Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, February 17, 2012

PRU 12 LEBIH 1 JUTA AHLI UMNO UNDI PEMBANGKANG ... PRU13 , LEBIH 40,000 AHLI UMNO TAK DAFTAR UNDI ....

40,000 Ahli Pemuda UMNO Belum Jadi Pengundi, Usaha Daftar Dipergiat

Sikap tunggu dan lihat menjadi satu punca mengapa kira-kira 40,000 anggota Pergerakan Pemuda UMNO yang layak mengundi masih belum mendaftar sebagai pengundi untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda UMNO, Hishamuddin Yahaya berkata kebimbangan dan sikap teragak-agak muncul di kalangan mereka yang belum menjadi pemilih, termasuklah was-was sama ada dapat mengundi atau tidak pada pilihan raya akan datang walaupun sudah mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Memang kita akui pendaftaran di kalangan anggota Pemuda Umno sekarang agak perlahan. Mereka masih ragu-ragu sama ada sempat mengundi atau tidak dalam pilihan raya umum yang sudah dekat ini,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata terdapat kira-kira 700,000 anggota Pemuda UMNO dan hanya 40,000 daripada jumlah itu yang belum mendaftar.

Hishamuddin berkata pada tahun lepas, kira-kira 100,000 anggota pergerakan sudah didaftarkan atas usaha semua peringkat, terutama di bahagian-bahagian yang menjelaskan peri pentingnya menjadi pengundi dan bukan hanya menjadi anggota parti.

Justeru, katanya, semua Ketua Pemuda UMNO Bahagian diingatkan supaya mendaftarkan anggota di peringkat masing-masing untuk menambah bilangan pengundi, sekali gus kekuatan parti.

“Kita mengingatkan mereka tidak kira bila pilihan raya umum akan diadakan pada Mac atau Jun atau Disember ataupun tahun depan, yang pentingnya semuabahagian perlu memainkan peranan masing-masing untuk mendaftarkan anggota Pemuda sebagai pengundi,” katanya.

Beliau berkata dalam hal pendaftaran pengundi, bukan parti politik sahajayang perlu memberikan kerjasama mendaftarkan pengundi tetapi juga usaha oleh pertubuhan bukan kerajaan dan SPR sendiri.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini memaklumkan kira-kira 28 peratus atau 4.39 juta penduduk negara ini yang berusia lebih 21 tahun dan layak bergelar pengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih sehingga akhir tahun lepas, dengan 65 peratus daripada mereka adalah Bumiputera.

Sehingga akhir tahun lalu, jumlah pengundi berdaftar di negara ini ialah seramai 11.08 juta orang, berbanding jumlah keseluruhan mereka yang berumur 21 tahun ke atas adalah 15.47 juta orang.

Pada 8 Feb lepas, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mendedahkan hampir 400,000 anggota Umno belum mendaftar sebagai pengundi.

Bagi menyelesaikan masalah tersebut, kata beliau, pihaknya kini menjalankan gerakan khas di peringkat Ibu Pejabat UMNO untuk mengesan anggota yang belum mendaftar sebagai pengundi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...