Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Sunday, February 12, 2012

PENJELASAN KEPADA NIK AZIZ NABI MUHAMMAD TIDAK SAMA DGN MAT KAMPUNG ... ,



BATAL AKIDAH SAMAKAN NABI DGN MAT KAMPUNG KITA

Menurut Mursyidul Am Pas yang juga merangkap Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nabi Muhammad Sallallahualaihi Wasallam semasa kecil baginda sama sahaja dengan Mat atau Muhammad di kampung kita. Kata-kata itu diungkapkan semasa memberi kuliah mengenai tidak perlu diadakan sambutan maulidur rasul yang menjadi amalan umat Islam di negara ini.

Kenyataan Nik Aziz itu bagaimanapun telah menyebabkan ramai yang terkeliru tanpa penjelasan yang sewajarnya selepas kenyataan tersebut menjadi kontroversi. Sehinggalah Ustaz Kazim Alias yang juga bekas ahli Pas membuat kenyataan balas mengenai isu tersebut.

Selang beberapa bulan isu tersebut disusuli dengan jawapan Ustaz yang popular dengan 'tok rok duk cetong' yaitu Ustaz Azhar Idrus yang juga semalam menafikan menjadi ahli Pas, berita penuh Sila KLIK



Kenyataan Ustaz Azhar turut menyindir orang yang mengeluarkan kenyatan itu dengan " Adakah manusia biasa?, Biasa macam mana?, Nabi Muhammad berjalan semasa kecilnya diikuti oleh awan, ada ke pemimpin dalam dunia ni berjalan, awan ikut dia, cuba cakap siapa, Mahatma Gandhi (Merujuk kepada gelaran tokoh India kepada Nik Aziz oleh Ust Wan Ji Al-Bakistani), kita anjing yang ikut" katanya.

Menurut Ustaz Azhar Idrus, ada dua maksud mengenai perkara ini, tapi kebiasaannya kenyataan tersebut diungkapkan kerana ingin merendah-rendahkan darjat Nabi Muhammad dan hukumnya adalah batal akidahnya serta merta.

Mengikut penjelasan beliau itu dapat difahamkan, ungkapan tersebut tidak akan diungkapkan hanya kerana ingin menyamakan Nabi dengan Mat di kampung kita diatas hal sama-sama ada mata, tangan, kaki dan sebagainya. Kerana perkara itu umum telah mengetahuinya.

Hal ini jelas dimana Nik Aziz seperti merendah-rendahkan martabat nabi supaya umat Islam tidak mengadakan sambutan maulid nabi. Sebagai contoh ayat yang lain , " Nak takut buat apa pada si polan tu, dia pun makan nasi sama macam kita jugak". Maksudnya merendah-rendahkan si polan dengan tujuan untuk tidak takut kepadanya.
Perkara ini turut berkait dengan akidah sepertimana sangkanya sebahagian orang mengenai kehadiran Najib dalam sambutan Thaipusam baru-baru ini. Jadi perkara yang berada pada kesamaran diatas perbuatan atau kata-kata itu lebih baik diperjelaskan oleh tuan empunya badan..

Penjelasan GK ini bukan bertujuan untuk membela atau mengutuk seseorang tetapi lebih kepada berkongsi maklumat dari apa yang dijumpai supaya masalah taksub tidak lagi menguasai penganut ajaran Pas. Apapun Anda Mampu Mengubahnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...