Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, March 17, 2012

PAS SEMAKIN DELIMA DAN RESAH BERSAMA DATUK SRI ANUAR IBRAHIM ... AKAR UMBI PAS BENCI ANUAR IBRAHIM


Adakah benar Parti Islam Se Malaysia (PAS) kini dalam kepayahan mengharung masa depan? Terdapat suara-suara dalaman parti itu sendiri yang menggambarkan PAS sedang tersepit akibat terlalu imtim dengan DSAI yang sebelum ini dijangka akan memberi keuntungan meraih sokongan pada Pilihan Raya, sudah bertukar menjadi bebanan kepada mereka. Berbagai kemelut yang sedang dihadapi oleh Ketua Pembangkang itu lebih menyusahkan PAS. Mereka terpaksa memikul tugas tambahan untuk membersihkan nama DS Anwar Ibrahim yang semakin tercemar.




Berdasarkan keupayaan parti Islam itu meraih sokongan luar biasa pada PRU12 lalu, PAS menjangkakan kali ini mereka pasti akan dapat meruntuhkan kerajaan BN sebagaimana yang mereka hajatkan sejak merdeka lagi. Untuk itu mereka bersungguh-sungguh untuk menjadikan PRU13 ini sebagai titik mula menjadi pemerintah negara bersama sahabat dalan Pakatan Rakyat. Malangnya DSAI telah melakukan kesilapan besar membuat pengakuan untuk menyokong usahaha mempertahankan keselamatan negara haram Israel yang amat dimusuhi PAS.

Akibatnya PAS berada dalam keadaan tertekan dan keliru sama ada mahu menyokong DSAI atau menentangnya. Amat menyedihkan apabila PAS secara terbuka menzahirkan kegagalan mempertahankankan prinsipnya. Usaha membela rakyat Palestin dari keganasan Yahudi Israel terpaksa diketepikan semata-mata kerana keyataan DSAI tersebut. PAS tidak mampu memperbetulkan sikap DSAI dalam perkara ini.

Nasib PAS akan ditentukan dalam PRU13 nanti sama ada pengundi Islam masih mahu menerima mereka setelah membuat keputusan berketuakan seorang yang pro Israel. Selain itu, prinsip seksualiti yang dibawa oleh DSAI terutamanya berkaitan LBGT sudah mengaibkan PKR serta menjadikan sebahagian besar rakyat negara ini kurang senang. Secara tidak langsung PAS bersubahat merelakan LBGT dibenar diamalkan dalam negara jika PR menang nanti.

Peranan DAP yang membawa watak Chauvinist juga menambah parah dan menghakis maruah PAS. Sebahagian dari pengundi atas pagar, Melayu khasnya pastinya menolak parti politik yang berjuang atas dasar tersebut. PAS terpalit sama sebagai anggota subahat yang kelihatan tidak mampu mempertahankan hak Melayu dan Islam dari ancaman DAP. PAS gagal menyaingi UMNO dalam kes ini sebagaimana UMNO menguasai anggota BN.

Adakah PAS kini telah bertukar bentuk dan hanya menjadi cabang kepada PKR? Atau proses penyerapan ke dalam PKR sebagaimana PSRM sedang bermula? Apabila kepimpinan ulama dalam PAS kehilangan gigi, maka proses ke arah itu kelihatan amat logik. Selain dari itu, para penyokong PAS juga telah berubah cara, kini mengikut trend reformasi ala PKR. Sebahagian besar kepimpinan PAS sendiri berkiblatkan pemimpin PKR tersebut berbanding para pemimpin ulama dalam PAS sendiri.

Apa yang jelas, PAS sedang berubah. Perubahan ini cukup membahayakan kedudukan dan pengaruh parti Islam itu sendiri. Apa yang dibimbangi, yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula bakal berkeciciran. Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pandangan ini, tetapi pastinya ramai juga yang bersetuju dengannya.

Kerenah Anwar semakin merosakkan Pas
Oleh Zulkiflee Bakar




Anwar Ibrahim bersama Abdul Hadi Awang pada sidang akhbar
di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

APABILA ahli-ahli Parlimen pembangkang melatah dengan mencetuskan kekecohan di Dewan Rakyat, kelmarin bagi mempertahankan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai sokongan beliau kepada keselamatan negara Israel ia sudah membuktikan bahawa isu berkenaan benar-benar memberi tekanan kepada mereka.

Apatah lagi sehari sebelum itu Anwar yang selama ini dianggap jaguh bercakap dan berpidato, terkedu dengan tindakan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang 'memerangkap' beliau mengenai istilah contingent.

Semua orang tahu bahawa Anwar sudah terperangkap dalam isu ini dan beliau sememangnya mengeluarkan kenyataan menyokong sebarang usaha melindungi keselamatan negara Israel.

Kalau Anwar tidak berbuat demikian dan tidak bermaksud demikian kenapakah Majlis Syura Ulama Pas memberi kata dua kepada beliau untuk menarik balik atau menyaman The Wall Street Journal (WSJ).


Berikutan itu pemimpin-pemimpin pembangkang termasuk Pas tidak ada pilihan, selain terpaksa mempertahankan Anwar.

Pas yang sebelum ini dilihat lantang dalam isu Israel termasuklah mendesak Anwar, ternyata hangat-hangat tahi ayam. Ia sekali gus bermakna kepimpinan Pas juga sudah semakin boleh menerima penjelasan dan pendirian Anwar mengenai Israel.

Sebenarnya, penulis diberitahu oleh penyokong-penyokong Pas dan sumber dalaman parti itu bahawa Pas semakin rimas dengan kerenah Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sudah menjadi beban kepada pembangkang dan ia paling banyak menyusahkan Pas.

