
gerila. Sesuatu yang sebenarnya amat dimahiri oleh angkatan tentera
Malaysia.
Malaysia
merupakan satu-satunya negara yang memerangi pengganas komunis dengan
kaedah perang gerila. Bahkan Amerika Syarikat sendiri pun, terpaksa
belajar daripada Malaysia taktik peperangan berkenaan walaupun pada
suatu peringkat Amerika Syarikat 'tidak berpuas hati' kerana Malaysia
enggan mengajar sepenuhnya kaedah berkenaan.
Jamalul
Kiram III, Nur Misuari dan lanun-lanun Sulu itu telah bertahun-tahun
berperang menentang tentera Filipina. Mereka tidak pernah berjaya,
sebaliknya MNLF pula telah berpecah menjadi kumpulan yang lebih kecil
dan saling bertempur sesama sendiri.
Nur
Misuari yang buta kayu dan buta sejarah, tidak mampu mengakui bahawa
Kesultanan Sulu yang dibangga-banggakannya sudah tidak wujud lagi.
Tuntutan lanun-lanun Sulu itu terhadap Sabah, sebenarnya tidak lebih
daripada tuntutan penjahat yang buta huruf dan enggan menerima hakikat,
mereka hanyalah segerombolan lanun yang tidak mempunyai keupayaan tetapi
kuat nafsunya.
Ancaman
Kiram itu pastinya dipandang berat oleh pihak berkuasa Malaysia.
Pastinya, sebelum mereka mula melancarkan peperangan gerila, tentera dan
polis Malaysia akan terlebih dahulu akan memburu mereka sehingga ke
lubang cacing sebagaimana yang dilakukan terhadap pengganas komunis
sehingga Chin Peng pun tak berani nak masuk ke Malaysia lagi, sebaliknya
hanya menjerit-jerit dari Thailand dan China dengan menggunakan para
pemimpin PKR, DAP dan Mat Sabu-PAS!!!
PETIKAN BLOGER TFK, ADIK SEDARA KIRAM..hehe
No comments:
Post a Comment