Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, March 17, 2012

PENGUNDI JOHOR RESAH PERLUKAN JAWAPAN DARIPADA MENTERI BESAR


MB JOHOR SILA JELASKAN

PRU semakin menghampiri. Ada isu yang kalau dulunya hanya berkisar dalam perbualan pihak pembangkang sahaja, kini telah menular di kalangan para penyokong BN. Justru, para pemimpin perlu untuk menjelaskan kepada rakyat secara terperinci, bukannya mengambil sikap berdiam diri, tunggu dan lihat yang akhirnya membawa kemusnahan kepada BN.

Di Johor sekarang ini ada 2 isu hangat diperkatakan rakyat saban hari. MB Johor, Dato' Hj Abd Ghani Othman diminta telus dan jujur menjelaskan kepada rakyat.

Isu pertama ialah berkaitan ura-ura penjualan saham KFC dan QSR kepada pihak lain. Rakyat umumnya mengetahui bahawa rangkaian perniagaan KFC dan QSR perniagaan tunai dan mempunyai kaya tunai. Mengapakah perniagaan yang kaya tunai ini yang amat sukar untuk diperolehi ingin dilupuskan. Sepatutnya kerajaan negeri mempertahankan pemilikan ini.


Keduanya ialah apa rasionalnya saham KPRJ dalam Tebrau Teguh dilupuskan? Mengapa saham KPRJ dalam Tebrau Teguh dijual kepada Iskandar Waterfront Holding walhal apa yang rakyat faham, Tebrau Teguh mempunyai kepentingan dalam pembangunan projek bersepadu penapisan petroleum bernilai RM15 bilion?

Ghani sudah sewajarnya turun padang menjelaskan kepada rakyat. Hal di atas bukannya perkara kecil. Para penyokong BN juga sudah termakan dengan isu-isu tersebut. Harus diingat, apabila sesuatu isu itu diperkatakan oleh rakyat, ianya bukan bermakna rakyat bodoh dan tidak faham tetapi rakyat memandang dan menilai bahawa tindakan yang diambil oleh kerajaan itulah yang bodoh dan merugikan rakyat!

Diharapkan, janganlah pada PRU 13 nanti sokongan rakyat Johor terhadap BN berpindah dek sebab tebal anggapan dalam fikiran mereka bahawa MBnya bodoh, bebal dan degil.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...