Misteri siapa jumpa pengganas Sulu terlerai !!!
Mungkin
ramai tertanya - tanya, siapakah antara mereka yang terawal berjaya
‘menghidu’ kehadiran puak pengganas militan Sulu di sini?
Jawapannya
ada pada dua orang anggota polis bantuan FELDA yang ketika itu sedang
memancing ikan kira-kira pukul 4 pagi berhampiran Kampung Tanduo yang
terletak tidak jauh dari Felda Sahabat.
Mereka berdua ketika itu sedang bercuti.
Ketika
sedang leka memancing, mereka ternampak sekumpulan lelaki bersenjata
itu tiba dengan bot panjang, lengkap berpakaian celoreng.
Menyedari
kehadiran ramai lelaki yang ‘mencurigakan’ di kawasan tersebut, anggota
polis bantuan FELDA berkenaan berjaya menyusup keluar dari situ dan
memaklumkan apa yang mereka saksikan kepada pihak polis, tanpa langsung
disedari oleh pengganas yang rata-ratanya bersenjata api.
Tindakan
berani anggota berkenaan tidak berakhir di situ, khidmat pasukan polis
FELDA juga kemudiannya terus digunakan untuk menjejaki mereka yang
terlibat.
Bagi
Ketua Polis Bantuan FELDA, Datuk Jalaluddin Ibrahim, beliau menghargai
tindakan berani pegawai dan anggotanya walaupun mereka berhadapan dengan
risiko yang sangat besar.
”
Mereka adalah antara benteng awal di sini, bahaya yang mereka hadapi
bukannya sikit namun keberanian mereka membantu pihak polis cukup
mengkagumkan.
”
Bahkan mereka memberitahu saya, biar apa pun yang terjadi, mereka tidak
akan tinggalkan Felda Sahabat ini, mereka nekad terus melindungi harta
kita, nyawa penduduk serta peneroka,” katanya pada Mynewshub.my di sini
hari ini.
Sementara
itu bagi Inspektor Muhammad Lamin, pengalamannya bertugas selama 11
tahun di Felda Sahabat tidak sia-sia apabila khdimatnya digunakan pihak
polis untuk menjejaki persembunyian penceroboh yang dimaksudkan.
”Saya
berbangga kerana dapat menyumbang pengalaman saya dalam operasi
penjejakan…selama beberapa hari kami mendekati zon bahaya tanpa disedari
langsung oleh pihak pengganas.
”
Terus terang, saya dapat lihat sendiri bagaimana pergerakan mereka, di
mana mereka bersembunyi malah sempat melihat aktiviti seharian pengganas
ini seperti lokasi tempat mereka mandi dan sebagainya.
”
Tak banyak sikit, maklumat ini saya percaya telah membuatkan pasukan
keselamatan kita berjaya dalam beberapa siri pertempuran dari hari
pertama serangan hinggalah sekarang,” katanya yang telah lebih 20 tahun
berkhidmat sebagai anggota polis bantuan FELDA.
Dalam
perkembangan yang sama, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri,
Datuk Ahmad Maslan baru-baru ini dipetik sebagai berkata, tahap
keselamatan di Felda Sahabat akan ditingkatkan ekoran kejadian
pencerobohan.
Ahmad
berkata, beliau akan mencadangkan kepada pihak atasan supaya polis
bantuan Felda dibekalkan senjata api lebih canggih manakala anggota Rela
turut dibekalkan senjata api.
Malah, beliau juga bersetuju pihak pengurusan Felda sahabat menambah bilangan anggota Rela daripada 200 orang kepada 400 orang.
“Ini
membolehkan tahap keselamatan dapat ditingkatkan supaya insiden
pencerobohan terutama yang boleh mengancam keselamatan keluarga Felda
tidak berlaku,” ujarnya.
Selain
itu juga, katanya kerajaan juga sudah bersetuju jeti di Felda Sahabat
digunakan sebagai balai bagi membolehkan anggota agensi Penguatkuasa
Maritim Malaysia (APMM) beroperasi. – Mynewshub.my
No comments:
Post a Comment