''Ini kerana tindakan Anwar banyak bertentangan dengan prinsip perjuangan Pas tetapi kepimpinan parti tidak boleh berbuat apa-apa kerana pengaruh Anwarinas di dalam Pas terlalu kuat dan kukuh,'' kata salah satu sumber itu ketika dihubungi.

Bagaimanapun dalam isu Israel kata sumber tersebut tekanan ahli-ahli di peringkat akar umbi begitu ketara, mereka tidak mahu kepimpinan atasan bertolak-ansur lagi dengan Anwar.


Ada antara mereka dalam perjumpaan dan mesyuarat tertutup dengan kepimpinan pusat dan negeri secara lantang bertanya sampai bilakah Pas hendak menjadi 'pencacai' untuk mencuci dosa-dosa Anwar.

''Mereka hairan kenapakah Pas sanggup terus mempertahankan Anwar sedangkan sepatutnya parti itu bertindak menyingkirkan pemimpin PKR tersebut kerana beliau lebih banyak membawa masalah daripada mendatangkan manfaat kepada pembangkang terutamanya Pas.

''Sebahagian ahli Pas berpendapat, pemimpin-pemimpin mereka jauh lebih baik daripada Anwar tetapi malangnya Pas terpaksa menghabiskan masa untuk mempertahankan tingkah laku Anwar,'' kata seorang pemimpin Pas di sebuah negeri ketika dihubungi.


Selain itu penulis diberitahu di kalangan sesetengah pemimpin dan ahli Pas terutamanya mereka yang menyokong kepimpinan ulama semakin bosan dengan tindak tanduk Anwar yang cuba menggambarkan dirinya sentiasa berada dalam posisi teraniaya, difitnah dan menjadi mangsa konspirasi.


Menurut pemimpin tersebut, walaupun suatu ketika dakwaan Anwar itu dipercayai oleh penyokong pembangkang termasuk Pas tetapi apa yang berlaku sejak kebelakangan ini menunjukkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena kepada Anwar.

'Dalam banyak kes Anwar dilihat hanya membuat penafian semata-mata begitu juga dalam rakaman video seks yang dikaitkan dengan beliau baru-baru ini. Hujah Anwar terlalu rapuh dengan menganggap is konspirasi sedangkan bukti-bukti menunjukkan sebaliknya.

''Seharusnya Anwar melakukan tindakan bagi membersihkan namanya termasuk memanggil pakar-pakar asing membantunya tetapi beliau tidak berbuat demikian.


''Begitu juga dalam isu Israel, kalau betul WSJ salah atau media tempatan salah, kenapa tidak saman? Kenapa Anwar hanya sekadar menafikannya,'' kata beliau.


Selain itu penyokong-penyokong Pas di peringkat akar umbi juga kecewa dengan sikap pemimpin-pemimpin kanan parti itu yang dilihat lebih banyak tunduk kepada Anwar berbanding melihat kepada kepentingan perjuangan Pas.

Seorang pemimpin daripada golongan ulama ketika ditanya mengenai perkara ini berkata, beliau hairan kenapakah Pas terlalu percayakan Anwar sedangkan beliau kini sudah menjadi liabiliti kepada pembangkang.

Katanya, tindak-tanduk Anwar banyak menjejaskan imej Pas sebagai rakan sekutu, apatah lagi Pas berimej perjuangan Islam tetapi bersekongkol dengan Anwar, yang dilihat melakukan banyak tindakan kontroversi berkaitan Islam.

''Dalam beberapa pertemuan, saya pernah secara terbuka membangkitkan perkara ini, saya katakan kalau Pas masih lagi mahu bersama Anwar, saya bimbang orang Melayu terutamanya atas pagar akan menolak Pas dalam pilihan raya akan datang.

''Saya juga telah berikan pandangan bahawa Pas kena hati-hati dalam isu Israel ini kerana kelompok penyelidikan Pas sendiri mendapati bahawa kenyataan Anwar itu tidak diputar-belitkan oleh mana-mana media termasuklah Utusan Malaysia,'' katanya.

Selain itu, menurut beliau, turut memberi kesan kepada Pas ialah 'road show' yang dilakukan oleh bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr.Hasan Ali yang mendedahkan pelbagai kepincangan Pas.

Kata beliau apa yang menimbulkan persoalan di kalangan penyokong-penyokong Pas ialah kegagalan pemimpin-pemimpin parti itu menyanggah pendedahan Dr.Hasan terutamanya berkaitan Anwarinas dan peranan DAP.

''Sebahagian besar penyokong Pas yang menghadiri ceramah Dr.Hasan merasa hairan kerana pemimpin Pas tidak menjawab balik segala pendedahan beliau. Ini menyebabkan mereka cenderung untuk mempercayai bahawa pendedahan Dr.Hasan adalah satu kebenaran,'' kata beliau.

Hakikatnya, banyak lagi yang didedahkan oleh pemimpin berkenaan kepada penulis tetapi mesej yang ingin beliau sampaikan ialah bagaimana perjuangan politik Pas kini berada dalam bahaya kerana kerenah Anwar yang semakin mengancam perjalanan politik parti itu.

Apa pun sama ada pemimpin-pemimpin Pas akan mengakui atau tidak segala yang didedahkan ini terpulang kepada mereka tetapi apa yang pasti selagi parti itu berada dalam pakatan pembangkang, ia bukan sahaja semakin menghakis imej Islam parti itu tetapi juga boleh meranapkan perjuangan politik mereka.

petikan dari UOL


Benarkah ianya berlaku kepada PAS? Jika benar ianya berlaku, ia akan menjadi satu peristiwa malang bagi umat Islam Malaysia kerana parti ini mewakili dan memperjuangkan Islam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...