Terburai Kisah Benar...! 16 September Anwar Hancur Setelah Datuk Soh Chee Wen TAK Nak Serahkan RM300 Juta.... WOW..!!
Keengganan seorang ahli perniagaan, John Soh Chee Wen, 50, menyumbangkan RM300 juta kepada Anwar Ibrahim empat tahun lalu dikatakan menjadi punca Ketua Pembangkang itu kempunan untuk menduduki Putrajaya seperti diimpikan beliau pada 16 September 2008....
Pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin yang pernah rapat dengan Anwar mendakwa, wang RM300 juta itu sangat diperlukan Anwar ketika itu untuk digunakan sebagai bayaran 'pendorong' RM10 juta seorang bagi 30 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) melompat parti dan seterusnya membantu beliau merampas Putrajaya.
"John Soh tidak bersetuju membiayai RM300 juta untuk tujuan tersebut melainkan Anwar mampu menjanjikan kejayaan. Tetapi bagaimana Anwar boleh memastikan kejayaan?
"Terdapat 30 Ahli Parlimen BN pada waktu itu. Jika mereka boleh menjual diri kepada satu pihak, maksudnya mereka boleh berbuat demikian ke pihak lain juga.
"John Soh enggan mengeluarkan RM300 juta dan ia mengakhiri impian Anwar memasuki Putrajaya. Itu juga bermakna Anwar perlu menghadapi perbicaraan liwat kedua. Hanya satu cara beliau boleh mengelakkan perbicaraan liwat itu iaitu dengan menjadi Perdana Menteri, yang tidak akan terjadi sekarang," katanya.

Raja Petra dipetik berkata demikian dalam Malaysia Today melalui entri bertajuk EPISOD 8: Lelaki di Sebalik PKR (Siri 2) hari ini.
Tambahnya, hubungan Anwar dengan John Soh mulai renggang selepas keengganan ahli perniagaan itu membiayai wang tersebut walaupun kedua-dua pemimpin sebelum itu pernah bertelagah mengenai keperluan menyingkirkan Exco Selangor, Elizabeth Wong ekoran kontroversi gambar bogelnya.
"Apabila keadaan bertambah parah dan mustahil untuk berbaik-baik, John Soh dan Anwar 'berpisah.' Kemuncaknya ialah pada Pilihan Raya Negeri Sarawak hampir setahun lalu," katanya.
Dalam pada itu, Raja Petra mendakwa, bangunan yang menempatkan ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat PKR di Tropicana kini dimiliki oleh John Soh.
Dengan jumlah hutang sewa bangunan PKR sehingga Jun 2010 adalah sebanyak RM600,000, katanya, hutang sewa bangunan terkumpul parti itu dianggarkan bernilai RM1 juta.
Selain itu, menurutnya, John Soh telah membelanjakan sekitar RM30 juta untuk menaja Anwar dan PKR sejak 1998.
"Apa yang ramai orang tidak tahu, kecuali individu dalam lingkaran Anwar ialah John Soh bukan hanya pembiaya PKR. Dia adalah seorang strategis utama yang menumpukan kepada cara-cara memenangi Kerajaan Persekutuan dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.
Utusan Online

Dari Blog Gelgat Anwar; Soh Chee Wen, Italian MAFIA dan 16 September
Tahniah kepada RPK yang mendedahkan banyak cerita lama ‘dalaman’ PKR selama ini. Menarik semua ceritanya. Kisah bagaimana Anwar menggunakan dana Soh Chee Wen dalam memastikan PKR terus hidup dan disayangi oleh rakyat....

Inilah antara punca yang menyebabkan Ezam Md Nor, Lokman Adam, Zahid Mat Arip, Hamdan dan ramai lagi berpaling tadah. Penulis pun lebih kurang lah...!
Mana tidak, kita tahu Anwar ada RM50-100 juta untuk rolling. Tapi kalau bab membantu kawan-kawan rapat memang haram jadah.... Tak pernah merasa...!

Kita tahu dia kaya. KIta tahu Kak Wan kaya..... Kita tahu akaun Izzah tebal..... Kita tahu Azmin ada dua tiga akaun (Cayman Island, Labuan Offshore dan Singapura), tapi kalau bab membantu parti, memang kedekut tahap dewa. Semua tak boleh....!
Kalau tekan sikit, mulalah Kak Wan menangis. Kita sedih. Mula keluar duit sendiri. Bangang jadinya....
Untuk pengetahuan adik-adik PKR sekalian, duit yang kalian terima daripada kempen, budak motor.., pasang bendera...., memang kebanyakannya hasil Soh Chee Wen. Ini di peringkat awal. 1998 – 2005.

Lepas tu John Soh pun tak tahan....! Anwar minta duit macam duit turun dari langit. Senang bagi arahan.
‘I need RM5 mil. Party matters’.
"Party needs another RM10m. We must move forward ".
"Wan Azizah requires some RM. Can help bro...?"
John Soh pun penat kalau layan orang macam Anwar.... Masalahnya, Anwar janji untuk ‘re-imburse’ kalau dana international masuk. Sampai ke sudah. Dua-dua Anwar dan keluarga kebas. Ini yang buat Soh Chee Wen naik angin...!
Soh Chee Wen bukan pakai duit sendiri. Dia agen ‘Italian MAFIA’ (International Group). Kena ada return juga. Bukan boleh suka hati nak tabur duit....

Kalau sangkut, nyawa John Soh pun sangkut atas pokok kelapa. Anwar cuci tangan...!
Bayangkan, kalau seorang MP BN ditawarkan RM10m. Nak pakai 30 orang, RM300 juta. Banyak tu....!!

No comments:
Post a Comment