Lahad Datu: Teruskan Perang- Kiram
KUALA LUMPUR, 18 Mac — Jamalul Kiram III yang mengakui dirinya Sultan
Sulu telah menarik balik gencatan senjata bagi pihaknya dan mengarahkan
pengikutnya di Sabah menjalankan perang gerila keatas pasukan
keselamatan Malaysia, menurut laporan media Filipina.
Abraham Idjirani yang merupakan jurucakap kesultanan berkata penentangan di Sabah akan diteruskan.
The Philippine Star memetik Sultan Sulu tersebut berkata bahawa
penarikan balik tenteranya yang diketuai oleh adiknya Agbimuddin di
Sabah bukan suatu pilihan.
“Mereka sudahpun berada di tanahair mereka, mengapa perlu pulang
semula?” kata Kiram kepada wartawan di kediamannya di Bandar Taguig.
Beliau berkata arahan gencatan senjatan yang ditawarkan oleh kesultanan
telah ditarik balik dan tentera sultan telah diarahkan untuk menjalankan
operasi “serang dan lari” keatas Malaysia.
Jamalul juga mengakui adiknya tersebut masih lagi di Sabah berbeza
dengan laporan daripada pihak berkuasa Malaysia yang mengatakan
Agbimuddin telah melarikan diri ke Selatan Filipina.
Idjirani dilaporkan telah bercakap dengan Agbimuddin malam Sabtu dan diberitahu bahawa kumpulan mereka masih kuat.
Menurut akhbar Filipina, Idjirani berkata pengikut kesultanan yang
berjumlah 170 orang berpecah kepada tiga kumpulan untuk mengelak
daripada dijejaki pesawat pengintip Malaysia yang berlegar-legar di
udara sekitar Lahad Datu.
Namun, Philippine Star melaporkan Agbimuddin telah kembali ke wilayah
asalnya di Sulu bersama-sama dengan pengiring, termasuk beberapa
individu daripada Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), ia menurut
sumber daripada pegawai keselamatan yang dirahsiakan.
Menurut akhbar itu lagi, pegawai
keselamatan tersebut berkata Agbimuddin mungkin telah melepaskan diri
dari Lahad Datu semasa perjalanan ke Sandakan dan menyusup sama ada ke
Sibutu atau Sitangkai. klik SINI
No comments:
Post a Comment