Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Wednesday, December 5, 2018

TMJ: Pulau Kukup akan jadi tanah kesultanan

TMJ: Pulau Kukup akan jadi tanah kesultanan

Tunku Ismail memberi jaminan bahawa kawasan hutan paya bakau itu, akan terus menjadi sebagai sebuah taman.



Diterbitkan  | 

  •  
  •  Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini tampil
    menjelaskan bahawa pembatalan pewartaan Pulau Kukup sebagai taman negara
    yang dilindungi adalah supaya membolehkannya diklasifikasikan sebagai
    tanah kesultanan.

    Baginda juga memberi jaminan bahawa Pulau Kukup,
    kawasan hutan paya bakau yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, akan
    terus menjadi sebagai sebuah taman.

    Diterbitkan  | 


  • "Sebelum ini, beberapa taman negara telah diswastakan. Di Johor, Kebawah
    Duli Yang Maha Mulia mempunyai visi yang berbeza. Untuk melindungi
    semua taman negara, baginda bertitah bahawa semua taman negara akan
    diubah menjadi tanah kesultanan.



     "Ini diamalkan di United Kingdom di mana semua taman milik Mahkota
    (Raja). Walau bagaimanapun, ini tidak mengubah status, dasar dan
    penggunaan taman berkenaan. Ia terus kekal sebagai status sebuah taman
    negara," kata baginda dalam beberapa siri tweet hari ini.
  •  
  • Selain Pulau Kukup, lima taman negara yang dimiliki oleh Johor
    adalah: Endau-Rompin Peta, Endau-Rompin Selai, Tanjung Piai, Gunung
    Ledang dan Taman Laut Sultan Iskandar.

    Pulau Rawa, yang terletak di Taman Laut Sultan Iskandar, dimiliki oleh keluarga diraja Johor.
  •   
  • Pulau Kukup yang terletak di Pontian sudah menjadi taman negara sejak 1997.

    Warta pembatalan itu dilaporkan dibuat ketika mesyuarat exco pada 24 September lalu dan hanya dikeluarkan pada 25 Oktober.

    Rancangan akan datang terhadap kawasan itu belum diketahui.

    Selain dikenali dengan hutan paya bakaunya, sebahagian besar kawasan pulau itu tidak berpenghuni.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...