Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, December 7, 2018

Ops Yaman : Hisham tak bercakap benar, sila datang parlimen kita bincang...



Koh Jun Lin  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


 


PARLIMEN | Timbalan Menteri
Pertahanan hari ini menafikan kenyataan dibuat Hishammuddin Hussein
bahawa Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberi kelulusan kepada Angkatan
Tentera Malaysia menjalankan misi Yaman 2.

Hal itu kerana, kata
Liew Chin Tong, semakan dibuat menunjukkan operasi itu tidak mendapat
kebenaran bertulis sama daripada MKN atau kabinet.

Lebih mengecewakan kata Liew, Hishammuddin tidak hadir di parlimen hari ini untuk memberikan penjelasan berhubung isu berkenaan.

"Saya kecewa mantan menteri pertahanan tidak hadir pada hari ini.

"Walaupun
dia kata MKN pernah buat keputusan, tetapi selepas semakan (dibuat),
MKN tidak pernah menghasilkan originating directive (arahan pemula),"
katanya semasa menggulung perbahasan belanjawan Kementerian Pertahanan
di Dewan Rakyat.

Terdahulu pada 3 Dis lalu Liew mendedahkan
kabinet tidak dimaklumkan mengenai pembabitan Malaysia dalam operasi
ketenteraan bersama Arab Saudi ke atas Yaman.

Kata Liew di Dewan
Rakyat, Malaysia menugaskan 42 pegawai tentera ke Riyadh, Arab Saudi
pada April 2015 untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari Yaman.

Ajak bincang bersama
Operasi berkenaan dikenali sebagai Ops Yaman 1.

Bagaimanapun,
pada Jun 2015, ia ditukar menjadi misi logistik yang dikenali sebagai
Ops Yaman 2 dengan pembabitan 94 pegawai tentera.

Ketika itu, kata Liew, kabinet tidak dimaklumkan.

Anggota
Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar semasa mengemukakan soalan
tambahan mengesahkan Ops Yaman 2 tidak dibangkitkan di dalam kabinet. 

Ketika itu Hishammuddin ialah naib presiden Umno dan Menteri Pertahanan.

Bagaimanapun
semalam Hishammuddin menjelaskan Ops Yaman 2 sudah mendapat kelulusan
daripada MKN pada 2015. Kenyataan itu secara tidak langsung mengesahkan
ia tidak menerima kelulusan kabinet.



"Dia (Liew) kena tahu apakah itu MKN, saya rasa dia tidak tahu bagaimana sesebuah kerajaan berfungsi.

"Saya rasa mereka (Pakatan Harapan) juga tidak tahu jadi menteri," katanya.

Menurut
Liew apabila sesuatu operasi perlu dijalankan ia mestilah mendapat
arahan pemula daripada MKN, atau pun dalam kes Yaman itu, perlu ada
arahan pemula daripada Jemaah Panglima-panglima Tentera.

"Bagaimanapun
(dalam kes operasi Yaman 2), tiada sebarang arahan pemula bertulis
daripada Jemaah Panglima-panglima atau MKN," katanya.

Justeru kata Liew beliau berharap Hishammuddin datang ke parlimen untuk membuat penjelasan berhubung isu berkenaan.

"Kita bincang isu yang begitu serius ini dan saya minta jawatankuasa pilihan buat siasatan," katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...