Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Tuesday, December 4, 2018

Adakah kerana Najib terhutang budi? soal Raja Bahrin@Ops 2 tidak mendapat kelulusan Kabinet dan rakyat Malaysia






Raja Bahrin Shah  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini

   


ULASAN l Kenyataan
Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong, semasa menjawab soalan di
Parlimen semalam bahawa Malaysia terlibat dengan Operasi "Ops Yaman 2"
tanpa kelulusan kabinet amat mengejutkan.

Ia melibatkan operasi
logistik sementara "Ops Yaman 1" yang hanya melibatkan operasi evakuasi
kemanusiaan memindahkan rakyat Malaysia keluar dari Yaman dibawa ke
Kabinet.

Dua operasi Ops 1 yang merupakan operasi pemindahan
rakyat secara kemanusiaan, dan Ops 2 yang melibatkan pengangkutan alat
ketenteraan termasuk peluru dan bahan letupan- bom, untuk pasukan
Bersekutu Arab Saudi menyerang Yaman jauh berbeza.

Ops 2 tidak
mendapat kelulusan Kabinet dan rakyat Malaysia yang tidak tahu wajib
diberitahu kerana ia melibatkan pengangkutan alat serta bahan perang
yang boleh dan telah pun membunuh ramai rakyat awam Yaman.

Mengapa
Menteri Pertahanan, Hishammuddin Hussein dan juga Najib Razak sebagai
perdana menteri, ketika itu, yang mustahil tidak tahu tentang hal ini,
menyembunyi perkara ini dari rakyat Malaysia dan kabinet isu ini?

Hampir
dua tahun saya menimbulkan persoalan di parlimen adakah tentera
Malaysia terlibat dengan sekutu Arab Saudi dalam operasi menyerang Yaman
di mana kerajaan menafikannya setiap kali saya bertanya.



Kenapakah menteri pertahanan dan perdana menteri menyembunyi dan tidak berterus terang dalam isu ini?

Adakah
perdana menteri terlalu terhutang budi kepada keluarga di Raja Arab
Saudi kerana derma lumayan yang beliau sendiri akui diberi kepada
beliau?

Berbagai bahan bukti saya bawa ke Parlimen termasuklah
laporan tebal yang disediakan untuk Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu
(PBB) yang beberapa kali menyebut nama Malaysia dalam laporan tersebut.

Bukti pembabitan Malaysia
Laporan
mendakwa Malaysia bersama dengan negara Barat lain - Amerika Syarikat,
Britain, Perancis dan Arab Saudi terlibat di "command centre" untuk
perang Yaman di sebuah ibu pejabat operasi di Riyadh.

Laporan juga menyebut beberapa soalan telah diajukan kepada Malaysia bersama dengan negara lain yang terlibat perang Yaman.

Laporan
tersebut menyatakan “jenayah perang” mungkin telah berlaku kerana
banyak sasaran orang awam seperti sekolah, hospital, pasar awam dan
dewan orang ramai telah diserang dan dibom dengan kejam.

Perlu
diingat sebagai pembekal logistik kepada sekutu Arab Saudi, yang
termasuk peluru dan bahan letupan yang melibatkan bom, Malaysia terlibat
dan bersubahat dalam pembunuhan beramai-ramai rakyat awam Yaman yang
tidak bersalah.



Seperti
pembekal dadah yang boleh dikenakan hukum mati, Malaysia sebagai
pembekal bahan pembunuhan seperti peluru dan bahan letupan-bom untuk
serangan Yaman, Malaysia juga memikul beban kesalahan serta dosa yang
besar oleh kerajaan BN dahulu.

Manakah suara lain di Parlimen yang
mendakwa pejuang Islam tentang isu Yaman selama ini? Adakah mereka
bersetuju dengan pendekatan kerajaan Najib juga dalam isu Yaman?

Basah dengan darah Islam Yaman
Tindakan
ini samalah seperti kita sering menuduh Amerika Syarikat membekal
senjata, peluru dan bom kepada Israel untuk membunuh rakyat awam Islam
Palestin. Kalau tangan Amerika basah dengan darah Islam Palestin, tangan
kerajaan BN pula basah dengan darah Islam Yaman yang tua dan juga
anak-anak sekolah.

Perbezaannya ialah rakyat Amerika tahu mereka
terlibat di Palestin tetapi rakyat Malaysia tidak tahu langsung kita
terlibat dan bersubahat besar dalam pembunuhan ribuan anak kecil dan
orang tua awam Islam di Yaman.

Bukan itu sahaja, serangan sekutu
Arab Saudi menyebabkan penyakit serius seperti kolera merebak luas di
Yaman melibatkan jutaan rakyat.

Kebuluran serius melibatkan jutaan rakyat juga berlaku di Yaman hari ini.

PBB telah mengumumkan ini adalah "famine" - kebuluran terbesar yang paling dahshat yang berlaku di dunia hari ini.



Kerajaan
Malaysia telah memanggil balik semua anggota tentera kita yang terlibat
dengan OPS 2 yang berada di Arab Saudi setelah Pakatan Harapan menjadi
kerajaan.

Malaysia patut membuat persediaan menghantar bantuan
kemanusiaan ke Yaman sebaik sahaja keadaan mengizinkan untuk membantu
dan menebus dosa kekejaman yang Malaysia telah bersubahat dan terlibat
melalui kerajaan terdahulu tanpa pengetahuan rakyat Malaysia.

Itulah
sekurang kurang yang patut kita lakukan bagi menebus kesilapan
pembabitan negara kita tampa pengetahuan dan restu rakyat semua.


RAJA BAHRIN SHAH ialah pemimpin Amanah, timbalan menteri di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, juga senator dari Terengganu.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...