Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Sunday, March 11, 2012

SUARA PAKATAN RAKYAT BERANG DENGAN Kebodohan Rafizi Dalam Isu Pertunangan Anak PM!


SIDANG media oleh Rafizi Ramli, Pengarah Strategik PKR semalam, kononnya untuk mendedahkan ‘bukti kukuh’ mengenai dokumen yang mengesahkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan wang rakyat untuk membiayai majlis pertunangan anak perempuannya pada Jun 2011, rupanya berakhir dengan bencana.
Penulis tersentak bila dimaklumkan bahawa dokumen yang ditunjukkan dan diedarkan kepada media semalam sebenarnya hanyalah SEBUTHARGA oleh pihak hotel Shangri La untuk penganjuran majlis tersebut, bukan dokumen pembayaran oleh pihak kerajaan kepada hotel tersebut bagi membiayai majlis itu.



Dokumen Pertunangan Anak Najib: Anwar Patut Pecat Rafizi

SIDANG media oleh Rafizi Ramli, Pengarah Strategik PKR semalam, kononnya untuk mendedahkan ‘bukti kukuh’ mengenai dokumen yang mengesahkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan wang rakyat untuk membiayai majlis pertunangan anak perempuannya pada Jun 2011, rupanya berakhir dengan bencana.

Penulis tersentak bila dimaklumkan bahawa dokumen yang ditunjukkan dan diedarkan kepada media semalam sebenarnya hanyalah SEBUTHARGA oleh pihak hotel Shangri La untuk penganjuran majlis tersebut, bukan dokumen pembayaran oleh pihak kerajaan kepada hotel tersebut bagi membiayai majlis itu.

Dokumen tersebut boleh dirujuk disini.

Sebutharga, dalam apa keadaan sekalipun tidak membayangkan kos sebenar penganjuran sesuatu Majlis. Kos sebenar dicatat dalam tuntutan bil kepada pelanggan.

Logiknya juga, dalam apa-apa kes sedemikian, untuk membuktikan bahawa wang kerajaan Malaysia digunakan untuk membiayai majlis seperti ini, dokumen biasa dalam urusan pembelian oleh kerajaan seperti LOA dan sebagainya perlulah ditunjukan, yang mana gagal dilakukan Rafizi.

Dalam hal ini kita perlu bercakap yang benar walaupun pahit, bak kata ramai, matlamat tidak menghalalkan cara.

Bagi seorang terpelajar dan cemerlang dalam bidang pendidikan sepertinya, kesilapan mudah seperti ini amatlah dikesali. Mengejutkan, ini bukanlah kesilapan pertama Rafizi, sebelum ini pun beliau terperangkap dengan pelbagai pendedahan tidak menjadi yang akhirnya hanya memalukan PKR dan Pakatan Rakyat.

Sebagai contoh dalam soal NFC. Sehingga sekarang, Rafizi masih gagal membuktikan bahawa Datuk Seri Shahrizat Jalil terlibat dalam soal penyelewengan dana berjumlah RM 250 juta itu. Yang terdedah setakat ini ialah penyelewengan yang mungkin dilakukan Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail iaitu suami Shahrizat.

Tapi suami Shahrizat tidak terlibat dalam politik manakala Shahrizat tidak terlibat langsung dalam perniagaan suaminya. Itu belum lagi disebutkan bagaimana Ketua Pengarah Audit Negara, Tan Sri Ambrin yang mengesahkan disini, bahawa Laporan Audit Negara 2010 tidak langsung menyatakan wujudnya penyelewengan dalam projek NFC seperti mana didakwa Rafizi!!

Hal yang sama juga menyebabkan Rafizi diarahkan PKR untuk pergi ke London bagi menenangkan seketika keadaan.

Ketika di London, Rafizi sempat mengadakan sesi debat dengan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin. Walaupun banyak pihak dalam Pakatan Rakyat menyangka Rafizi ‘menang’ dalam debat tersebut tapi jika diteliti keseluruhan sesi debat disini, Rafizi sebenarnya jauh ketinggalan jika nak dibandingkan dengan Khairy.

Malah pada satu ketika, Rafizi secara terbuka mengakui Khairy adalah lebih hebat darinya!!

Semua ini membayangkan kegagalan Rafizi ssebagai ahli politik yang sedang mencipta nama di persada politik negara. Penulis tidak rasa Rafizi mampu maju jauh ke depan jika berterusan mempamerkan kebodohan seperti ini. Bukan setakat itu, penulis dan ramai lagi rakan dalam Pakatan Rakyat sudah mula melihat Rafizi sebagai liabiliti kepada PKR.

Kita perlukan seorang pemimpin yang bersih untuk ditonjolkan dalam pilihanraya umum akan datang, bukan yang sedia terpalit dengan pelbagai kegagalan seperti Rafizi. Jawatan Pengarah Strategik PKR itu sendiri telah menunjukkan kepentingannya kepada parti.

Tidak boleh ada sebarang kegagalan atau penjawatnya perlu ditukar kepada yang lebih layak.

Jelasnya, banyak yang perlu diperbetulkan oleh Rafizi sebelum boleh mendakwa dirinya hebat. Setakat yang ternampak, tidak ada apa yang boleh dibanggakan sangat.



Baca Seterusnya DISINI

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...