Jika Anwar Ibrahim benar-benar berhajat mahu mengiktiraf kewujudan Israel melalui 'two state solution', maka rakyat perlu diperlihatkan dan dipertontonkan dengan bukti dan fakta kebenaran bahawa Anwar Ibrahim adalah boneka dan proksi sebenar regim Zionis.
Majoriti kanak-kanak Palestin cedera dan terbunuh sewaktu menjalankan aktiviti harian seperti persekolahan, bermain, membeli-belah dan ketika berada di rumah. 64 peratus kanak-kanak ini terkorban hanya dalam tempoh 6 bulan pertama tahun 2003 akibat serangan udara dan darat tentera Israel.
klik IF WORLD KNEW untuk selanjutnya
Media Amerika sering melaporkan serangan tentera Israel ke atas rakayt Palestin sebagai mempertahankan diri. Namun kronologi carta kematian menunjukkan sebaliknya.
klik IF WORLD KNEW untuk selanjutnya
Tanpa tindakbalas dan tanpa melakukan provokasi oleh rakyat Palestin, tentera Israel seringkali menembak ke arah rakyat Palestin dengan peluru hidup.
klik IF WORLD KNEW untuk selanjutnya
Amerika Syarikat memberi bantuan ketenteraan kepada Israel sekurang-kurangnya purata USD 8.2 juta sehari berbanding USD 0.00 kepada rakyat Palestin dalam tempoh tahun fiskal 2011.
klik IF WORLD KNEW untuk selanjutnya
Sejak pendudukan secara haram regim Zionis di wilayah Palestin bermula dari tahun 1967, Israel telah menahan dan memenjarakan lebih dari 650,000 rakyat Palestin. Bersamaan dengan 20 peratus jumlah penduduk bagi Occupied Palestinian Territories (OPT).
klik IF WORLD KNEW untuk selanjutnya
Regim Zionis telah merobohkan 24,813 rumah rakyat Palestin sejak 1967 berbanding tidak ada langsung penempatan haram rakyat di Palestin.
klik IF WORLD KNEW untuk selanjutnya
Rakyat perlu bertanya dan mendesak Anwar Ibrahim mengapa beliau terlalu beria benar mahu menyokong kewujudan negara Israel.
Apa justifikasi beliau yang berterusan menyokong keselamatan negara Israel.
No comments:
Post a Comment